Mengejar impian atau cita-cita tidak perlu sebarang alasan untuk mengapainya. Pokok pangkalnya perlu ada minat dan usaha yang bersungguh pasti akan berjaya. Mengimbau pertemuan dengan Datin Seri Lisa Aryanti yang ditemui ketika menemu bual untuk ruangan Tetamu VIP keluaran bulan Jun 2017 yang lalu, turut bercerita tentang minatnya yang tidak pernah pudar dalam bidang nyanyian. Tup tup kini Datin Seri Lisa Aryanti sudah muncul dengan single terbaharu yang diberi tajuk Jangan Cuba ciptaan Rudy (Nastia).

“Hobi saya adalah menyanyi. Memang sejak dahulu lagi saya suka menyanyi dan pernah menjadikan kerjaya ini sebagai punca pendapatan. Sudah merata tempat saya menyanyi dahulu dan tempat terakhir menyanyi adalah di majlis tertutup dianjurkan untuk DYMM Sultan Selangor ketika itu. Kemudian saya mengambil keputusan untuk berhenti menyanyi dan menjadikannya hanya sebagai hobi.

IKLAN

Usahawan Berjaya Ini Kejar Impian Bergelar Penyanyi – Datin Seri Lisa Aryanti

Foto: Instragram @lisaaryantiofficial

Projek terkini yang masih dalam perancangan adalah untuk mengeluarkan sebuah single. Tajuknya dirahsiakan kerana masih di peringkat perbincangan. Saya memang pernah menyelitkan cita-cita untuk menjadi penyanyi tetapi sering terhalang dek keadaan. Macam-macam yang menjadi faktor penghalang seperti keadaan ekonomi yang tidak stabil dan tidak berjumpa dengan orang bertepatan untuk melahirkan sebuah album.

Akhirnya pada usia sebegini saya diberi ruang dan peluang untuk merealisasikan impian yang satu ini. Rezeki berjumpa dengan orang yang mempercayai bakat yang ada dalam diri ini dan boleh menzahirkan sebuah lagu yang menambat hati. Konsep lagu saya mengikuti perkembangan muzik terkini yang gemarkan lagu catchy dan senang menjadi halwa telinga.

Usahawan Berjaya Ini Kejar Impian Bergelar Penyanyi – Datin Seri Lisa Aryanti

Usia bukan penghalang kepada saya untuk mengejar cita-cita. Tidak semestinya apabila sudah berusia tidak boleh berusaha untuk menggapai impian. Benar kata orang dahulu, hendak seribu daya kalau tidak hendak seribu dalih,” ujar Datin Seri Lisa Aryanti sambil mendendangkan sebahagian single terbarunya istimewa buat tatapan kami dan terserlah kemerduan vokalnya.

“Tugas hakiki saya yang sebenarnya adalah menguruskan perniagaan berasaskan pelancongan. Seperti pepatah lama, saya menyelam sambil minum air. Sambil menguruskan keperluan dan kelangsungan syarikat, saya dapat menjejaki ke tempat orang untuk mempelajari budaya mereka. Kerana kerja juga saya boleh melawat negara-negara lain untuk menimba ilmu.

Usahawan Berjaya Ini Kejar Impian Bergelar Penyanyi – Datin Seri Lisa Aryanti

IKLAN

Saya mengendalikan agensi yang menggalakkan lambakan kehadiran pelancong dari negara-negara Asian. Saya membuat kempen-kempen pelancongan di sana agar mereka tahu apa keistimewaan yang terdapat di negara kita. Walaupun negara kita kecil tetapi banyak keistimewaan yang menarik perhatian pelancong luar untuk membanjiri negara kita.

Keunikan masyarakat yang berbilang bangsa, keindahan pantai yang bersih, kemeriahan makanan yang pelbagai dan keramahan penduduk tempatan menjadi elemen utama menarik orang luar untuk meneroka keindahan kita miliki. Di sana, saya akan mencadangkan medium yang sesuai untuk diguna pakai dalam mempromosi Malaysia sebagai tempat wajib untuk dikunjungi,” tuturnya.

Usahawan Berjaya Ini Kejar Impian Bergelar Penyanyi – Datin Seri Lisa Aryanti

 

IKLAN

 

 

 

 

 

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI