Umum sedia maklum bahawa Konsert Jilid Akhir: Ella Puteri Kota baharu sahaja menghiburkan para peminatnya di pulau mutiara, Pulau Pinang dan telah pun melabuhkan tirainya pada hujung minggu lalu.

Malah, susulan konsert berkenaan Ella telah beraya mengumpul dana berjumlah lebih RM 30,000 untuk disalurkan kepada Persatuan Cinta Gaza untuk tujuan membela nasib saudara-saudara di Palestin yang bertarung nyawa mempertahankan tanah air mereka serangan puak zalim Zionis dan Tentera Israel.

IKLAN

Meski Lelah Usai Konsert, Ella Tetap Semangat Santuni ‘Warga Emas’

Usai Konsert Solidariti Palestin, Ella Turun Padang Santuni ‘Warga Emas’ Pulau Pinang Pula!

Lebih menarik perhatian NONA, apabila sebaik sahaja menamatkan konsert, pada keesokkan harinya, Ratu Rock Malaysia, Ella bersama Ikon Wanita Pulau Pinang 2023 yang juga pengasas Skyhill Clinic, Dr. Linda Mat Hassin melaksanakan Tanggungjawab Sosial Koporat (CSR) pula.

Meski kepenatan dan lelah setelah berhempas pulas menjayakan konsert, Ella tetap bersemangat meluangkan masa bagi menghiburkan komuniti orang tua yang menetap di Rumah Warga Emas Darul Hannan, Pulau Pinang.

Selain, menyantuni dan menghiburkan mereka pihak Rock Queen turut memberi sumbangan berbentuk hiasan Landscape bagi menceriakan lagi suasana Rumah Warga Emas itu.

Tak Datang Dengan Tangan Kosong, Rock Queen & Skyhill Clinic Bawa Sumbangan Untuk Warga Darul Hannan!

Usai Konsert Solidariti Palestin, Ella Turun Padang Santuni ‘Warga Emas’ Pulau Pinang Pula! Usai Konsert Solidariti Palestin, Ella Turun Padang Santuni ‘Warga Emas’ Pulau Pinang Pula!

Rock Queen juga turut berbesar hati, menaja makanan minum petang serta makan malam sebanyak 150 pax bagi penghuni dan staf penyeliaan rumah berkenaan.

“Bila mula tengok tempat ni Ella memang speechless, sebab rumah warga emas Darul Hannan ni dah macam resort. Dengan bilik penghuni lengkap dengan fasiliti, bersih dan kemudahan kesihatan lengkap seperti fisioterapi dan dijaga dengan sangat baik dan Ella memang kagum la,” ujar Ella.

Mengulas lanjut, Ella turut mengakui bahawa dia langsung tidak merasa kekok untuk bergaul dengan komuniti yang lebih tua. Malah, ini respon yang diberikan beliau.

“Kita cuba, kalau tak cuba kita takkan dapat merasainya. Lagipun Ella memang idamkan sangat perkara ini dan memang nak tolong semampu boleh untuk menggembirakan mereka pun jadi la,” jelasnya.

IKLAN

Ikon Wanita Pulau Pinang 2023, Kongsi Ilmu Kesihatan & Penjagaan Emosi Warga Emas

Usai Konsert Solidariti Palestin, Ella Turun Padang Santuni ‘Warga Emas’ Pulau Pinang Pula! Usai Konsert Solidariti Palestin, Ella Turun Padang Santuni ‘Warga Emas’ Pulau Pinang Pula!

Dalam pada itu, Pengerusi Kelab Wanita Ikon Pulau Pinang, Dr. Linda Mat Hassin dan Ella, Kompleks Darul Hannan dipilih untuk menjayakan CSR ini kerana populasi warga emas paling ramai ditempatkan di Komples berkenaan.

“Pertama objektifnya untuk menyantuni semula warga Pulau Pinang khususnya warga emas.

“Kedua, Kompleks Darul Hannan dipilih untuk menjayakan CSR ini kerana populasi warga emas paling ramai ditempatkan di Kompleks berkenaan.

IKLAN

Dr. Linda berkata, terdapat tiga penyumbang yang turut memberi sumbangan bagi projek CSR ini, iaitu Rock Queen, Kelab Wanita Ikon Pulau Pinang dan SP Setia.

“Kelab Wanita Ikon Pulau Pinang membantu dari segi mahu memberi ilmu kesihatan dan penjagaan emosi kepada warga emas. Serta sumbangan berbentuk 100 set bekas makanan (food tray) serta sumbangan telekung sulam Skyhill Clinic.

Skyhill Clinic juga menyalurkan bantuan keperluan nutrisi berbentuk vitamin. Terdapat dua jenis vitamin, pertama vitamin D dalam bentuk titisan (drops) dan kedua Medical Great Vitamin (Multivitamin) dalam bentuk cecair (liquid),” kata Dr. Linda.

Manakala, SP Setia menyumbangkan barangan keperluan asas seperti shower gel, powder, face towel, set cadar dan comforter.

Untuk rekod, Dr. Linda dan Ella sememangnya anak kelahiran Pulau Pinang. Meski tidak memperoleh peluang dan kesempatan untuk membesar di Pulau Pinang. Mereka kini tetap kembali ke negeri tanah tumpah darah mereka itu dan menabur bakti selayaknya.

Majalah Nona ada juga di Telegram. Mudah nak akses artikel menarik dan video-video terkini di sini. Follow kami sekarang di sini!

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI