Baru-baru ini, UNICEF Malaysia melancarkan kempen Picture My Rights #aShotatLife bertujuan meningkatkan kesedaran mengenai hak kanak-kanak dan cabaran yang memberi kesan kepada mereka.

IKLAN

UNICEF Beri Galakan Kanak-Kanak Ambil Gambar Realiti Kehidupan

Peraduan ini merupakan platform buat golongan muda berkongsi kreativiti, keberanian dan keyakinan  dalam membantu mengubah dunia di sekeliling mereka. Menurut Ketua Komunikasi dan Advokasi Awam UNICEF Malaysia  Marc Vegara, dengan adanya kemajuan teknologi, ini bermakna golongan muda mempunyai peralatan serta sokongan dalam menyuarakan isu-isu yang dipercayai.

UNICEF Beri Galakan Kanak-Kanak Ambil Gambar Realiti Kehidupan
Marc Vegara, Ketua Komunikasi dan Advokasi Awam UNICEF Malaysia.

“Kami ingin mereka mengembangkan kreativiti, supaya mereka boleh menunjukkan gambaran yang menarik dan menceritakan bagaimana golongan muda melihat hak-hak mereka di Malaysia hari ini. Kami ingin mereka mengambil gambar demi kehidupan,” ujarnya.

Perkara 13 dalam Konvensyen Mengenai Hak Kanak-Kanak menyatakan bahawa mereka berhak mempunyai kebebasan bersuara melalui apa-apa yang dipilih oleh kanak-kanak itu.

UNICEF Beri Galakan Kanak-Kanak Ambil Gambar Realiti Kehidupan

Picture My Rights’ mengajak golongan muda untuk menyuarakan pandangan mereka mengenai hak kanak-kanak dan isu-isu yang penting kepada mereka melalui saluran media dalam bentuk gambar/foto. Golongan muda yang berumur 13 hingga 24 tahun dan menetap di Malaysia dijemput untuk menghantar gambar yang menunjukkan salah satu daripada lima tema berbeza.

  1. Peluang yang adil & Martabat: Kanak-kanak mempunyai hak untuk dilayan dengan hormat tanpa mengira jantina, bangsa, agama atau kerakyatan, mahupun jika mereka kekurangan anggota badan atau mental. Mereka berhak menjalani kehidupan dengan bermaruah.
  2. Pembangunan & Daya tahan: Tempat perlindungan, makanan berkhasiat, air yang bersih, rawatan perubatan dan penjagaan kesihatan adalah keperluan asas kepada setiap kanak-kanak untuk teruskan kehidupan dan berkembang maju. Mereka mempunyai hak untuk membesar dalam keadaan bersih, selamat dan sihat.
  3. Pendidikan: Kanak-kanak mempunyai hak untuk mendapatkan pendidikan yang berkualiti – bukan hanya merujuk di sekolah sahaja. Pendidikan kanak-kanak perlu merangkumi pembentukan personaliti dan kebolehan serta membantu mereka dalam menghormati sesama insan, budaya dan persekitaran alam.
  4. Perlindungan daripada keganasan: Kanak-kanak tidak sepatutnya mengalami penderaan, buli, keganasan seksual, eksploitasi atau pengabaian – sama ada di rumah, di sekolah, di institusi ataupun di dalam talian. Semua kanak-kanak mempunyai hak untuk dilindungi daripada kecederaan atau dilayan dengan teruk dalam apa jua cara.
  5. Penyertaan: Kanak-kanak berhak untuk menyuarakan pendapat secara terbuka, terutama isu yang memberi kesan kepada mereka. Mereka berhak untuk berkongsikan pendapat melalui saluran media seperti fotografi, lukisan, penulisan atau apa-apa cara sekalipun, melainkan ia mencederakan orang lain.

UNICEF Beri Galakan Kanak-Kanak Ambil Gambar Realiti Kehidupan

IKLAN

Marc Vergara juga berkata, “Penglibatan kanak-kanak merupakan prinsip utama kepada Konvensyen Mengenai Hak Kanak-Kanak. Penyertaan kanak-kanak dalam kempen ini membuka peluang untuk mereka bersuara mengenai isu dan keputusan yang mempengaruhi kehidupan mereka, mempelajari skil baru sambil berseronok, serta mendekatkan jalinan hubungan kepada komuniti. Melalui ‘Picture My Rights’, kami ingin memupuk golongan muda Malaysia untuk berkongsikan idea mereka secara terbuka, serta tunjukkan kami kehidupan anda melalui lensa kamera.”

Kempen ini berlangsung selama dua (2) bulan, bermula dari 17 Julai hingga 20 September 2023, dan mengajak golongan muda serta kanak-kanak untuk menyiarkan gambar yang terbaik di platform Instagram sendiri beserta kapsyen yang mengandungi hastag #PictureMyRights dan #AShotatLife. Buat mereka yang tidak mempunyai akaun Instagram, atau akaun Instagram dalam tetapan privasi, sila hantar gambar melalui e-mel mediakl@unicef.org.

IKLAN

UNICEF Beri Galakan Kanak-Kanak Ambil Gambar Realiti Kehidupan

Gambar dan kapsyen terbaik berpeluang untuk memenangi empat (4) buah iPhone 14s, dengan dua (2) pemenang diberikan kepada setiap kategori umur (13-17 tahun dan 18-24 tahun). Penyertaan yang menang juga akan dipaparkan dalam pameran maya khas Hari Kanak-Kanak Sedunia pada November 2023.

Hari Kanak-Kanak Sedunia disambut pada 20 November bagi memperingati penerimaan Konvensyen Mengenai Hak Kanak-kanak (CRC). Sebagai perjanjian hak asasi manusia yang paling banyak disahkan dalam sejarah, CRC adalah perjanjian antarabangsa yang menggariskan pelbagai hak yang harus dinikmati oleh kanak-kanak seperti, berkembang, belajar, bermain, dan capai potensi penuh mereka. Malaysia meratifikasi CRC pada tahun 1995, dengan tempahan kekal kepada lima (5) perkara.  Ini merupakan peraduan gambar kanak-kanak ‘Picture My Rights’ yang ketiga. Yang pertama adalah pada tahun 2014, manakala yang kedua pada tahun 2017.

 

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI