Memetik kenyataan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) orang ramai diminta untuk tidak menjalankan aktiviti senaman di taman rekreasi sama ada di sekitar perumahan mahupun tempat awam sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan.

KKM turut menggesa orang ramai agar tidak membawa ahli keluarga mahupun anak-anak untuk bermain dan bersiar-siar di taman perumahan.

IKLAN

Ekoran daripada perintah tersebut, sedikit sebanyak ia meminimumkan pergerakan khususnya aktiviti fizikal harian. Pergerakan yang terhad juga menjejaskan pembakaran kalori sekaligus mengundang risiko kenaikan berat badan.

Bagi mereka yang mempunyai gim peribadi di rumah mungkin tiada masalah. Namun bagaimana pula dengan mereka yang tiada ruang khas untuk aktiviti kecergasan?

Usah Duduk Diam Saja, Bersenamlah & Amalkan Pemakanan Seimbang Sepanjang PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN
Gim peribadi di rumah.

Sebenarnya tiada masalah, hendak seribu daya bukan? Jangan jadikan alasan berkurung di rumah sebagai masalah untuk bersenam.

Nasihat kesihatan berkaitan COVID-19 oleh KKM antaranya ialah:

1. Senaman berbentuk kardio bagi mereka yang mempunyai basikal senaman atau treadmill di rumah.

2. Senaman menggunakan berat badan sendiri seperti push-ups, squats, planks, burpees dan lounges (menggunakan pelbagai otot tanpa memerlukan peralatan khusus), senaman Tabata dan senaman ringan seperti yoga atau tai chi.

Duduk di ruang tamu pun boleh aktifkan diri seperti mana yang sering disarankan oleh selebriti kesihatan dan kecergasan terkenal, Kevin Zahri.

Beliau kerap berkongsi video aktiviti kecergasan menerusi platform sosial media seperti Facebook, Instagram dan YouTube.

KEBAIKAN SENAMAN PAGI

Pagi adalah waktu yang tepat untuk melakukan aktiviti termasuklah bersenam. Ia mudah dijadikan rutin kerana waktu pagilah peluang untuk kita menghirup udara segar dan berkualiti yang bukan hanya bagus untuk sistem pernafasan bahkan organ badan lainnya.

Usah Duduk Diam Saja, Bersenamlah & Amalkan Pemakanan Seimbang Sepanjang PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN

Pun begitu, pastikan dahulu keadaan persekitaran dalam rumah agar sentiasa bersih. Bersenamlah secara konsisten bersama ahli keluarga agar tahap kesihatan dan kecergasan dalam keadaan seimbang.

Bagi mereka yang mempunyai masalah kesihatan seperti asma dinasihatkan untuk mendapatkan nasihat doktor terlebih dahulu. Jadikan aktiviti ini sebagai rutin untuk memperoleh manfaat secara maksimum.

Berikut beberapa kebaikan senaman pagi:

TIDUR LEBIH BERKUALITI

Mampu menjadikan kualiti tidur lebih baik. Menurut jurnal Vascular Health and Risk Management mereka yang mempunyai masalah sukar tidur, senaman pagi membantu memberikan tidur yang lebih nyenyak berbanding senaman petang dan malam.

IKLAN

Usah Duduk Diam Saja, Bersenamlah & Amalkan Pemakanan Seimbang Sepanjang PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN

MEMBANTU MENGURANGKAN TEKANAN DARAH TINGGI

Kajian banyak menunjukkan senaman pagi setiap hari memberikan banyak manfaat. Salah satunya ialah dapat membantu menurunkan tekanan darah tinggi pada waktu malam dan tekanan kardiovaskular.

JANTUNG LEBIH SIHAT

Berlari dapat menjadikan otot-otot kaki bekerja sekaligus meningkatkan fungsinya. Jantung mengepam darah untuk memenuhi keperluan nutrisi dan oksigen bagi otot-otot yang digunakan semasa berlari. Endapan kolesterol pada pembuluh darah jantung juga berkurangan seterusnya membantu mengurangkan risiko penyakit jantung akibat kolesterol.

JAGA KESIHATAN PARU-PARU

IKLAN

Pada waktu pagi keadaan udara sangat bersih dengan kandungan oksigen tertinggi. Ketika bersenam memerlukan lebih banyak oksigen dengan cara meningkatkan kekerapan pernafasan dan menghirup lebih banyak udara yang kaya oksigen. Inilah yang menjadikan paru-paru lebih sihat.

Usah Duduk Diam Saja, Bersenamlah & Amalkan Pemakanan Seimbang Sepanjang PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN

MELANCARKAN SISTEM PERNAFASAN

Disebabkan paru-paru kekal sihat maka saluran pernafasan lainnya juga akan menjadi lebih sihat. Kemungkinan juga dapat membantu memulihkan masalah kesihatan atau penyakit yang dihadapi seperti asma.

BANTU ATASI SEMBELIT

Senaman pagi juga bermanfaat untuk sistem pencernaan. Otot-otot yang bergerak ketika bersenam mampu menggerakkan otot perut dan memacu pergerakan usus. Bersenam juga bermanfaat untuk sistem pencernaan khususnya bagi yang mempunyai masalah buang air besar.

TINGKAT DAYA TAHAN BADAN

Mampu meningkatkan metabolisma badan dan meningkatkan pertumbuhan sel-sel pertahanan badan. Pembentukan sel imunisasi tersebut sangat baik dalam membantu badan melawan virus, bakteria, parasit dan sebagainya yang membuatkan seseorang mudah jatuh sakit. Justeru, dengan membiasakan bersenam pagi akan menjadikan badan semakin kuat dan tidak mudah sakit.

Kesimpulannya, kesihatan adalah aset tidak ternilai harganya. Andai tidak dijaga dengan baik maka ia akan menjejaskan fizikal dan mental. Salah satu cara bagi mengekalkan kesihatan yang baik ialah melalui senaman setiap hari.

 

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI