Happy wedding anniversary buat Rozita Che Wan dan Zain Saidin! Pejam celik, sudah sembilan tahun pasangan romantis ini melayari hidup sebagai suami isteri. Lebih bermakna, dengan kehadiran puteri kesayangan, Aaisyah Dhia Rana yang kini berusia lapan tahun.
IKLAN
Seperti diketahui peminat, setiap kali tiba ulang tahun perkahwinan pasti jelitawan ini akan tampil dengan persalinan raja sehari sebagai meraikan hari bahagia di samping suami tercinta. Tahun ini, Che Ta tidak ketinggalan meneruskan ‘tradisi’ berkenaan.
Menariknya, tahun ini Che Ta menyarung busana indah putih salju daripada Ivan Young. Bukan calang-calang sebab persalinan tersebut cecah harga RM80,000!
Kredit Instagram @rozitachewan1Kredit Instagram @rozitachewan1Kredit Instagram @rozitachewan1
Kongsinya, “9 tahun 9 kali dah sarung baju kahwin. Alhamdulilah tahun ni rezeki dapat sarung baju kahwin harga 80 ribu. Thank you Ivan Young Official.
12 tahun jadi ibu tunggal, tak pernah give up dengan perkahwinan. Kadang Allah hantar “peneman” untuk uji kesabaran kita. Kalau sabar kekal lah bahtera yang kita bina, kalau tak sabar, tu yang porak peranda.”
Ibu kepada tiga cahaya mata ini turut mendedahkan sikap suami tercinta yang telah banyak mengubahnya ke arah kebaikan.
IKLAN
“Alhamdulliah 9 tahun ni Allah hantar yang baik-baik saja. Zain Saidin tak pernah suruh kami kemas rumah ka, tak pernah paksa masak ka, jauh sekali nak control pergerakan kami. Tapi satu benda dia ulang-ulang tanya setiap waktu, sayang dah solat?
Kredit Instagram @rozitachewan1Kredit Instagram @rozitachewan1
Tak sangka Mat Saleh celup yang kami kahwin ni sangat particular tentang agama. Ingat lepas kahwin, nak pakai skirt atas peha, ye lah kita pula feeling macam kahwin dengan Mat Saleh tapi terus slowly tutup aurat.
Alhamdulillah! Ada sebab Allah hantar peneman hidup kita. Tak kaya tapi kami bahagia. Kalau ada wanita di luar sana yang give up bila rumah tangga berderai, jangan you all. Mungkin jodoh you all akan muncul, tengah otw. InshaAllah Allah tengah pilih yang baik-baik untuk you all doa yang baik-baik akan dapat yang baik.”
Moga rumah tangga yang dibina terus berkekalan hingga ke Jannah dan kasih sayang di antara mereka kekal mekar.
Tahukah anda, dijangkakan bilangan warga Malaysia yang berusia 60 tahun dan ke atas akan mencapai jumlah seramai 6.3 juta orang pada tahun 2040, atau 2 daripada 10 orang warga Malaysia?
Inilah hasil kajian dari Pusat Penyelidikan Kesejahteraan Sosial Universiti Malaya (Social Wellbeing Research Centre) yang menjangkakan bilangan warga emas kian meningkat, malah jangka hayat juga dijangka lebih panjang dengan golongan lelaki yang mencapai umur 65 tahun pada 2019 dijangkakan akan hidup 14.8 tahun lebih lama sehingga umur hampir 80 tahun, manakala golongan wanita yang mencapai usia 65 tahun pada tahun lepas, dijangka akan hidup 17.8 tahun lebih lama sehingga usia 82 tahun.
Berita ini sesungguhnya mempunyai kelebihan dan keburukan tersendiri. Dari aspek positif, usia yang panjang memberikan lebih nilai kepada kehidupan seseorang tetapi sia-sia jika berpenyakit.
Masalah muskuloskeletal, seperti osteoartritis yang biasanya berlaku pada bahagian lutut boleh mengganggu kemampuan kita untuk menjalankan aktiviti harian yang biasa. Gejala biasa termasuklah rasa sakit, kaku dan flesksibiliti yang berkurangan.
Masalah ini mengurangkan tahap pergerakan, dan dalam jangka panjang akan menjejaskan kebebasan dan kemampuan untuk menyertai aktiviti keluarga, sosial dan bekerja, dan dengan itu kualiti hidup mereka akan terjejas.
Antara kesan-kesan penuaan yang paling ketara adalah kemerosotan jisim tulang, otot atau tulang rawan sendi yang mungkin dipercepat dengan penuaan, tetapi ada beberapa langkah yang dapat dilakukan seseorang untuk memperlahankan proses ini.
LANGKAH-LANGKAH AWAL
Mengekalkan berat badan yang sihat.
kerap bersenam, terutamanya senaman yang membina otot dan mengekalkan tulang yang kuat.
Merawat kecederaan ringan dan jangan biarkan ianya melarat dan menjadi masalah yang lebih besar yang akan mempengaruhi pergerakan.
Selalu ingat untuk duduk dan berjalan dengan postur yang betul.
Dari segi pemakanan, Puan Megawati Suzari, Pengarah Pembangunan Produk Baharu, Hal Ehwal Saintifik & Pematuhan di Fonterra Brands Malaysia yang memasarkan Anlene, menekankan kepentingan orang dewasa yang berada dalam pertengahan umur untuk menjaga pergerakan mereka dengan mengekalkan kesihatan tulang, sendi dan otot yang penting untuk menyokong gaya hidup aktif dan penuaan yang sihat.
“Selain kekal aktif secara fizikal, amalan pemakanan yang baik juga tidak kurang pentingnya,” kata beliau.
Satu kajian yang terkini menunjukkan kepentingan untuk mengamalkan senaman berkala dan mengambil susu sebagai sebahagian daripada diet yang seimbang. Kajian tesebut mendapati bahawa mereka yang mengambil 2 gelas susu yang ditambah dengan MFGM (Milk Fat Globule Membrane) dan nutrien penting berserta dengan senaman yang kerap, mengalami 2X peningkatan fleksibiliti, 3 X peningkatan keseimbangan dan 40% lebih peningkatan jisim otot berbanding kumpulan kawalan.
“Diet seimbang yang merangkumi makanan berkhasiat adalah penting untuk menyokong kesihatan muskuloskeletal orang dewasa. Anlene ACTIFIT 3X dan GOLD 5X dirumus khas untuk membantu memenuhi keperluan pemakanan yang penting untuk menyokong kesihatan muskuloskeletal” kata Megawati.
MUSKULOSKELETAL
Menurut Dr Nor I’zzati Saedon, Pakar Geriatrik dan Pensyarah Perubatan Dalaman di Pusat Perubatan Universiti Malaya (UMMC), kesihatan muskuloskeletal merupakan salah satu faktor utama dalam membolehkan manusia menjalani kehidupan mereka secara bebas dan ia bermula dengan membina dan mengekalkan kesihatan tulang, otot dan sendi agar kekal kuat untuk masa yang akan datang.
Sistem muskuloskeletal memberikan bentuk, sokongan, kestabilan, dan pergerakan untuk badan. Sistem ini terdiri daripada tulang rangka, otot, tulang rawan, tendon, ligamen, sendi dan tisu penghubung lain yang menyokong dan menghubungkan tisu dan organ bersama-sama.
“Orang dewasa yang berumur 40-an lazimnya tidak memberi perhatian terhadap kesihatan muskuloskeletal mereka sendiri disebabkan mereka tidak mengalami sebarang tanda, seperti sakit akibat kecederaan atau postur yang tidak baik. Kemampuan untuk berjalan memerlukan kekuatan, fleksibiliti dan keseimbangan.
Tugas mudah seperti menyuap makanan dan memakai pakaian memerlukan kemampuan pergerakan tangan dan pergelangan tangan. Keupayaan untuk mencapai, membongkok dan mencangkung membolehkan seseorang melakukan aktiviti harian seperti berkebun, memasak dan membersihkan lantai. Setiap individu tentunya mahu terus dapat melakukan semua ini tanpa sebarang kekangan dan pertolongan, terutama ketika mereka mencapai usia 60-an dan seterusnya,” jelas beliau.
Anlene GOLD 5X yang baharu dirumus secara saintifik dengan nutrien-nutrien yang penting untuk menyokong keperluan pemakanan orang dewasa dan tidak mengandungi gula tambahan. Ramuan unik yang terdapat di dalam produk ini ialah MFGM Active, yang mengandungi MFGM – gabungan lemak dan protein yang membekalkan komponen yang hampir sama seperti terdapat dalam cecair sendi.
Di dalam setiap gelas susu Anlene, anda boleh menikmati kebaikan ACTIFIT 3X yang mengandungi kalsium tinggi, protein tinggi, vitamin (B2, B6, B12, C, D, E) dan kolagen. Manakala Anlene GOLD 5X pula dirumus secara saintifik untuk memberikan MFGM Active, nutrien yang sama seperti yang ditawarkan oleh Actifit 3X dan tanpa gula tambahan.
Kalau tengok wajah dan penampilan Naszeli Ngasri, pasti ramai tak sangka abang kepada Datin Anne Ngasri ini meniti usia 49 tahun. Memang tak dinafikan, adik-beradik pelakon popular ini kelihatan awet muda.
Dari abang sampai ke adik, semuanya nampak masih muda termasuklah bapa mereka iaitu Ngasri Sain yang sudah pun mencecah usia 73 tahun.
Ekoran kemenangan Nasrizal Ngasri atau Bell yang dinobat sebagai Bintang Paling Popular baru-baru ini, Naszeli atau lebih dikenali sebagai Boy turut menerima tempias populariti adik lelaki.
Jarang muncul di kaca televisyen, difahamkan Boy kini ‘orang kuat’ belakang tabir dan menjadi penerbit.
Boy merupakan anak kedua daripada enam beradik iaitu Nasliza, Nasrizal (Bell), Nasreen (Darling), Naszriah (Datin Anne) dan Nassuhada yang juga anak istimewa.
Kesemuanya merupakan anak kepada Ngasri Sain dan Habibah Jaafar. Bapa mereka merupakan penggiat industri seni dan penyiaran serta pernah menjadi pengacara TV dan pelakon.
Daripada enam beradik tersebut, empat daripada mereka mengikut jejak langkah bapa tersayang dalam bidang seni dan hiburan iaitu Boy, Bell, Darling dan Datin Anne Ngasri.
Anak sulung Boy iaitu Inas Sofea berusia 25 tahun berkahwin pada tahun 2020 dan mempunyai dua orang anak. Sekaligus menjadikan pelakon ini datuk kepada dua orang cucu.
Selepas berkahwin, perbezaan pendapat mahupun berselisih faham bukan hanya terjadi antara suami isteri bahkan boleh juga berlaku antara menantu dengan mertua.
Ternyata, ini bukan perkara baru kerana ia sebenarnya kerap berlaku dalam kehidupan masyarakat.
Seorang menantu boleh menjadi benci terhadap mertuanya jika konflik ini berterusan. Mertua pula akan merasa tidak dihormati oleh menantu. Di saat seorang menantu mempertahankan pendapatnya namun pada masa yang sama juga perlu menghormati pendapat mertua inilah dilema yang terpaksa dihadapi.
Amalkan 6 perkara ini ketika anda berada dalam situasi ini.
BERSIKAP JUJUR
Fahamkan terlebih dahulu bahawa maksud mertua anda sebenarnya baik. Jujurlah ketika anda tidak sependapat dengannya. Berikan alasan anda dengan cara yang paling sopan tanpa menyinggung perasaan mertua.
TERBUKA DAN POSITIF
Mungkin pendapat anda berbeza dengan mertua tetapi alangkah baiknya anda dapat melihat dari sudut pandang mertua juga. Mungkin apa yang diperkatakan bukan perkara yang tidak baik dan tujuannya untuk kebaikan anda juga.
Mungkin juga pendapatnya itu penyelesaian terbaik yang anda perlukan. Tidak sependapat tidak bermakna anda yang paling betul, bukan?
MENERIMA PENDAPAT MERTUA
Ucapkan terima kasih atas pendapat yang diberikan oleh mertua walaupun kontra dengan pemikiran anda. Namun yang penting terima saja setiap informasi yang diberikan. Mungkin ia bermanfaat buat anda suatu hari nanti.
SOKONGAN KELUARGA
Ketika pendapat anda seringkali dicanggah dan dianggap kurang bagus, dapatkan sokongan daripada pasangan dan berbincanglah dengan tenang.
Luahkan segala keluh kesah atau alasan mengapa anda sukar sependapat dengan mertua. Sokongan pasangan bukan bermaksud untuk memaksanya menentang ibu bapa. Hanya anak saja yang tahu bagaimana cara berkomunikasi dengan ibu bapanya.
PERTOLONGAN DARIPADA PASANGAN
Mintalah pasangan anda untuk berbincang secara baik dengan ibu bapanya bahawa keputusan yang diambil dalam keluarga anda adalah kesepakatan bersama.
Contohnya dalam hal mendidik anak, urusan kewangan atau hal-hal rumah tangga. Jelaskan setiap keluarga memiliki cara tersendiri dalam menjalani kehidupan berumah tangga.
JANGAN SAKITI PERASAAN SESIAPA
Elak konflik menjadi lebih besar apatah lagi jika anda seorang yang mudah melatah atau ego. Abaikan kritikan atau keluhan mertua dengan tenang tanpa perlu menyakiti perasaannya. Bersabarlah selagi ia boleh dibendung. Amy Mohd
Semakin kejar akhirat, semakin melimpah ruah rezeki Rozita Che Wan. Sebut sahaja nama selebriti popular ini pasti ramai yang membayangkan kejelitaan dan imej glamor isteri Zain Saidin ini ...