Pelakon era 80-an Indonesia, Ira Wibowo masih kekal jelita walaupun usianya sudah mencecah 55 tahun. Ira Wibowo, bekas isteri penyanyi yang popular dengan lagu Dinda Di Mana, Katon Bagaskara ini mempunyai cara tersendiri untuk kekal aktif dan cantik.
Memetik Kapan Lagi.Com, sejak kebelakangan ini, dirinya aktif melakukan aktiviti pilates memandangkan adiknya, Ari Wibowo baharu sahaja membuka sebuah pusat senaman pilates iaitu Pilates Re Bar di Kemang, Jakarta Selatan.
Selain itu, melalui perkongsian Ira di laman Instagram miliknya, ibu kepada dua cahayamata ini juga rajin melakukan aktiviti fizikal yang lasak antaranya termasuklah mendaki gunung, berbasikal dan menyertai acara larian yang dianjurkan di Jakarta.
Melihat gaya hidup pelakon berketurunan Jawa dan Jerman ini yang mementingkan aspek kesihatan, tidak hairanlah mengapa dia dilantik sebagai Duta oleh Yayasan Kanser Indonesia di mana Ira bertindak sebagai suara menyampaikan informasi mengenai bahaya kanser serviks dan pencegahannya.
Ads
Ibu kepada Andhika Radya Bagaskara dan Mario Arya Bagaskara ini lebih tenang menjalani hidup sebagai ibu tunggal selepas bercerai dengan pelantun lagu Dinda Di Mana, Katon Bagaskara. Walaupun telah lama bercerai, pasangan ini dilihat sering mengutamakan anak-anak dalam kehidupan seharian mereka.
Ads
Pasangan ini rasmi berpisah pada 18 Desember 2012. Pasangan ini sempat menikmati kehidupan sebagai suami isteri selama 16 tahun sebelum memilih untuk membawa haluan masing-masing.
Mana tidaknya, baik Ira mahupun Katon Bagaskara akan memastikan mereka hadir di setiap majlis yang melibatkan dua anak hasil perkahwinan mereka serta anak perempuan, Chika Putri Bagaskara hasil perkahwinan terdahulu Katon bersama bekas isterinya, Monica Tri Mei Suciati.
Ads
Selain itu, walaupun berlainan agama di mana Katon Bagaskara menganut agama Kristian manakala Ira Wibowo beragama Islam, mereka tetap bersama-sama keluarga meraikan sambutan tersebut memandangkan Katon Bagaskara masih mempunyai ibu. Ira juga menganggap bekas ibu mentuanya itu seperti ibunya sendiri.
Selain aktif bersenam, wanita yang dilahirkan di German ini memilih gaya hidup yang aktif dan mengambil pendekatan untuk hidup tenang di samping keluarga dan rakan-rakan. Malah, Ira turut mempunyai hubungan akrab dengan bapanya, Wibowo Wirjodiprojo yang kini mencecah usia 93 tahun dan masih kekal sihat. Mungkin Ira mewarisi gaya hidup bapanya untuk kekal sihat dan bersemangat!
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Alhamdulillah, sihat walafiat tengok keadaan terkini Aznah Hamid! Walau sudah meniti usia 60an, wajahnya masih menghiasi drama di kaca televisyen. Meskipun tawaran lakonan yang diterima tidak serancak dulu tapi peminat masih mengingati lakonan pelakon wanita veteran tanah air ini.
Meninjau media sosial Aznah Hamid, ibu kepada pelakon Sheera Iskandar ini masih jelita dalam kelas tersendiri. Terbaharu, seniwati ini menyertai Putra Fest iaitu Jualan Jelajah Artis Malaysia di Kedah.
Sepanjang beberapa tahun kebelakangan ini, Aznah aktif mengikuti bazar jualan melibatkan rakan-rakan artis. Antara yang dijual termasuklah produk kecantikan, tudung, snek dan minyak wangi.
Malah, dia juga ceria melayan pelanggan yang hadir ke gerai jualannya untuk membeli barang mahupun beramah mesra.
Kongsinya di media sosial, “Ada orang kata kita sendu. Usia manja-manja nak sendu tang mana tah. Apa pun meriahnya pengunjung semua sporting-sporting best. Malam ni persembahan menarik menanti. Kami last day di sini Mai Mai Mai.”
Biarpun level artis veteran popular namun Aznah Hamid tidak malu berniaga. Yang penting halal dan menjana pendapatan. Apatah lagi dengan usia yang semakin meningkat, dia enggan lagi kejar populariti dan hanya memilih watak bersesuaian dengan dirinya.
Bahkan dia sudah lama minat dan berkecimpung dalam perniagaan terutamanya melibatkan karnival jualan yang turut disertai rakan-rakan artis dan teman seperjuangan.
Aznah Hamid dilaporkan mula karier lakonan seawall usia 12 tahun. Namanya menjadi sebutan ramai kebelakangan ini apabila kejayaan Aznah yang pernah bergandingan dengan hero lagenda Tamil iaitu Rajinikanth menerusi filem Priya pada tahun 1979 bertebaran di media sosial.
Khabarnya filem tersebut turut dibintangi aktres terkenal, Sri Dewi sebagai heroin.
Antara filem lakonan Aznah Hamid ialah Dia Ibuku, Penyamun Tarbus, Wira Angkasa dan Sembilu. Sheera Iskandar merupakan satu-satunya anak Aznah yang mengikut jejak langkah sebagai pelakon.
Figura ini pernah mendirikan rumah tangga dengan Tengku Iskandar Putra Tengku Long Ahmad pada tahun 1981 ketika berusia 18 tahun namun berpisah selepas lima tahun hidup bersama.
Dia kemudian berkahwin dengan pelakon Sabree Fadzil pada 1988 namun akhirnya berpisah sekitar tahun 1993.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Baru-baru ini, solekan mulus dan menawan Janna Nick sewaktu majlis resepsinya mengundang pujian melambung warga maya. Manakan tidaknya, Janna Nick tampil anggun, jelita dan cukup cantik pada hari bahagianya itu.
Manakan tidaknya, solekan Janna yang tetap berseri tanpa memerlukan solekan yang ‘heavy’ pada hari tersebut rupa-rupanya mendapat sentuhan jurumekap popular dan berpengaruh Thailand, Babarabeer.
Memandangkan ramai wanita yang khabarnya mengidamkan look sebegitu untuk majlis istimewa mereka nanti, khabarnya Alha Alfa atau nama sebenarnya Abdul Al Halim Al Fadzil baru-baru ini mengambil inisiatif menghadiri kelas secara one-on-one dengan MUA Thailand berkenaan.
Datuk Alha Alfa merupakan jurumekap artis profesional Malaysia dan juga usahawan memandangkan dia adalah pemilik kepada jenama alat solek terkenal Alha Alfa yang cukup terkenal di Malaysia.
Mengakui masih lagi banyak perlu dipelajari dalam bidang tatarias dan solekan, usahawan kosmetik itu dilihat tidak malu memaklumkan yang dia telah menghadiri kelas pertama dengan MUA terbabit.
Ujar Alha Alfa lagi, tidak salah untuk mempelajari teknik solekan orang luar memandangkan ia menjadi sesuatu yang akan disukai ramai dan mendapat perhatian. Malah dia juga tetap akan belajar walaupun sudah bergelar MUA profesional di negara sendiri.
Babarabeer juga turut mengucapkan terima kasih kepada Alha Alfa di atas kesudiannya menghadiri kelas berkenaan. Dan pada yang sama, khabarnya beliau akan menganjurkan kelas solekan di Malaysia pada 30 Nov dan 1 Dec nanti! Pastinya geng-geng MUA Malaysia tak sabar nak join nanti kan!
Seorang punya nama besar dalam bidang peragaan dan seorang lagi cukup dikenali sebagai pelakon handalan Hollywood. Meskipun masing-masing sudah meningkat usia dan tidak seaktif dahulu dalam bidang yang diceburi namun kelibat anak gadis Cindy Crawford mahupun Reese Witherspoon ini umpama satu ‘legasi’ yang ditinggalkan oleh mereka berdua.
Apatah lagi kedua-dua anak gadis selebriti ini mempunyai wajah yang sangat mirip dengan ibu mereka. Bentuk wajah yang sama, ketinggian, senyuman, begitu juga warna rambut. Bak kata orang, macam ‘photostat’ lah!
Cindy Crawford & Kaia Gerber
Bila bergelar anak kepada supermodel terkenal, Cindy Crawford, pastinya setiap penampilan dan gerak-geri Kaia Gerber menjadi buruan lensa paparazi. Peragawati yang pernah popular sekitar tahun 1980an dan 1990an tersebut kini mampu berbangga apabila anak gadisnya yang berusia 20 tahun mengikut jejak langkah ibu tersayang dalam bidang peragaan.
Cindy yang meniti usia 55 tahun bagaimana pun kekal ramping dan cantik semula jadi. Demi memastikan bentuk tubuh ideal, supermodel ini aktif menjalani rutin senaman harian.
Bukan calang-calang, Kaia juga telah menandatangani kontrak dengan IMG Models. Wajah sering menghiasi pentas peragaan jenama mewah terkenal dan seperti ibunya, gadis ini nyata memiliki aura luar biasa tatkala berada di atas pentas.
Satu yang pasti adalah Kaia mewarisi kecantikan dan susuk tubuh tinggi lampai daripada ibunya!
Reese Witherspoon & Ava Phillippe
Wajah anak dan ibu ini memang seiras! Pendek kata, Ava adalah bayangan Reese ketika zaman mudanya. Mengimbas kembali permulaan karier, Reese mula dikenali sejak membintangi filem Legally Blonde sebagai Elle Woods.
Meskipun Ava belum lagi menceburi bidang lakonan dan seni seperti ibunya, kemunculan Ava di majlis red carpet di samping Reese ternyata mencuri tumpuan ramai. Walau masih belajar namun Ava sudah pun berjinak-jinak dalam dunia peragaan.
Mungkin satu hari nanti gadis berusia 22 tahun ini akan ikut jejak langkah ibunya sebagai bintang filem. Siapa tahu, kan?
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Orangnya memang mesra dan sarat dengan kelembutan. Tak dinafikan, Datin Sri Sasha yang juga isteri Dato’ Sri Eizlan Yusof ini memiliki budi pekerti yang baik. Bukan hanya cantik dari segi paras rupa, bahkan dia seorang wanita yang cukup disenangi ...