Kemuncak Anugerah Ikon Sukan yang diadakan semalam menyaksikan pesilat negara Mohd Al Jufferi Jamari dinobatkan sebagai pemenang Anugerah Ikon Sukan Terbaik Anugerah Ikon Sukan (AIS) Harian Metro (HM).
Foto: Ehsan Harian Metro
Penganugerahan tersebut merupakan momen istimewa buat pesilat negara yang baru-baru ini mengumumkan persaraannya dalam bidang sukan tersebut. Untuk rekod, Al-Jufferi yang secara rasmi mengucapkan selamat tinggal kepada dunia persilatan profesional pada Ogos lalu. Beliau menutup kariernya dengan empat gelaran juara dunia selainturut dinobatkan sebagai penerima Anugerah Ikon Sukan Lelaki Gardenia Breakthru.
Kejayaan tersebut menyaksikan Al-Jufferi membawa pulang sebuah kereta elektrik jenama Appollen A1 (hatchback 5 pintu) bernilai RM136,000, wang tunai RM5,000, sebuah trofi dan langganan percuma akhbar digital HM selama setahun.
Manakala penerjun sensasi negara yang turut beraksi pada Sukan Olimpik Tokyo 2020 yang lalu, Nur Dhabitah Sabri diumumkan sebagai penerima Anugerah Ikon Sukan Wanita Gardenia Breakthru.
Ads
Nur Dhabitah Sabri
Kejayaan Cheah Liek Hou yang meraih emas Sukan Paralimpik Tokyo 2020 dalam kategori SU5 (kecacatan fizikal) selain muncul juara dunia sebanyak enam kali menjadi pilihan undian pembaca dan juri apabila dinobatkan sebagai penerima Anugerah Ikon Sukan Paralimpik.
Bagi kategori Ikon Sukan Jurulatih, air tangannya jarang mengecewakan dan usaha kerasnya selama ini dalam mendidik nama-nama pemain badminton terkemuka negara seperti Datuk Lee Chong Wei, Lee Zii Jia dan terbaharu Justin Hoh membolehkan Datuk Misbun Sidek diumumkan sebagai pemenang Ikon Sukan Jurulatih.
Ads
Sementara itu bagi Ikon Sukan Persatuan/ Kelab dimenangi Kelab Johor Darul Ta’zim (JDT) manakala Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd Amin dinobatkan sebagai Ikon Sukan Kepimpinan.
Atlet menembak yang semakin meningkat naik Nurul Syasya Nadiah Mohd Arifin dinobatkan sebagai penerima Anugerah Ikon Sukan Harapan menewaskan empat calon yang lain manakala Datuk Azizulhasni Awang diumumkan sebagai penerima Anugerah Ikon Sukan Pempengaruh.
Ads
Bagi menghargai jasa dan sumbangannya dalam pembangunan industri sukan tempatan jaguh boling negara Shalin Zulkifli diumumkan sebagai penerima kategori Khas, Anugerah Ikon Sukan Legenda.
Shalin Zulkifli
Kesemua pemenang sembilan kategori AIS yang dipertandingkan ini membawa pulang sebuah trofi, wang tunai RM5,000 dan langganan e-paper Harian Metro selama setahun.
AIS buat julung kalinya dianjurkan oleh HM memberi pengiktirafan kepada atlet, paralimpik dan penggiat industri sukan, termasuk kelab dan persatuan sukan atas kejayaan dan kecemerlangan mereka dalam kejohanan di dalam negara dan juga antarabangsa.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Sejak kebelakangan minggu ini topik mengenai model Myvi keluaran Perodua hangat diperkatakan ramai. Baik di Internet mahupun media sosial, reka bentuk automobil kebanggaan negara ini bukan lagi rahsia dan semakin tersebar luas sehingga membuatkan kebanyakan wanita teruja untuk memilikinya.
Mengamati spesifikasi yang ada dalam ‘jentera’ baru Perodua, berikut disenaraikan keunggulan Myvi 2018.
1)HARGA MAMPU MILIK
Bagi yang sedang tercari-cari kereta baru dengan harga berpatutan dan selesa, Perodua Myvi 2018 ditawarkan dengan harga bermula RM44, 300 hingga RM55, 300 mengikut dua pilihan enjin iaitu 1.3L dan 1.5L.
3L G MANUAL – RM44, 300
3L G AUTO – RM46, 300
3L X AUTO – RM48, 300
5L H AUTO – RM51, 800
5L AV AUTO – RM55, 300
2)WARNA MENARIK
Myvi 2018 menawarkan enam pilihan warna yang menarik sesuai dengan cita rasa wanita. Antara warna yang bakal membuatkan wanita ‘rambang mata’ termasuk Granite Grey Metallic, Peppermint Green Metallic, Lava Red, Mystical Purple, Glittering Silver dan Ivory White.
3)KUASA ENJIN
Tidak semua wanita mementingkan kuasa enjin bagi kenderaan yang dipandu mereka. Namun sebagai pengetahuan, istimewanya Perodua Myvi 2018 ini adalah kerana ia dihasilkan dengan kuasa enjin DVVT-i sedia ada dengan unit Toyota 1NR-VE 1.3L (seperti enjin Bezza) dan 2NR-VE 1.5L (dalam enjin Vios baharu). Bahagian transmisi pula masih mengekalkan kotak gear automatik 4 kelajuan dan bagi manual, 5 kelajuan.
4)CIRI KESELAMATAN TERBAIK
Ini antara sebab utama kenapa Myvi 2018 harus menjadi kepunyaan anda. Ia didatangkan dengan ciri Bantuan Keselamatan Termaju (ASA) dan lebih mengujakan versi premium model popular Perodua ini dipadankan dengan 6 beg udara. Berbeza daripada versi standard iaitu 4 beg udara.
5)NILAI EKSKLUSIF
Lampu hadapan menggunakan lampu LED bersama ciri pelarasan sebagai standard
Ruangan roda, rim bersaiz 14 inci bagi 1.3L manakala 1.5L dipadankan dengan rim 15inci dua tona
Selain warna-warna biasa seperti merah, putih dan perak, dua warna baru diperkenalkan iaitu kelabu dan hijau
Reka bentuk papan pemuka tidak lagi mendatar dan keseluruhan butang kawalan berada pada posisi ergonomik
Ada butang penghidup tekan-mula (push/start) yang ditawarkan sebagai ciri standard semua jenis.
Diperincikan skrin sentuh dengan integrasi GPS, pemain DVD dan sebagainya
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Rezeki tak pernah salah alamat! YSL Beauty memaklumkan bahawa pelakon Melur Untuk Firdaus, Meerqeen telah dilantik sebagai duta untuk Foundation and Fragrance Franchise di bawah YSL Beauty Malaysia. Sekaligus, Merqeen merupakan selebriti pertama Malaysia yang dilantik menjadi duta YSL Beauty.
Meerqeen atau nama penuhnya Muhammad Shameer Shauqeen bin Shaiful Izam dikenali sebagai seorang yang jangkaui batasan, hidup bebas, serta tidak berkompromi dengan apa-apa sahaja dalam kehidupan. Sifat-sifat ini membuatkan beliau menjadi pilihan YSL Beauty, sebuah jenama yang menyahut perkara tidak konvensional serta menggalakkan orang ramai supaya tidak menyesali diri sendiri.
“Saya rasa teruja untuk menjadi warga Malaysia pertama yang dilantik sebagai duta jenama Foundation and Fragrance Franchise di bawah YSL Beauty.
Saya selalu kagum dengan komitmen jenama ini terhadap kreativiti, ekspresi kendiri dan langkaui batasan. Sebagai seorang yang percaya bahawa kehidupan perlu dijalani sepenuhnya, saya bersukacita untuk bekerjasama dengan jenama yang menggalakkan orang ramai melakukan yang sama,” ujar Meerqeen.
Kerjasama antara Meerqeen dan YSL Beauty akan menyuntik perspektif segar kepada kempen pemasaran jenama itu di Malaysia. Stail yang luar biasa dan pendekatan tidak gentar dalam kehidupan yang diperlihatkan oleh Meerqeen membuatkannya wakil ideal untuk produk-produk YSL Beauty yang direka demi orang yang tidak takut menjadi berbeza.
“Kami rasa gembira atas penglibatan Meerqeen sebagai duta jenama kami untuk Foundation and Fragrance Franchise di Malaysia,” kata Zaireen Ibrahim, Pengurus Besar Jenama YSL Beauty Malaysia dan Singapura.
“Personaliti dan nilai Meerqeen amat sejajar dengan etos jenama kami yang mendukung keindividuan dan melangkaui batasan. Kami teruja untuk menyaksikan hasil yang akan dibawa dalam kolaborasi ini.”
Pelantikan Meerqeen sebagai duta jenama Malaysia pertama YSL Beauty membuktikan beliau seorang bintang yang kian rancak dalam industri hiburan. Popularitinya di kalangan muda-mudi Malaysia menjadikan beliau sebagai teladan kepada ramai yang beraspirasi untuk hidup tanpa kompromi.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Arissto yang berasal dari Itali menawarkan mesin kopi pintar generasi baharu, Super Espresso secara percuma kepada anda!
Dalam usaha menjadikannya lebih mudah dan jitu untuk menyediakan kopi asli Itali, Arissto telah mencipta Super Espresso, mesin kopi espreso pintar generasi baharu yang mini, padat dan menjimatkan ruang. Untuk menikmati kopi premium dalam keselesaan rumah sendiri, masukkan kapsul ke dalam mesin kopi Arissto. Pada suhu air 92.5°C dengan tekanan stim 19-bar, ia menghasilkan keajaiban kopi premium yang sempurna dalam masa hanya 30 saat! Arissto juga merupakan mesin serba guna cekap untuk membuat teh, susu atau sekadar memasak air panas.
Di samping itu, mesin kopi reka bentuk pintar ini memenuhi keperluan berbeza dan boleh digunakan untuk membuat minuman coklat, teh, susu dan air panas – semuanya dengan hanya satu mesin!
Semua perisa dalam siri kopi premium Arissto menampilkan pelbagai emosi dan mood. Setiap satu mempunyai nama individu yang menarik seperti Luna, Sunrise, Choco, In Love, Lonely, Amico, Passion & In Love. Arissto juga mempunyai kapsul coklat beraroma dan susu kalori rendah yang menambat hati dan pasti menjadi kegemaran wanita.
Tinjauan manfaat penting program perkongsian Arissto:
penggunaan percuma mesin kopi Arissto
mesin kopi pintar Arissto adalah setanding mesin kopi khas bernilai RM1,000
pada harga 20% di bawah harga pasaran, anda menikmati kopi istimewa Itali yang sebenar
mesin kopi pintar ini padat dan bersaiz kecil – menjimatkan ruang di mana-mana rumah dan kedai
mudah dikendalikan. Nikmati kopi istimewa Itali yang sempurna tanpa perkhidmatan mahupun bantuan pakar kopi atau barista
tidak terikat kepada kontrak. Anda boleh menggunakannya secara bebas dan berhenti pada bila-bila masa – langsung tiada tekanan.
dengan pembelian minimum / atau berbelanja untuk membeli hanya 20 kapsul kopi, kami boleh memasang mesin kopi percuma untuk anda
anda boleh menikmati kopi kualiti terbaik di rumah atau di mana-mana sahaja, sama ada semasa cuaca panas atau hari hujan
Arissto boleh dipasang secara percuma di rumah, pejabat, pusat kecantikan, pusat kecergasan, stesen petrol, bakeri, restoran, bank, sekolah dan di mana-mana premis tumpuan ramai. ROSMAH IDAYU ABU SAMAH
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Nampaknya langkah Hani Karmila dalam industri seni makin serius dan ‘deras’! Ternyata, darah seni arwah bapanya iaitu Hani Mohsin dan ibu tersayang, Puan Sri Tiara Jacquelina mengalir laju dalam diri anak seni ini ...