Teruja membaca kisah jutawan cilik yang berasal dari Lagos, Nigeria ini. Memang menakjubkan umur 9 tahun, kanak-kanak ini sudah terbang ke sana ke sini menggunakan jet peribadi.
IKLAN
Bukan itu sahaja, malah jutawan cilik ini memiliki kereta jenama mewah yang bukan calang-calang orang boleh memilikinya. Namun, itu yang dikatakan rezeki milik kanak-kanak ini.
Foto: Instagram @momphajnr
Inilah sebuah kisah hidup milik influencer muda yang bernama Muhammed Awal Mustapha ini. Muhammed Awal Mustapha juga digelar dengan nama Mompha Junior.
Kehidupan mewah yang dilaluinya telah mencuri perhatian dunia dan dikhabarkan jutawan cilik ini telah menerima hadiah yang berbentuk sebuah rumah agam ketika usianya enam tahun oleh ayah yang dicintainya.
Khabarnya hadiah rumah agam ini sebagai hadiah hari jadi Mompha Junior yang keenam pada tahun 2019.
Foto: Instagram @momphajnr
Malah kanak-kanak bertuah ini telah dihadiahkan oleh ayahnya yang memegang status multimillionaire sebuah kereta jenama mewah, Bentley sebagai kereta pertamanya seperti yang dilaporkan oleh mirror.co.uk.
Belumpun berusia 12 tahun Mompha Junior telahpun memiliki segala-galanya termasuk beberapa rumah agam yang tertulis atas namanya. Kekayaan milik kanak-kanak ini sememangnya boleh diumpamakan lahir dalam dulang emas.
IKLAN
Foto: Instagram @momphajnr
Bak kata pepatah, rezeki ayam nampak di kaki, rezeki manusia tak ada siapa yang tahu. Itulah rezeki milik Muhammed Awal Mustapha ini. Ramai yang cemburu melihat kehidupan mewah yang dijalani oleh Muhammed Awal Mustapha ini.
Sangat menakjubkan! umur 9 tahun kanak-kanak ini sudah menyarung pakaian jenama mewah seperti Versace, Gucci, Fendi dan lain-lain lagi. Muhammed Awal Mustapha juga mempunyai seorang adik perempuan yang bernama Fatima.
IKLAN
Foto: Instagram @momphajnr
Menikmati hidangan mewah di atas jet peribadi juga bukan suatu perkara yang asing buat jutawan cilik ini. Sering bergambar di hadapan kereta mewah atau super cars, Mompha Junior merupakan anak kepada Ismailia Mustapha atau lebih terkenal dengan nama Mompha Senior.
Foto: Instagram @momphajnr
Multimillionaire, Ismailia Mustapha kelihatan bahagia bersama keluarganya dan menggelarkan isterinya sebagai “Cash Madam’. Mompha Senior juga pernah mencoretkan rasa syukurnya kerana memiliki seorang isteri yang cantik dan menjadi tulang belakang dalam hidupnya.
Semoga keluarga ini kekal bahagia dan menjalani kehidupan yang tenang.
Mengembara atau melancong memang mengujakan namun mengemas beg pakaian memang suatu yang sukar untuk dilakukan. Lebih-lebih lagi kalau terpaksa bekerja out station.
Menyimpan baju di dalam beg pakaian mungkin lebih mudah berbanding dengan barang-barang keperluan peribadi. Jika takut tertinggal barang-barang keperluan tersebut adalah lebih baik menyimpannya di dalam sebuah beg atau travel kit. Pasti tidak akan ada barang yang tertinggal.
Ada lagi satu tip yang boleh dilakukan iaitu jangan mengeluarkan barang-barang peribadi tersebut sehingga menggunakannya lagi untuk mengembara atau melancong kembali.
Untuk elakkan masalah tertinggal, jom semak barang yang patut ada dalam travel kit ini.
(1) Travel kit
Beg untuk menyimpan barang-barang peribadi ini biar tidak terlalu besar dan tidak terlalu kecil. Apa yang penting semua barang yang mahu dibawa muat di dalam beg.
(2) Pil tidur
Berjalan jauh mungkin mengganggu waktu tidur atau mungkin tempat tidur yang baru tidak selesa. Telan pil tidur jika keadaan benar-benar memaksa anda untuk melakukannya.
(3) Deodoran atau anti-perspirasi
Deodoran sangat penting dalam mengembara. Tidak semua bilik yang diinapi mempunyai bekalan air yang cukup. Deodoran sangat membantu penampilan anda ketika bercuti.
(4) Bekas kanta lekap dan saline
Jika anda pengguna kanta lekap, bekas kanta lekap dan saline adalah sangat penting dan sepatutnya berada di senarai pertama checklist.
(5) Pelembap bibir
Pelembap bibir sangat penting terutama jika melancong ke kawasan yang mempunyai cuaca sejuk. Jika kurang minum air bibir akan cepat kering dan mungkin boleh merekah.
(6) Pil sakit perut
Mungkin di luar kawasan anda makan makanan yang bukan menjadi kebiasaan. Sakit perut atau makanan tidak cerna boleh memburukkan keadaan. Pil sakit perut ini perlu ada dalam setiap travel kit.
(7) Alat jahitan
Siapa tahu baju yang dibawa terkoyak ketika melintas jalan. Hendak beli baru mungkin tidak termasuk dalam bajet. Cara yang terbaik adalah menjahit baju yang terkoyak tersebut.
(8) Trimmer
Pengembara lelaki jika tidak merapikan wajah dengan sempurna pasti akan selekeh umpama pengemis. Walaupun mengembara wajah perlu dirapi sempurna. Lebih baik jika membawa trimmer yang menggunakan kuasa bateri.
(9) Berus dan ubat gigi
Tidak akan lengkap hari seseorang jika tidak memberus gigi terutama selepas bangun tidur.
(10) Ubat titis mata
Berjalan di kawasan yang berdebu boleh mengganggu penglihatan. Ubat titis mata berguna jika mata gatal dan berair.
(11) Floss
Floss sangat berguna jika makan daging yang liat dan melekat di celah gigi.
(12) Pewangi
Penyembur wangian merupakan alat untuk melengkapkan kehidupan seorang pengembara. Mana tahu jika tiada air untuk mandi, pewangi boleh dijadikan sebagai penyelamat.
(13) Putik kapas
Putik kapas boleh digunakan jika telinga dimasuki air ketika mandi atau menyelam dalam laut.
(14) Syampu
Lebih mudah andai menggunakan syampu bersekali dengan mandian.
(15) Gel rambut
Penampilan lebih sempurna jika rambut dirapi sempurna.
(16) Pembersih muka
Wajah lelaki juga perlu dibersihkan daripada segala kotoran sebelum tidur. Jika tidak jerawat mudah hinggap. Hamizatul Maizan Mohamed
Apabila terkena hujan, pasti suhu badan akan meningkat dan hingus pun mula meleleh. Demam memang boleh mengganggu aktiviti seharian kerana tubuh terasa berat untuk digerakkan.
Ketika demam, daya tahan tubuh semakin berkurang dan virus senang menyerang. Bagi melawan virus tersebut, anda perlu memperkuatkan sistem pertahanan tubuh.
Beristirahat
Apabila demam melanda, yang terbaik untuk dilakukan adalah berehat dengan secukupnya. Berehat dapat memperkuatkan daya tahan tubuh dan menghilangkan demam daripada terus melarat.
Elak Demam Berjangkit
Sebaik-baiknya, elakkan daripada bertemu dengan orang ramai. Jika mempunyai mesyuarat yang sukar untuk ditunda tarikh, boleh cuba mesyuarat di alam maya seperti Skype atau Face Chat.
Biasanya apabila demam melanda pasti diikuti dengan selesema. Selesema yang baru hendak menjadi akan mengundang bersin. Walaupun tidak sihat, tetapi jangan bersin merata-rata. Bersin dengan menekup kedua-dua tangan ke mulut. Lebih baik kalau menggunakan sapu tangan yang bersih.
Cuba basuh tangan dengan air yang bersih bersama sabun selama 20 minit sekerap yang mungkin. Berjuta-juta bakteria melekat di tangan dan pasti mengundang jangkitan penyakit. Oleh itu, lap permukaan yang biasa disentuh seperti tombol pintu, gagang telefon dan paip sinki. Lebih baik kalau disemburkan dengan anti-bakteria.
Keperluan Bila Demam
Apa yang anda perlukan ketika sedang demam? Pastikan anda membawa banyak tisu untuk keperluan seperti bersin, hidung meleleh dan batuk. Jika perlu bawa termometer untuk mengetahui paras suhu badan. Pakai pakaian yang selesa dan bersih terutama kain kapas yang boleh membantu tubuh menyerap peluh.
Minum Ketika Demam
Ketika tidak sedap badan, minum teh hijau dapat memberi kesegaran. Ada juga yang mengatakan minum dua hingga tiga cawan teh hijau boleh menyembuhkan demam. Tetapi, jangan pula ditambah susu kerana boleh memekatkan lendir di hidung dan sudah pasti menyusahkan ketika bernafas.
Minum air putih adalah kunci kepada segala penjagaan diri. Minum air putih dengan banyak malah boleh dua kali ganda daripada biasa. Demam yang berpunca daripada virus boleh membuat badan cepat terhidrat.
Minum air yang berisotonik boleh membantu tubuh yang terhidrat akibat virus yang menyerang tubuh. Selain itu air kelapa yang bersifat elektrolit juga boleh membantu agar badan cepat sembuh.
Makanan Ketika Demam
Biasanya ketika demam selera untuk makan sudah tiada. Namun, makan adalah perlu agar tubuh bertenaga untuk melawan virus. Sup ayam sangat membantu ketika sedang demam.
Menurut kajian yang diterbitkan dalam American Journal of Therapeutics, komponen yang bergelar karnosin dalam sup ayam boleh membantu meningkatkan daya tahan tubuh. Khasiat sup ayam lebih mudah diserap berbanding dengan makanan pejal yang lain.
RESIPI SUP AYAM KAMPUNG
Bahan-bahan:
1 batang lobak putih (dihiris bulat)
2 tangkai daun bawang (dihiris halus)
2 – 3 bahagian ayam
Daun sup (dihiris halus)
3 ulas bawang putih (dicencang)
1 kiub ayam
Garam secukup rasa
Lada sulah
Bawang goreng (hiasan)
Cara membuat:
Panaskan minyak terlebih dahulu. Kemudian, masukkan bawang putih. Biarkan seketika sebelum tuangkan air ke dalam periuk diikuti ayam, kiub ayam, garam dan lada sulah. Reneh atas api sehingga ayam empuk dan masukkan pula lobak putih. Kacau semua bahan hingga sebati dan masukkan daun bawang atau daun sup ikut cita rasa masing-masing. Apabila telah mendidih, padamkan api dan hidangkan. Jika mahu, taburkan bawang goreng ke atas hidangan.
Bila tubuh sudah beransur pulih, makanan pejal boleh mula dimakan. Mula dengan makanan yang ringkas seperti ubi dan telur dan hindari daripada mengambil gula yang tinggi. Ini kerana gula boleh menghalang tubuh untuk cepat sembuh.
Bersenam ketika demam
Tidak salah bersenam ketika demam jika tubuh mampu melakukannya. Bersenam seperti biasa terutama di dalam gim. Namun, jangan lupa lap semula peralatan yang digunakan untuk mengelak orang lain dijangkiti.
Selain itu, dengar kata tubuh. Jangan memaksa tubuh untuk melakukan sesuatu pergerakan yang tidak mampu. Turun intentisi aktiviti daripada biasa dan jika masih tidak mampu, cuba berhenti.
Bila badan beransur pulih jangan terus bersenam kerana tidak mustahil badan boleh dijangkiti semula. Oleh itu, buat regangan yang ringkas kerana tubuh memerlukan masa lebih kurang satu hingga dua minggu untuk benar-benar pulih.
Jika demam masih berpanjangan dengan diiringi batuk dan bersin tanpa henti jangan berlengah untuk mendapat bantuan daripada doktor. Bagi mengelak gejala yang lebih parah minta nasihat doktor apa yang perlu dilakukan. Hamizatul Maizan Mohamed
Melihat gaya hidup mewah Jinkee Pacquiao hari ini pasti membuatkan ramai yang berasa cemburu. Mana tidaknya, selain dilimpahi dengan kesenangan wang ringgit isteri kepada salah seorang senator popular di Filipina yang juga atlet tinju terkemuka dunia ini juga cukup bertuah kerana dikurniakan ‘harta’ paling bernilai iaitu lima orang cahaya mata mereka. Mengintai kehidupan Jinkee, wanita cantik ini memiliki apa yang diimpikan setiap wanita. Kebahagiaan berkeluarga, kaya, ternama dan berjaya!
Namun di sebalik kemewahan yang dinikmati hari ini, Jinkee dan suaminya Manny Pacquiao pernah melalui liku hidup yang sukar. Mereka pernah hidup sengsara kerana selain kerjaya tinju suami yang kurang bersinar, Pacquiao juga dikhabarkan seorang suami yang gemar berfoya-foya, kuat merokok, kaki judi, kaki minum dan suka cari gaduh.
Dek kerana sikap negatif suami, Jinkee pernah terfikir untuk bercerai namun kerana sayangkan ikatan yang telah terbina dia sanggup bersusah-payah membantu membina semula kerjaya suami sehingga berjaya seperti sekarang. Menurut GMA News, pasangan ini kembali menghangatkan hubungan yang kian retak menanti belah dengan menikmati bulan madu kali kedua mereka.
Dan buat pertama kalinya, Jinkee yang juga penerbit filem dan personaliti media Filipina ini hadir menemani suami tercinta ke pusat latihan tinju di Los Angeles. Dari situlah bermulanya perubahan positif Pacquiao hingga melonjakkan namanya selaku ahli tinju terkemuka dunia yang dikecapi hari ini. Berkat sokongan Jinkee dan usaha keras, Pacquiao atau lebih dikenali dengan gelaran PacMan di gelanggang tinju telah dianugerahkan Fighter of the Decade pada 27 Julai 2009.
Sehingga ke saat ini, Manny Pacquiao tersenarai dalam The 20 Richest Boxers In The World 2019 dan dia menduduki tangga keenam dengan meraih pendapatan setinggi USD190
juta. Memetik laporan Forbes pula Pacquiao antara 2019 The World’s Highest-Paid Athletes Earnings dengan pendapatan berjumlah sekitar USD26 Juta bagi setiap perlawanan yang dimenanginya.
Menurut Post Magazine, ahli tinju berkenaan dilaporkan membeli rumah agam di Beverly Hills bernilai USD12 juta yang dahulunya pernah didiami rapper Sean Combs. Pada 2010 Pacquiao dicalonkan sebagai Philippine House of Representatives dan bergelar Senator pada tahun 2016.
Menerusi perkongsian di Instagram wanita berusia 41 tahun ini, Jinkee turut memperlihatkan gaya hidup mewah dengan berkongsi kediaman mereka yang besar dan eksklusif serta cita rasa fesyennya. Gemar bergaya dengan jenama mahal dari hujung rambut ke hujung kaki… Jinkee turut mempunyai koleksi beg tangan Hermes pelbagai saiz dan jenis.
Bahkan usahawan kosmetik ini juga merupakan penggemar jenama Christian Dior, Chanel, Louis Vuitton dan banyak lagi. Itu belum lagi kira kasut, jam tangan, baju, cermin mata hitam dan bermacam-macam aksesori lain yang ada dalam simpanannya.
Bukan hanya Jinkee bahkan kelima-lima anak mereka turut mengenakan persalinan mewah dan eksklusif dari label terkemuka. Disebabkan status suami sebagai senator dan antara ahli tinju terkaya di dunia, keluarga ini dikawal dengan beberapa pengawal peribadi yang mengiringi percutian mereka tidak kira di dalam mahupun luar negara.
Jinkee dan keluarga tersayangPrivate resort milik Jinkee & suami
Selain mempunyai beberapa rumah agam di Filipina dan kediaman elit di Los Angeles, mereka juga dikhabarkan memiliki sebuah resort persendirian di Sarangani Province.
Sumber: Post Magazine & Forbes / Foto: Instagram Jinkee Pacquiao