Meraikan ulang tahun GUESS Watches ke-40, jenama jam tangan fesyen terkemuka ini terus unggul dengan mengembalikan nostalgia melalui 4 trend jam ikonik yang meninggalkan kesan mendalam buat pencintanya.
Dilahirkan pada tahun 1984, generasi zaman millennial tentu sangat mengenali jenama jam tangan GUESS yang pernah mencipta fenomena suatu ketika dahulu.
Cukup terkenal di seluruh dunia, jenama ini dengan bangganya meraikan ulang tahun ke-40 sebagai perintis unggul dalam revolusi jam tangan fesyen yang timeless!
Jam dengan ‘jiwa’ tersendiri. Bagi pencinta jam GUESS, ia bukan sekadar alat penunjuk masa semata-mata tetapi simbol aksesori bergaya yang ikonik.
Sepanjang 40 tahun lalu, terdapat beberapa trend yang dipelopori oleh GUESS Watches dan masih relevan sampai ke saat ini.
Masih ingat lagi koleksi jam GUESS cetakan harimau yang berani? Atau koleksi tali jam denim yang lasak untuk penggemar punk rock dan koleksi motif logo G yang ikonik? Paling manis, koleksi jam dengan tatahan batu-batuan mewah yang glamor seperti mengimbau kenangan membesar bersama yang sukar dilupakan!
“GUESS Watches lebih daripada sekadar jam tangan – ia adalah satu kenyataan gaya dan keperibadian. Sempena ulang tahun ke-40, kami berbangga untuk mengembalikan semula trend-trend ikonik yang telah mentakrifkan jenama jam GUESS dan memberi inspirasi kepada generasi peminat fesyen,” ujar Naib Presiden Pemasaran Global GUESS Watches, Ann Marie Santo.
Ads
KOLEKSI KAPSUL
Menggabungkan reka bentuk terkini dan kejuruteraan yang tepat, jam tangan ini mewakili kemuncak kesenian horologi.
Dengan setiap koleksi, GUESS Watches mengajak pemakainya untuk mengekspresikan gaya unik mereka serta memberi keyakinan diri di mana-mana sahaja.
Koleksi Kapsul Edisi Khas Ulang Tahun ke-40 yang dinanti-nantikan ini akan dilancarkan secara rasmi pada musim luruh 2024.
Ads
Memperkenalkan semula siluet signature yang dinamakan ‘ICONIC 40th’, ia direka khas dengan ciri multi-fungsi yang dinamik sebagai penyata masa yang bergaya.
Case logam kitar semula menyerlahkan inovasi pelapisan unik dengan tatahan batu, manakala dial embossed diperincikan dengan butiran simbolik halus pada angka jam 4 sebagai tanda ulang tahun penting ini.
Paling berharga, bahagian belakang jam diukir khas dengan rona merah ikonik bagi memperingati ulang tahun ke-40 keunggulan GUESS Watches.
Koleksi edisi khas ini ditawarkan bersama kotak eksklusif, cukup sesuai dijadikan koleksi simpanan termanis untuk setiap peminat jam tangan.
Abadikan koleksi Kapsul Edisi Khas Ulang Tahun ini sekarang, kini boleh didapati di butik GUESS terpilih, pengedar sah jam GUESS di seluruh negara serta secara online di GUESS.my.
Siapa yang tak mengenali doktor selebriti popular Dr Say Shazril bukan? Seorang personaliti yang cukup mudah didekati malah sering kali jadi inspirasi dan rujukan mereka di luar sana.
Bapa kepada dua orang cahaya mata lelaki ini juga seorang family man ini baru-baru ini berkongsi satu berita gembira di mana Dr Say mengumumkan yang isterinya sedang hamil anak ketiga.
Umum mengetahui Dr Say Shazril dan isteri, Dr Azura Abas dikurniakan dua orang zuriat lelaki pasangan tersebut bersyukur kerana impian mereka membesarkan keluarga dimakbulkan Allah.
Menurut Dr Say, beliau dan isteri berasa sangat teruja dengan berita kehamilan ketiga ini. Ujar Dr Say, isterinya dijangka bersalin pada 25 Januari tahun hadapan. Tambah Dr Say, dia sememangnya mahu tiga orang anak kerana beliau sendiri memiliki tiga orang adik beradik.
Namun Dr Say tidak terkecuali merasaikan sedikit rasa gementar sekiranya anak ketiganya lahir nanti.
Saya tahu rata-rata ibu bapa yang mempunyai anak tiga dan ke atas akan jawab “it will come naturally” atau “anak pertama akan tolong” atau “you will be ready when the time comes”, the thought of it buat saya sedikit gugup. Tapi tak apalah ada 6 bulan lagi untuk saya bersiap-siaga di samping menikmati setiap saat bersama dua anak lelaki saya.
Di akhir posting, Dr Say berharap netizen dapat mendoakan kesejahteraan kandungan isterinya. Jelas Dr Say, dia akan memberitahu mengenai jantina bayi pada tahun hadapan.
Untuk rekod, Dr Say dan Dr Azura melangsungkan perkahwinan 30 Mac 2014.
***
Majalah Nona juga ada di Telegram. Mudah nak akses artikel menarik dan video-video terkini di sini. Jemput sertai sekarang –> https://t.me/majalahnona
***
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Orang wanita memang diciptakan punya semangat kuat dan luar biasa! Misalnya, adik kepada Sharifah Amani iaitu Sharifah Aryana ini. Walau masih muda tapi kematangan anak bongsu kepada pasangan Syed Zainal Abidin Rashid dan Fatimah Abu Bakar ini jelas terserlah.
Dalam temu bual bersama Nona, Sharifah Aryana atau mesra disapa Yana kini ibu kepada seorang anak lelaki. Sejak mendirikan rumah tangga dengan Jad Hanif Jimmy pada Januari 2021, Yana memberi tumpuan sepenuhnya menguruskan keluarga tersayang.
Tidak sekadar menjadi suri rumah, pelakon filem Mukhsin ini sedang ligat menceburi bidang perniagaan dan bergelar pengasas Confidence Cosmetics.
Paling mengharukan apabila penulis bertemu dengan Yana ketika dia rancak berniaga sambil menggendong anak sulung. Kuat semangat!
“Alhamdulillah, ini rezeki anak. Kita usahakan untuk dia juga. Siapa yang kenal saya dari dulu, kulit saya memang bermasalah. Terdetik untuk buat produk penjagaan wajah ini bila suami bagi sokongan untuk buat bisnes ini. Alhamdulillah nak dekat dua tahun, kiranya Januari nanti genap dua tahun Confidence Cosmetics di pasaran.”
Hampir dua tahun menembusi pasaran, Yana berbangga kerana salah satu produk keluarannya memenangi Lifestyle Beauty Asia Award.
“Kalau suami tak Ada, tak mungkin adanya Confidence Cosmetics. Sebab saya jenis ada idea, saya tahu apa saya nak tapi cepat rasa gelabah nak buat banyak benda. Jadi, suami banyak bantu uruskan hal-hal seperti di kilang.
Syarikat ini cuma saya dan suami. Kami baru ambil dua staf. Bisnes ini setiap hari ada je cabaran. Lagi-lagi saya jaga anak sepenuhnya tanpa bantuan pembantu. Saya tak hantar dia ke day care lagi.
Bila dah penat, stress, otak tepu, memang menangislah. Hari tu ada ikut buka booth. Dalam kereta dah menangis, tapi bila dah sampai tempat tu, lap mata dan terus cakap jom kita jual!
Bila dah jadi mompreneur ni, saya pilih untuk buat kedua-duanya iaitu bisnes dan jaga anak. Susah tapi alhamdulillah masih terkawal.”
Semoga usaha keras dan ketabahan Yana membantu suami demi keluarga tersayang diberkati Allah SWT.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Usai perjalanan Pencarian NONA Superwoman, USANITA SDN BHD terpanggil membantu usahawan terutama golongan B40 dan M40 untuk membangunkan mereka dalam era Industri 4.0 menerusi penjenamaan dan pendigitalan terutamanya di kalangan usahawan B40 dan M40.
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif USANITA, Datin Adzliana Prof Dato Sri Dr Hasan, melalui program ini, USANITA dengan kerjasama Kementerian Pembangunan Luar Bandar akan bergerak seiring membantu usahawan yang terjejas. Di samping itu, USANITA turut mendapatkan kerjasama dari Datuk Rosyam Nor untuk merealisasikan objektif pengukuhan semula ekonomi golongan berkenaan.
Bercakap mengenai penjenamaan, Datuk Rosyam Nor menyifatkan dalam kehidupan seharian seharusnya mempunyai penjenamaan terutamanya bagi mereka yang terlibat di dalam perniagaan. Menurut usahawan selebriti ini lagi, era digital sudah sampai ke kemuncak apatah lagi apabila Covid-19 menyerang, ia banyak mengajar setiap individu erti kepayahan baik hidup mahupun bisnes tetapi pada masa yang sama ia mendidik tentang erti transformasi.
“Selari dengan aspirasi kerajaan mengenai Wanita Bangkit Mendepani Cabaran, USANITA cuba menyuntik semangat usahawan IKS B40 dengan program dan webinar bagi mereka dalam mendepani cabaran pandemik. Hubungan baik di antara USANITA dan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat selamaini juga memberi banyak peluang dan sokongan buat wanita yang terkesan akibat Covid-19 dalam menceburi bidang perniagaan.
USANITA mensasarkan untuk membantu seramai 50 orang usahawan untuk mendalami ilmu penjenamaan dan pendigitalan di bawah bimbingan USANITA dan disokong oleh usahawan selebriti Datuk Rosyam Nor.
.Turut hadir di majlis sidang media tersebut ialah Menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk Seri Mahdzir Khalid yang menyokong usaha yang dijalankan oleh USANITA yang menyediakan platform khas untuk membantu usahawan wanita luar bandar khususnya golongan B40 agar selari dengan arus perniagaan semasa yang berasaskan digital.
“Sebelum ini, dalam usaha memperkasakan usahawan di luar bandar, Kementerian telah memperkenalkan program DesaMall @KPLB bagi membantu golongan berkenaan memasarkan produk secara atas talian.Inisiatif itu adalah strategi di bawah Teras 2 Dasar Pembangunan Luar Bandar iaitu Keusahawanan Pemacu Pembangunan Ekonomi menerusi pernyataan dasar Membangun Produk dan Memperluas Pasaran termasuk Pemasaran Perniagaan Dalam Talian,” ujar beliau semasa memberi ucapan perasmian semalam.
Majlis turut diserikan dengan persembahan penghibur terkenal tanah air, DAyang Nurfaizah yang mendendangkan dua buah lagu.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Masjid Habib di Pulau Pinang menampilkan seni bina Jawi Peranakan, kubah berinspirasikan intan, serta kemudahan mesra komuniti — sebuah wakaf bernilai RM30 juta yang menjadi simbol cinta dan syukur.