Jaguh remaja Thailand, Atthaya Thitikul muncul pemain kedua termuda dalam sejarah menduduki ranking pertama golf wanita dunia selepas mempamerkan aksi hebat pada penampilan pertamanya di Jelajah PGA.
Pemain berusia 19 tahun itu muncul juara dua kali jelajah elit di Amerika Syarikat pada 2022 iaitu JTBC Classic pada Mac lalu dan Kejohanan Walmart NW Arkansas pada September selain pernah 12 kali menduduki kelompok 10 teratas musim ini sekali gus merampas takhta nombor satu daripada pemain Korea Selatan, Ko Jin-young.
Jin-young menduduki ranking teratas sejak Januari lalu tetapi mengalami kecederaan pergelangan tangan dan menarik diri daripada Kejohanan Ladies BMW di tempat sendiri minggu lalu.
Ads
Atthaya juga hanya pemain kedua berusia bawah 20 tahun menduduki ranking pertama selepas jaguh New Zealand, Lydia Ko yang berusia 17 tahun pada 2015 dan Lydia kini di tangga ketiga dunia.
“Ia sangat bermakna buat pasukan, keluarga, penyokong dan diri saya sendiri,” kata Atthaya yang akan menyertai LPGA Japan Classic minggu ini. Dia menduduki tempat keenam di Korea Selatan dua minggu lalu.
Ads
“Amat membanggakan dan satu penghormatan melihat nama saya antara nama besar dalam sukan ini. Ia sangat istimewa berada di puncak tetapi pastinya lebih sukar mengekalkannya.
Ads
“Masih banyak lagi perlu saya belajar daripada legenda dan pemain sekarang sama ada di dalam mahu pun di luar lapangan. Saya akan terus bekerja keras untuk keluarga, penyokong, pasukan dan negara.”
Atthaya sebelum ini turut mencipta sejarah apabila menjuarai Kejohanan Thailand pada 2017 ketika baru berusia 14 tahun.
Sumber: AFP
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Generasi muda harus mempunyai banyak inovasi dan keberanian untuk membawa perubahan, termasuk perubahan dalam persekitaran kehidupan terdekat mereka. Itulah yang dilakukan oleh Rima Sultana Rimu apabila melihat kawasan di mana dia dibesarkan.
Dibesarkan dalam keluarga petani kampung yang sederhana, Rima telah menunjukkan keberanian serta keazaman yang luar biasa dalam memperjuangkan hak wanita dan kanak-kanak sejak kecil.
Gadis yang dilahirkan pada 2002 di Bangladesh ini terharu selepas melihat kem pelarian Rohingya di Cox’s Bazar, seperti dilaporkan oleh UN Women.org.
Rima menjadi aktivis pada usia muda untuk memperkasakan wanita dan memperjuangkan pendidikan yang sesuai untuk kanak-kanak.
Rima Sultana Rimu bermula dengan mengajar kanak-kanak di kem pelarian Rohingya dan mengajak wanita mengubah beberapa tabiat harian.
Wanita muda ini lantang menentang diskriminasi dan keganasan terhadap wanita Rohingya.
Rima mengadakan bengkel mengenai hak wanita, kesihatan seksual dan reproduktif, dan mencegah keganasan terhadap wanita.
Dia mempertahankan hak wanita Rohingya dan mengajar betapa pentingnya melindungi hak wanita dalam situasi krisis.
Rima membawa misi ini ke pelbagai forum antarabangsa dan mencipta namanya di kalangan aktivis dunia. Antaranya, Rima dimasukkan dalam senarai BBC 100 Women pada 2020.
Rima dinobatkan sebagai salah satu daripada 100 wanita yang memberi inspirasi dan berpengaruh di dunia oleh BBC.
Rima menjadi inspirasi kepada wanita dan kanak-kanak lain di kem pelarian Rohingya kerana kecekalan dan keazamannya dalam mengangkat martabat wanita dan memperkasakan orang ramai untuk mengatasi halangan dan mencapai impian mereka.
Rima Sultana Rimu menjadi contoh luar biasa seorang wanita muda dari Generasi Z yang berani dan berdedikasi terhadap persekitaran tempatnya tinggal dan mampu membuat perubahan di dunia.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Selepas bersara dari arena sukan boling dan menjadi Ketua Sekretariat Majlis Sukan Negara, Datuk Shalin Zulkifli membuat keputusan ‘cuti’ seketika daripada kerjaya demi mengejar impian untuk melanjutkan pengajian.
Tiada istilah terlambat dalam menimba ilmu dan peluang yang diberikan kepada bekas ratu tenpin boling ini dimanfaatkan sepenuhnya Datuk Shalin meskipun terpaksa berjauhan daripada keluarga.
Sejak awal September 2025, isteri Azidi Ameran ini sudah pun berada di Seoul, Korea Selatan untuk mengikuti Dream Together Master 2025. Ia adalah satu Program Siswazah Pengurusan Sukan Global yang bertempat di Seoul National University.
Berkongsi perkembangan tersebut di media sosial, Datuk Shalin Zulkifli atau nama penuhnya Datuk Shalin Nazirah Zulkifli meluahkan rasa syukur dengan rezeki berkenaan.
“Bismillah. Here I am, starting over and taking a career break to pursue more knowledge so that I can be better. Alhamdulillah.
Thank you Allah for the opportunity. There must be a reason you’ve set me on this path, and I trust you’re plans for me.
Thank you to my hubby for your endless support, my daughter, family and friends.”
Difahamkan program siswazah biasiswa penuh ini dibiayai oleh Kementerian Kebudayaan, Sukan dan Pelancongan Korea (MCST) dan Yayasan Promosi Sukan Korea (KSPO) bertujuan menyatukan kerjasama sukan antarabangsa melalui rangkaian global serta penyediaan yang mendalam berkaitan bidang pengurusan sukan.
Selain berfungsi sebagai cara persediaan untuk jawatan kepimpinan dalam bidang sukan.
Pengajian ini akan mengambil masa 17 bulan dan diikuti enam bulan khusus untuk kerja tesis. Kerjasama Persatuan Jawatankuasa Olimpik Kebangsaan dan Seoul National University ini sudah terjalin sejak 2015.
Meskipun Datuk Shalin sudah bersara dari arena sukan tenpin boling pada 2021 namun namanya segar dalam sejarah negara dan peminat sukan tanah air.
Sepanjang hampir tiga dekad bergelar atlet, dia berjaya merangkul lima kali kejuaraan dunia, empat kali juara Sukan Asia, tiga kali juara Asia dan 20 kali juara Sukan SEA.
Atas pencapaian membanggakan tersebut, Datuk Shalin Zulkifli dikurniakan Panglima Mahkota Wilayah (PMW) yang membawa gelaran Datuk daripada Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah pada Istiadat Pengurniaan Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Wilayah Persekutuan 2023.
Datuk Shalin mendirikan rumah tangga bersama bekas pemain tenpin boling iaitu Azidi Ameran pada tahun 2008. Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan seorang anak perempuan diberi nama Aleya Azidi.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Hebatnya gadis ni! Pada usia 25 tahun, dah mampu miliki shop lot sendiri. Bukan sebarangan aset pula tu sebab nilai shop lot Nur Aliah Mohd Nor mencecah RM1 juta. Satu ‘harta’ yang sangat luar biasa dicapai bagi usahawan muda seusianya.
Mempunyai pengikut dan networking yang ramai di laman media sosial, Lia mengakui kejayaan yang dikecapi hari ini tak datang bergolek. Sebaliknya, dia juga pernah alami detik sukar apabila pernah kehilangan RM100 ribu. Tapi dari situ jugalah dia belajar erti perniagaan dan kehidupan sebenar.
Sebagai memberi suntikan semangat kepada anak muda, Lia tak lokek berkongsi ilmu. Malah, dia menitipkan 15 tip berjaya yang diamalkannya selama ini untuk perniagaan dan juga pembelian aset peribadi seperti rumah.
15 TIP BERJAYA USAHAWAN DE’XANDRA
1. Walaupun Lia buat dropship dengan produk orang, Lia tetap akan daftar perniagaan sendiri kat Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM). Anda mesti selalu tengok Lia brandingkan Chettaki Omey, itulah nama perniagaan Lia yang dah didaftarkan.
2. Lepas daftar dengan SSM, bukalah 1 akaun semasa untuk perniagaan anda tu. Apa yang Lia buat, semua urusan bisnes, Lia akan pakai akaun semasa tu. Wajib ada akaun semasa. Bahaya pakai akaun simpanan peribadi untuk bisnes sebab boleh kena block dengan bank.
3. Sentiasa biasakan diri untuk simpan duit hasil perniagaan anda tu dalam bank, walaupun RM100. Sebabnya, bank nak tengok ada transaksi duit keluar masuk. Takdalah sunyi sepi saja akaun tu kan.
4. Apa sahaja duit yang anda dapat secara tunai dari pelanggan, pastikan buat rekod dengan baik walaupun RM1. Lia akan kumpulkan 1 minggu kemudian bank in kan duit tersebut. Bank akan pandang duit tu sebagai income.
5. Sebelum nak beli shop lot, Lia fikir semasak-masaknya. Nak beli atau nak sewa saja. Kena bandingkan daripada segala aspek. Cari keyakinan, tanya orang berpengalaman, sampailah dapat buat pilihan yang tetap.
5. Pastikan simpanan anda cukup strong ya. Apa yang Lia rasa sendiri, bila simpanan Lia strong rasa yakin tu akan datang sendiri. Kena mulakan dengan simpanan. Semak betul-betul aliran tunai setiap bulan.
6. Anda boleh buat simpanan kat macam-macam medium simpanan dan pelaburan. Contohnya boleh simpan kat ASB, Tabung Haji, Unit Trust, Emas, tabung-tabung di rumah dan sebagainya.
7. Cari seorang ejen hartanah yang boleh dipercayai dan boleh diharap untuk bantu anda dapatkan ‘lokasi’ yang terbaik untuk shop lot anda.
8. Pastikan shop lot yang nak dibeli itu berdekatan dengan rumah, sebaiknya perjalanan dari rumah ke shop lot tak sampai 5 – 10 minit. Iyalah, kita nak berulang-alik setiap hari kan.
9. Cari 3 lokasi yang berhampiran, survey tempat dan harga untuk dibeli tu. Tip kalau nak beli office, cari yang dah siap renovate.
10. Tanamkan azam setiap tahun paling kurang nak ada 1 hartanah untuk diri sendiri, keluarga dan anak-anak. Sebab hartanah ni untuk long term investment. Lagi satu, hartanah juga boleh diwariskan tau.
11. Lia bersyukur sangat. Masa kat Universiti dulu, Lia pernah tulis nak ada shop lot sendiri sebelum umur 25 tahun. Sekarang dah jadi realiti.
12. Lia siap buat satu ‘visualization board’ apa impian yang Lia nak capai. Tak lupa juga, Lia akan berdoa betul-betul untuk nak capai impian tersebut.
13. Lia yakin dan percaya, selepas ini lebih ramai anak-anak muda di luar sana akan memiliki shop lot sendiri hasil usaha perniagaan mereka.
14. Akhir kata dari Lia, Lia nak ucapkan terima kasih kepada anda semua yang terus menyokong Lia. Doakan bisnes Lia terus maju ke hadapan, dan doakan agar Lia dapat beli rumah pula sebelum umur 28 tahun.
15. Semoga kita semua terus bersemangat untuk mengumpul harta di usia muda ni ya! Lepas ni Lia akan kongsikan pula macam mana graduan bergaji rendah boleh beli rumah muda-muda.
Terinspirasi sangat tengok kejayaan gadis cantik ini. Berkat usaha, bakat, dan usia yang masih muda, Lia mampu memiliki De’Xandra Outlet Wangsa Maju Kuala Lumpur.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Zizi Kirana Sambut Ramadan di Syria apabila penyanyi itu menyertai misi bantuan kemanusiaan menyampaikan makanan, kit ibadah dan bantuan kepada keluarga serta kanak-kanak yang berpuasa di kawasan perang.