Selebriti dan peminat pastinya tidak dapat dipisahkan. Bukan sahaja di Malaysia, malah di luar negara pun, setiap selebriti Hollywood mahupun Bollywood misalnya, menjadikan sokongan para peminat mereka sebagai sumber inspirasi untuk memberikan yang terbaik. ‘Hidup’nya seseorang artis itu berpandukan kepada sokongan peminat yang tidak henti memberi kekuatan kepada selebriti kesayangan mereka.
Bagi pelakon terkenal, Erra Fazira, atau nama sebenar Fazira Wan Chek, 48, dia meraikan para peminatnya dengan melakukan aktiviti riadah bersama. Menerusi perkongsian di laman Instagram, pelakon yang terkenal dengan jolokon ‘Primadona Malaysia’ itu kelihatan aktif bermain bola jaring bersama kelab peminatnya, Bersama Erra.
Menurut Erra, ia merupakan aktiviti yang dilakukan bersama-sama selepas tiga tahun tidak meluangkan masa bersama peminatnya.
View this post on Instagram
Setelah hampir tiga tahun tidak beraktiviti bersama..akhirnya 18 DIS dapat kita realisasikan impian keluarga Bersama Erra untuk beriadah bersama.
Kongsi pelakon yang pernah memenangi anugerah Pelakon Filem Wanita Popular dalam Anugerah Bintang Popular 2000 hingga 2004 dan pernah membintangi filem popular Pasrah, biarpun kini meningkat usia, ia bukanlah penghalang untuk dirinya melakukan aktiviti tersebut. Biarpun ada yang sakit lutut dan tercedera ketika bermain, ia tidak pernah mematahkan semangat mereka.
Semalam yang indah. Usia tolak tepi, ada yang sakit lutut, ada yang terkehel, ada yang lebam, ada juga yang luka, namun mengalah pantang sekali!
Ternyata pelakon terbaik ini tidak pernah menjadikan usia sebagai penghalang untuk dirinya kekal aktif. Jika dilihat perkongsiannya dalam laman Instagram, Erra sering meluangkan masa di gimnasium dan melakukan beberapa aktiviti senaman.
Para netizen turut terpegun melihat ibu kepada Engku Aleesya itu yang sibuk menjalani kehidupan yang sihat dan berkualiti. Walaupun tanpa sebarang solekan, wajahnya tetap menawan dan anggun, persis anak patung!
Maka tidak hairanlah figura ini sentiasa tampil cantik dan menawan seperti tidak dimamah usia.
Sumber gambar: Instagram Erra Fazira