Pasangan bahagia Tya Arifin dan Asyraf Khalid baharu saja meraikan ulang tahun perkahwinan mereka yang ke-7 tahun pada 1 November 2022.
IKLAN
Pasangan ini dikurniakaan sepasang cahaya mata yang comel iaitu Arif Jiwa Asyraf dan Azzahra Jiwa Asyraf.
Menerusi video yang dimuat naik oleh Asyraf, Tya kelihatan terkejut bercampur teruja apabila melihat hadiah yang diberika oleh suami tersayangnya itu.
Tya yang merupakan menantu kepada penyanyi terkenal, Datuk Seri Siti Nurhaliza, tergamam apabila menerima hadiah ‘mahal’ dari Asyraf berupa sebuah kereta elektrik jenis Tesla.
Ia sebagai pemberian istimewa sempena anniversary dan ulang tahun kelahiran Tya yang ke-28 tahun.
Asyraf menerusi ruangan kapsyen menitipkan kesyukuran apabila kekal bahagia bersama Tya hingga saat ini.
“Happy 7th anniversary sayang! Alhamdulillah, sudah tujuh tahun kita mendirikan rumahtangga dan saya masih kagum dengan kecantikan, kebaikan dan dedikasi kamu terhadap semua perkara yang dilakukan.
IKLAN
“Terima kasih kerana mencintai saya walaupun saya punya kekurangan dan selalu menyokong dalam setiap hal. Saya tidak akan menjadi siapa diri saya sekarang tanpa sokongan dan kepercayaan kamu.
“Insya-Allah, kita akan melalui lebih banyak cabaran lain yang menakjubkan bersama. Saya akan lakukan apa yang termampu untuk merealisasikan impian bersama.
IKLAN
“Saya sayang kamu dan harap kamu suka dengan kejutan kecil ini.”
Tya memberi respon secara ringkas, “I happy juga dapat kereta.”
Untuk info, Tya dan Asyraf mendirikan rumahtangga pada 1 November 2015. Tya kini sukses sebagai seorang usahawan. Semoga Tya terus sukses dan kekal bahagia bersama keluarga tersayang.
Tahniah! Sari Yanti yang baru menimang cahaya mata keempat baru-baru ini. Sari Yanti dan suaminya, Jep Sepahtu telah berkongsi kegembiraan mereka di laman media sosial masing-masing.
Murah rezeki Sari Yanti yang sebelum ini risau jika tidak dapat hamil lagi lantaran salur fallopian tinggal sebelah sahaja.
Sebelum mengandungkan Dariya Inara dua tahun lalu Sari Yanti pernah keguguran lantaran mengandung luar rahim. “Ketika baharu kahwin dahulu saya terpaksa dimasukkan ke hospital sebab kandungan luar rahim atau ectopic.
Foto: Instagram @sariyanti
Waktu itu kira macam bunting pelamin. Saya turun darah hari-hari dan asyik masuk hospital sebab turun darah. Doktor suspek saya mengandung luar rahim dah ketika itu.
Kandungan tu kecil lagi tapi sebab dia membesar dalam tiub fallopian sehingga menyebabkan tiub fallopian tu pecah. Saya terpaksa menjalani pembedahan untuk membuang tiub fallopian. Kandungan pun kecil lagi ketika itu dan keadaan kesihatan tidak begitu mengizinkan. Saya berpantang macam biasa sebab operate.
Alhamdulillah saya ingatkan susah nak mengandung selepas tiub fallopian tinggal satu sahaja. Tapi bila saya mengandung saya syukur sangat-sangat kerana Allah SWT nak bagi juga rezeki kepada kami suami isteri,” kongsi Sari Yanti ketika sedang mengandungkan Dariya Inara dahulu.
Foto: Instagram @sariyanti
Sebelum ini Sari Yanti telah mengumumkan berita kehamilannya ketika menyambut ulang tahun perkahwinan ketiganya. Melalui perkahwinan terdahulu, Sari Yanti sudah memiliki dua orang putera, Barr Al-Aliy dan Baasit Al-Haq.
Sejak berkahwin dengan Ungku Ismail, makin melimpah ruah rezeki Nad Zainal. Selain masih aktif dengan kerjaya lakonan, aktres berbakat besar ini kian ligat mempromosi tudung jenama Nadi Kesuma. Lebih manis, perniagaan tersebut diusahakan bersama suami tercinta.
Tampil dengan pelbagai rekaan tudung eksklusif, Nadi Kesuma turut dibawa ke pasaran Singapura. Bercerita mengenai label hijab berkenaan, Nad menerusi media sosial miliknya memberitahu, “Nadi Kesuma melambangkan kekuatan, nafas wanita. Kekuatan saya terletak pada keluarga terutamanya anak-anak dan suami.
Juga mereka yang selalu mendukung kerjaya saya, merekalah penggerak, penggaya, penyumbang idea untuk sesi penggambaran pertama Nadi Kesuma.
Thanks Fiqqi Abdullah, Thelikeyuti, Yumi Marina dan dah tentu my Ungku Ismail Aziz, suami dan boss legasi Karyatama.”
Sejak selamat bernikah Januari lalu, makin berseri-seri Nad Zainal dan Ungku Ismail Aziz. Sering berada di sisi walau ke mana saja, pasangan selebriti romantis ini juga dilihat saling menghargai di antara satu sama lain dan berkongsi momen indah mereka di media sosial.
Nad atau nama sebenarnya Farah Nadia Zainal Abidin sah bergelar isteri kepada pelakon kacak, Ungku Ismail pada 23 Januari lepas. Bagaimana pun, mereka mengumumkan berita perkahwinan tersebut kepada peminat selepas hampir seminggu bernikah.
Hubungan serius Nad dan Ungku mula ‘dihidu’ ramai selepas aktor tersebut banyak berkongsi perkembangan pelakon Dendam Seorang Isteri itu ketika Nad terlantar di hospital akibat pendarahan paru-paru.
Menceburi bidang perniagaan bukanlah sesuatu perkara yang mudah. Lebih-lebih lagi perniagaan yang diusahakan mempunyai banyak persaingan sengit. Namun bagi pemilik nama Azlin Zulkarnain, dia cekal dalam membina perusahaan kafe yang diusahakan dengan hasil titik peluh sendiri. Eatropica yang terletak di Brickfields, KL merupakan kafe yang baharu ditubuhkan April lalu. Sebelum Azlin membuka perniagaan ini, beliau adalah salah seorang rakan kongsi kepada salah seorang pereka fesyen terkenal tempatan. Minatnya yang mendalam dalam bidang perniagaan membuka peluang buat beliau untuk mencuba sesuatu yang baru.
CINTAKAN BISNES
Tidak bersandarkan pada rupa paras yang cantik semata-mata, wanita kelahiran Kuala Lumpur ini juga merupakan graduan Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Kejuruteraan Kimia di salah sebuah Institusi Pengajian Tinggi Awam. Selepas tamat pengajian, Azlin bekerja di Saudi Arabia selama 5 tahun dan kemudian pulang ke tanah air untuk membuka perniagaan. Pengalaman beliau di negara asing sedikit sebanyak memberi kekuatan dan pengalaman sebagai seorang wanita yang mampu berdikari.
“Saya seorang yang sukakan perniagaan. Sebelum saya membuka Eatropica, saya ada bisnes dalam industri fesyen. Namun saya tidak lama dalam perniagaan tersebut. Kemudian selepas setahun berehat, rakan saya yang juga merupakan rakan kongsi di Eatropica mengajak saya untuk membuka bisnes ini. Dia yang tunjukkan saya mengenai tempat ini. Pada mulanya tempat ini kosong tanpa sebarang renovation. Saya melihat ia ada potensi untuk dibuat sesuatu. Dari situlah datangnya idea untuk membuka kafe dan event space kerana saya lihat kawasan di KL Sentral ini kurang dari segi itu.
“Tercetusnya nama ‘Eatropica’ itu datang secara tidak langsung. Kebetulan pula ketika saya ingin propose perniagaan ini, mereka inginkan konsep tropika. Saya rasakan ia konsep cukup bersesuaian di mana warga kota boleh mencuci mata dalam dekorasi yang penuh kehijauan walaupun berada di tengah kota. Buat masa ini, saya banyak menguruskan sendiri urusan dan perihal kafe saya memandangkan kafe ini baharu sahaja dibuka,” ungkap Azlin yang juga mempunyai bisnes tudung secara kecil-kecilan.
CABARAN
Setiap perniagaan yang diusahakan pasti ada fasa turun dan naik. Memandangkan Eatropica merupakan perniagaan yang masih hijau, pasti pelbagai persiapan perlu dilakukan. Menurut Azlin, bisnes yang melibatkan makanan perlu diberi perhatian lebih dan banyak perkara yang perlu dipertimbangkan. Ia bukanlah perkara mudah seperti yang disangka.
“Bila bercakap mengenai F&B (food & beverages), banyak hal yang perlu difikirkan. Mungkin ramai beranggapan bila kita buka bisnes seperti kafe atau restoran, ia adalah bisnes yang mudah. Bisnes ini memerlukan khidmat pekerja yang ramai dan seperti yang kita maklum makanan tidak boleh disimpan terlalu lama. Namun saya bersyukur kerana mempunyai chef yang berkualiti dan kakitangan yang memudahkan kerja saya.
Sejujurnya Eatropica adalah bisnes makanan pertama saya dan banyak perkara yang saya tidak tahu mengenai bidang ini. Banyak perkara yang perlu saya belajar. Sebagai contoh bila kita ingin buat menu yang mempunyai masakan jenis grill, sudah pasti kita perlu membeli alat untuk membakar walaupun menu tersebut hanyalah satu sahaja. Manakala harga pembakar pula mencecah ribuan ringgit. Kos-kos tersebut perlu diambil kira supaya tiada pembaziran yang berlaku. Paling penting, kita perlu tahu konsep kesleuruhan perniagaan yang kita jalankan.
RESEPI KEJAYAAN
Usaha berterusan dalam menggapai impian membuahkan hasil yang boleh dibanggakan. Minat yang mendalam dalam bidang perniagaan mencipta transisi kejayaan untuk bergelar usahawan yang cemerlang. Bertanyakan mengenai resipi kejayaan, ini jawapan Azlin!
“Bagi saya, pertama sekali ia memasang niat yang betul. Jika kita melakukan sesuatu perkara dengan niat yang ikhlas, InsyaAllah akan dipermudahkan. Saya juga percaya, kita perlu menjalinkan hubungan dengan orang di sekeliling kita dengan baik kerana mereka ini juga merupakan tulang belakang kejayaan kita. Saya sering bertolak-ansur dengan kakitangan kerana saya percaya tanpa mereka saya tidak akan berada di tahap di mana saya berada sekarang ini.
Selain itu, pengalaman saya ketika berkerja di Saudi sebagai jurutera juga lebih mematangkan saya. Saya terbang ke Saudi sebaik sahaja menamatkan ijazah saya di Universiti Teknologi Malaysia. Ketika itu, saya masih muda dan nekad untuk membina karier di negara Timur Tengah. Seperti kita tahu, zaman dahulu negara Timur Tengah ini negara yang diskriminasi terhadap kaum wanita seperti tidak boleh memandu kereta, tidak boleh keluar rumah tanpa mahram dan sebagainya. Banyak perkara yang saya perlu korbankan ketika bekerja di sana. Namun selepas berfikir panjang, saya membuat keputusan untuk meninggalkan karier di Saudi,” ungkap Azlin yang berhijrah ke Saudi pada tahun 2009.
Tambah Azlin lagi, keluarganya juga menyumbang kepada kejayaan beliau pada hari ini. Hasratnya untuk menceburi bidang perniagaan dari mula lagi sudah mendapat sokongan padu dari keluarga tercinta. Azlin percaya berkat doa orang tuanya selama ini menjadi paksi untuk berdiri menjadi seorang usahawan wanita yang berjaya.