Terpegun tengok kecantikan anak gadis Dato’ Sri Eizlan Yusof dan Vie Shantie Khan, Vie Zaara Khan! Makin meningkat usia, makin terserlah pesona dan wajah jelitanya. Tak dinafikan, Vie Zaara yang kini berusia 14 tahun mewarisi gen cantik daripada kedua-dua ibu bapanya. Alhamdulillah!
Walau Dato’ Sri Eizlan dan Vie Shantie sudah pun berpisah kira-kira tujuh tahun lalu namun kedua-duanya masih menjalin hubungan baik demi anak-anak. Lebih istimewa, ketika ulang tahun anak sulung mereka ini pada 3 Mei lepas, Dato’ Sri Eizlan dan Vie bergilir-gilir meraikan hari lahir Vie Zaara.
Apatah lagi birthday Zaara tahun ini jatuh pada hari kedua Syawal! Menerusi Instagram Vie Shantie, keluarganya meraikan hari lahir gadis berkenaan dengan percikan bunga api dan majlis kecil-kecilan yang disambut bersama ahli keluarga.
Yang pasti, raut wajah lembut dan cantik Zaara yang sejuk mata memandang sering menarik perhatian peminat ibu dan bapanya. Tidak hanya dikurniakan rupa paras menawan, Zaara juga cemerlang dalam akademik dan fasih berbahasa Arab.
Ads
Pesan Vie Shantie bersempena hari lahir anakanda tersayang, “Anakku Vie Zaara Khan sayang, apa pun yang engkau lakukan, apa pun yang engkau cita-citakan, jangan pernah terlepas dari sikap rendah diri dan jujur dalam semua hal.
Suatu masa engkau pasti memasuki dunia sebenar. Dunia yang tidak akan berhenti. Semoga saat itu jiwa mu kan tetap kuat seperti engkau sekarang, inshaAllah.”
Sementara itu, Dato’ Sri Eizlan turut menzahirkan rasa syukur dapat melihat Zaara membesar menjadi anak yang diimpikan dan memiliki keperibadian yang terpuji. Ujarnya, “Selamat ulang tahun ke-14 darling daddy, Vie Zaara Khan.
Daddy doakan semoga Allah SWT akan sentiasa merahmati, menjauhkan perkara yang tidak baik dan memberkati Kakak, dikurniakan rezeki yang melimpah ruah dan diberkati. Aamiinn.”
Ads
Dalam temu bual Nona bersama Dato’ Sri Eizlan di Nona On Air pada Februari lepas, usahawan ini turut mendedahkan dia gembira kerana impiannya untuk melihat anak-anak menguasai bahasa Arab akhirnya dimakbulkan.
“Dengan bekas isteri, saya pernah sampaikan hasrat nak semua anak-anak pandai cakap Arab. Alhamdulillah semua ok. Tak ada isu berat dengan bekas isteri. Isu antara kami tak melibatkan anak-anak. Hubungan kami baik sebagai kawan.”
Selain Vie Zaara, Dato’ Sri Eizlan dan bekas isterinya iaitu Vie Shantie Khan mempunyai dua lagi cahaya mata iaitu Zareef Yusof dan Vie Zaalia.
Hasil perkahwinan dengan Datin Natasha Rosa pula, Dato’ Sri Eizlan dikurniakan seorang lagi anak perempuan iaitu Zaelynn Rosa. Begitu juga Vie Shantie yang mempunyai seorang lagi anak perempuan diberi nama Vie Raissa hasil perkongsian hidup dengan seorang ahli politik.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Aryani Fitriana mengakui pernah mengalami keguguran pada kehamilan pertamanya.
“Saya mengandung, tetapi keguguran kerana terjatuh dalam bilik air,” kata Aryani seperti yang dipetik daripada portal TribunStyle.com dari saluran YouTube The Sungkar.
Aryani Fitriana dikurniakan hidayah untuk bertudung dan menutup aurat di saat perniagaannya sedang berkembang.
Pelakon sinetron ‘Anak Jalanan’ ini turut mendedahkan, tidak lama selepas berhijab dirinya kembali hamil kali kedua.
“Selepas sebulan saya mengambil keputusan untuk memakai tudung, saya hamil,” ungkap Aryani Fitriana.
Aryani Fitriana turut meluahkan kesyukuran atas kurniaan rezeki Allah SWT yang tidak ternilai itu.
Bagi Aryani Fitriana ia adalah satu keajaiban kerana ketika itu dia dan suami amat ternanti-nantikan zuriat mereka.
Untuk info, Aryani Fitriana atau nama penuhnya Aryani Fitriana Kurniawan memulakan kariernya sebagai model setelah meraih gelaran ‘Pemenang Kegemaran Pembaca” pada pemilihan Gadis Sampul 2002.
Aryani Fitriana berkahwin dengan pelakon dan model kacak, Donny Michael pada 16 Januari 2016 di Hotel Borobudur, Jakarta.
Mereka kini bahagia bersama dua cahaya mata iaitu Alem Isco Zeroun Haub dan Aleia Astrid Romeesa Haub.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Happy birthday! Hari ini 9 Mac merupakan ulang tahun ke-49 bagi selebriti popular, Rozita Che Wan. Kalau tengok penampilan isteri Zain Saidin ini memang tak ubah macam supermodel. Tinggi dan ramping orangnya. Pandai Che Ta jaga kecantikan dan kesihatan badan!
Bersempena hari lahirnya, Che Ta memanjat kesyukuran atas segala anugerah yang dikurniakan selama ini. Kongsi Che Ta, “Alhamdulillah syukur.. Allah panjangkan usiaku di dalam kesihatan yang baik, rezeki yang tak putus-putus dan dikelilingi anak-anak, suami tercinta, adik-beradik dan kawan-kawan yang sentiasa di sisi.”
Sementara itu ketika ditemui ketika Majlis Pelancaran sebagai Duta Jol’s Luxe Fabrics, Che Ta tanpa berselindung mendedahkan usia sebenar sambil mengakui agak gementar meniti usia 50 tahun kelak.
Sangat menjaga penampilan dari hujung rambut ke hujung kaki, Che Ta akui sanggup korbankan masa tidur demi menguruskan keluarga tersayang.
“Nervous ke tidak nak dekat 50?! Sebab itu I kata orang perempuan ni kena rajin. Kalau tak rajin, laki (suami) balik tengok isteri macam hantu. Kena rajin.
I sanggup korbankan masa tidur sebab kadang-kadang balik shooting lambat, kita kena fikir banyak benda kan… jadi I korbankan masa tidur tu untuk settlekan apa-apa kerja nak buat.
Lepas ni habis event, I ada photoshoot pula untuk collection raya I. Kesimpulannya kena pandai bahagi masa. Time management kena pentinglah.”
Memang kagum dengan semangat wanita hari ini seperti Che Ta yang kental mahu ingin berjaya dalam perniagaan meskipun sudah cukup sibuk dengan tanggungjawab sebagai isteri dan ibu.
Dan bersempena sambutan Hari Wanita Sedunia, Che Ta turut menitipkan pesanan ini khas buat seluruh kaum wanita.
“Setengah wanita dia akan rasa terlewat untuk melakukan sesuatu, tidak ya. Sebab saya sendiri memulakan karier saya usia 35 tahun, saya dah berkahwin, bercerai, dah ada anak… tapi kalau kita ada keinginan mengubah hidup kita menjadikan wanita yang dipandang tinggi supaya orang ada hormat dengan kita, kita kena lakukan di luar daripada kotak.
Untuk anda berjaya, ada kerjaya.. wanita kena ada usaha, rajin untuk melakukan semua benda supaya kita digelar superwoman.”
Semoga kejayaan dan kemampuan Che Ta memartabatkan kaum wanita menjadi pencetus inspirasi buat mereka di luar sana agar terus maju serta berdaya saing menggapai impian hidup!
Kredit foto: Instagram Rozita Che Wan
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
YouTuber dan Vlogger terkenal, FaaFirds yang berusia 24 tahun ini sering menjadi perhatian kerana sering berkongsi koleksi video menarik berkaitan kecantikan, fesyen dan kosmetik khususnya berjenama antarabangsa.
FaaFirds atau sebenarnya, Nurfarhanah Ahmad Firdaus mula aktif berkongsi video di socmed sejak usianya 19 tahun. Bagi FaaFirds ia bukan sekadar memberi kepuasan terhadap minatnya sendiri malah dapat berkongsi sesuatu yang bermanfaat sebagai seorang instafamous terkenal.
“Saya seorang yang berani mencuba perkara baru seperti gaya solekan dan fesyen. Saya sering katakan kepada diri sendiri, kalau bukan sekarang bila lagi nak mencuba? Kita tak akan selamanya muda, bukan? Inilah masanya dan selagi ia mengikut syariah serta tak keterlaluan bagi saya tiada masalah.
Untuk kekal cantik, saya ada mengamalkan rutin penjagaan wajah tersendiri. Setiap malam saya akan meluangkan masa sekurang-kurangnya setengah jam untuk lakukan 13 step wajib sebelum tidur.
Belajar dari pengalaman, sebelum ini wajah dan mata saya pernah bengkak macam kena tumbuk gara-gara mengambil mudah soal penjagaan wajah sehingga terpaksa dimasukkan ke emergency room (ER). Doktor kata ada reaksi alergi kerana saya mencuba terlalu banyak produk dalam satu masa.
Disebabkan itu, saya terpaksa berehat selama tiga bulan,” kongsi FaaFirds yang turut mengamalkan petua bedak sejuk yang dikongsi oleh Mamanya yang berketurunan Cina. FaaFirds mengamalkannya sejak berusia 12 tahun.
Manakala inspirasi fesyen saya ialah Scha Al-Yahya. Walaupun gayanya ringkas namun very edgy. Stail Scha memang chill dan fashionable. Pakai apa pun tetap nampak cantik dan terletak. Idola luar negara pula ialah instafamous kelahiran Arab, Maria Alia yang gemar menyarungkan turban.
Seorang lagi idola saya ialah Lina Alghouti yang sering tampil dengan imej ‘maskulin’ melalui keunikannya berpakaian,” kongsi anak sulung daripada enam beradik ini yang fasih berbahasa Mandarin.
Kredit Foto: Instagram FaaFirds
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Ajal maut, jodoh dan pertemuan semuanya di tangan Tuhan. Tanggal 5 Disember 2025 pastinya menjadi tarikh yang tidak mungkin dilupakan Datin Seri Zizie Izette apabila suami tercinta dijemput ilahi. Tidak bersedia menerima pemergian insan kesayangan apatah lagi ketika itu dia berada di Semenanjung, figura popular ini bagaimana pun akur dengan takdir dan ketentuan ilahi.