Makin berusia makin cantik! Terpukau dengan wajah awet muda Twinkle Khanna yang bakal berusia 47 tahun pada 29 Disember nanti. Pesona bekas bintang Bollywood popular ini tetap mencuri tumpuan meskipun Twinkle tidak lagi mewarnai dunia seni India.

IKLAN

Memetik laporan Times of India, Twinkle atau nama sebenarnya Tina Jatin Khanna memutuskan untuk berhenti berlakon selepas mendirikan rumah tangga dengan aktor kacak Bollywood, Akshay Kumar pada tahun 2001. Sepanjang bergelar anak seni, Twinkle pernah membintangi beberapa filem popular antaranya Baadshaah, Barsaat dan banyak lagi.

Yang pasti, Twinkle cukup bertuah kerana mewarisi darah seni dan kejelitaan kedua-dua orang tuanya. Dia merupakan anak perempuan kepada dua superstar Bollywood iaitu Rajesh Khanna dan Dimple Kapadia yang sememangnya terkenal dalam kalangan peminat Bollywood kerana memiliki rupa paras kacak dan cantik selain berbakat besar dalam industri lakonan.

Bersara Jadi Bintang Bollywood, TWINKLE KHANNA Kini Penulis Buku Berjaya & Jelita Usia 46 Tahun!
Credit Instagram @twinklerkhanna
Bersara Jadi Bintang Bollywood, TWINKLE KHANNA Kini Penulis Buku Berjaya & Jelita Usia 46 Tahun!
Credit Instagram @twinklerkhanna   / Di samping ibu, Dimple Kapadia
Bersara Jadi Bintang Bollywood, TWINKLE KHANNA Kini Penulis Buku Berjaya & Jelita Usia 46 Tahun!
Credit Instagram @twinklerkhanna

Nama Dimple Kapadia misalnya masih menjadi bualan hingga ke hari ini kerana kecantikan wajah yang dimiliki. Walau sudah meniti usia 60an namun rupa paras pelakon filem terkemuka, Bobby ini kekal anggun.

Tidak hanya mewarisi gen cantik, Twinkle juga berkongsi tarikh lahir yang sama dengan bapa tersayang iaitu tanggal 29 Disember. Kelahiran Twinkle pada hari lahir ke-31 Rajesh Khanna benar-benar mengubah kehidupan lagenda Bollywood tersebut.

Selepas bersara daripada bidang lakonan, bekas aktres ini dikatakan mula berjinak-jinak dalam bidang penulisan. Selain aktif menulis di blog popularnya, Twinkle juga merupakan kolumnis, penerbit filem, hos dan penulis buku berjaya.

Bersara Jadi Bintang Bollywood, TWINKLE KHANNA Kini Penulis Buku Berjaya & Jelita Usia 46 Tahun!
Credit Instagram @twinklerkhanna
Bersara Jadi Bintang Bollywood, TWINKLE KHANNA Kini Penulis Buku Berjaya & Jelita Usia 46 Tahun!
Credit Instagram @twinklerkhanna
Bersara Jadi Bintang Bollywood, TWINKLE KHANNA Kini Penulis Buku Berjaya & Jelita Usia 46 Tahun!
Credit Instagram @twinklerkhanna

Sepanjang pembabitannya dalam bidang ini, Twinkle dikenali dengan gaya penulisan santai dan penuh jenaka. Karya pertama Twinkle ‘Mrs Funnybones’ diterbitkan pada tahun 2015 dan ia mendapat sambutan luar biasa sehingga wanita berbakat besar ini mendapat pengiktirafan sebagai penulis wanita yang mencatat jualan buku paling tinggi di India pada tahun tersebut.

Bersandarkan kejayaan buku itu, dia kemudian menerbitkan buku keduanya iaitu The Legend of Lakshmi Prasad. Kini, Twinkle sedang dalam perancangan untuk menerbitkan buku keempatnya!

IKLAN

Ternyata, Twinkle seorang wanita yang berani mengambil risiko dan mencari potensi diri. Mungkin ramai yang tidak mengetahui, pengarah filem blockbuster Kuch Kuch Hota Hai, Karan Johar mahu Twinkle menjayakan watak Tina dalam filem berkenaan namun pelawaan itu ditolak secara baik dan digantikan dengan Rani Mukerji.

Bersara Jadi Bintang Bollywood, TWINKLE KHANNA Kini Penulis Buku Berjaya & Jelita Usia 46 Tahun!
Credit Instagram @twinklerkhanna
Bersara Jadi Bintang Bollywood, TWINKLE KHANNA Kini Penulis Buku Berjaya & Jelita Usia 46 Tahun!
Credit Instagram @twinklerkhanna
Bersara Jadi Bintang Bollywood, TWINKLE KHANNA Kini Penulis Buku Berjaya & Jelita Usia 46 Tahun!
Credit Instagram @twinklerkhanna
Bersara Jadi Bintang Bollywood, TWINKLE KHANNA Kini Penulis Buku Berjaya & Jelita Usia 46 Tahun!
Credit Instagram @twinklerkhanna

Pengundurannya dalam dunia seni disifatkan berbaloi kerana selain bergelar penulis buku berjaya, Twinkle juga merupakan usahawan dan pereka hiasan dalaman.

Terlalu meminati bidang ini, portal Livspace melaporkan Twinkle telah membuka sebuah butik hiasan dalaman sendiri di Crawford Market, Mumbai yang diberi nama The White Window pada tahun 2002 bersama seorang rakan kongsi, Gurlein Manchanda. Butik tersebut turut menerima Elle Décor International Design Award.

IKLAN

Sudah 21 tahun Twinkle berkahwin dengan Akshay Kumar dan mereka dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Aarav Kumar berusia 19 tahun dan Nitara Kumar, 9 tahun.

 

 

Sumber: Times of India / Livspace

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI