Sentiasa tenang dan menyenangkan, pertemuan Majalah Nona dengan Anuar Zain sempena sidang media makan malam amal ‘Karena Aku Cinta’ turut membuka pelbagai rahsia yang disimpannya selama bertahun-tahun.

Kebetulan nama selebriti popular ini sedang hangat diperkatakan, sekaligus membuka lebih ruang kepada kami bercerita tentang kehidupan serta rahsia awet mudanya.

IKLAN

Segak bersut biru lengkap bow-tie di leher, Anuar Zain yang mesra membahasakan diri sebagai ‘Abang’ tenang menjawab setiap pertanyaan.

Sesekali terlihat dia merapikan rambut yang disisir, diikat kemas, menampakkan karakter matang dan macho-nya.

Umur 52 Tahun, Anuar Zain Kekal ‘Malaysia’s Most Eligible Bachelor’, Tampan & Budiman – Bertuah Bakal Isteri!
Anuar Zain di sidang media makan malam amal ‘Karena Aku Cinta’

 

Umur 52 Tahun, Anuar Zain Kekal ‘Malaysia’s Most Eligible Bachelor’, Tampan & Budiman – Bertuah Bakal Isteri!
Kekal fit dan segak pada usia 50-an

 

Semakin tua semakin bergaya. Bakal mencecah usia 52 tahun pada 15 Februari ini, bekas pramugara Malaysia Airlines itu masih tetap dengan raut wajah tampannya dan segala sifat ‘gentleman’ yang penulis kenali sejak dulu.

Masih berstatus bujang, penyanyi hebat ini turut dianggap sebagai ‘The Most Eligible Bachelor in Malaysia’ sampai sekarang.

Anuar Zain kerap menangis? Tonton temu bual eksklusif Lensa Nona ini ketika bertemu beliau tempoh hari…

IKLAN

 

WANITA KESAYANGAN

Menjawab pertanyaan siapakah wanita paling penting dalam hidupnya selain ibu bapa dan adik-beradik perempuan, adik kepada Ziana Zain itu pantas memberikan jawapan.

“Selain adik-beradik perempuan dan ibu saya, wanita paling penting dalam hidup saya ialah Pengurus saya, Nana Ahmad.

IKLAN

Kami dah 10 tahun bekerjasama dan kami berdua sangat ‘link’ dari segi pemikiran.” Anuar Zain

Umur 52 Tahun, Anuar Zain Kekal ‘Malaysia’s Most Eligible Bachelor’, Tampan & Budiman – Bertuah Bakal Isteri!
Nana Ahmad dan Anuar Zain

 

Pernah menjadi Pengurus kepada selebriti Amy Mastura, Nana sebelum itu merupakan seorang graduan Ijazah Pentadbiran Perniagaan dari California State University.

Memulakan tugas sebagai Pengurus kerjaya seni Anuar Zain pada 15 Mei 2012, Nana Ahmad bertanggungjawab memastikan takwim kerja ‘Lelaki Ini’ sentiasa teratur.

Ini juga bermakna, kehidupan Anuar Zain yang sentiasa terurus dan dikelilingi oleh ahli keluarga tersayang membuatkan dia selesa menjalani kehidupan bujang. Bertuah siapa yang berjaya menambat hati Anuar Zain, sempurna sifat dan berjiwa penyayang!

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI