Pejam celik usia perkahwinan penyanyi bersuara lunak, Haziq Rosebi dan isteri tercinta iaitu Maisarah Mohd Sidki sudah pun menjangkau sedekad! Tanggal 11 September lepas genap 10 tahun pelantun lagu Lemak Manis berkenaan mendirikan rumah tangga.

Bersempena ulang tahun perkahwinan ke-10, pemilik nama Hazwan Haziq Rosebi meluahkan rasa syukur dan titip ucapan buat suri hati kesayangan.

Menerusi perkongsian di media sosial, Haziq memuat naik foto di samping Maisarah.

Haziq Rosebi Rai Anniversary Ke-10 Bersama Isteri

 

View this post on Instagram

 

A post shared by HAZIQ ROSEBI (@haziqrosebi)

Usia Perkahwinan Cecah Sedekad, Haziq Rosebi Titip Ucapan Buat Isteri Sempena Anniversary! Usia Perkahwinan Cecah Sedekad, Haziq Rosebi Titip Ucapan Buat Isteri Sempena Anniversary!

Ujarnya dalam nada berseloroh, “10 years of together gether. Still can’t believe I get to annoy you forever.”

Ads

Jelas terserlah sense of humor penyanyi berusia 37 tahun ini. 10 tahun nyata bukan satu tempoh yang singkat. Pastinya pasangan suami isteri ini sudah melalui pelbagai kisah suka duka sepanjang melayari bahtera perkahwinan.

Sekaligus menjadikan mereka lebih matang menempuh alam rumah tangga.

Haziq Rosebi dan Maisarah sah bergelar suami isteri pada 11 September 2015. Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan dua anak lelaki iaitu Yusuf Zidane yang kini berumur sembilan tahun dan Naa’il Zidane, enam tahun.

Usia Perkahwinan Cecah Sedekad, Haziq Rosebi Titip Ucapan Buat Isteri Sempena Anniversary!

Ads

Usia Perkahwinan Cecah Sedekad, Haziq Rosebi Titip Ucapan Buat Isteri Sempena Anniversary! Usia Perkahwinan Cecah Sedekad, Haziq Rosebi Titip Ucapan Buat Isteri Sempena Anniversary!

Karier Seni Haziq Rosebi

Haziq memulakan karier dalam industri seni selepas menjadi peserta program realiti popular Akademi Fantasia musim keempat.

Kemampuannya mendendangkan kembali lagu genre klasik ‘Lemak Manis’ nyanyian asal Roslan Madun membawa tuah kepada Haziq seterusnya melonjakkan populariti Haziq.

Usia Perkahwinan Cecah Sedekad, Haziq Rosebi Titip Ucapan Buat Isteri Sempena Anniversary! Usia Perkahwinan Cecah Sedekad, Haziq Rosebi Titip Ucapan Buat Isteri Sempena Anniversary! Usia Perkahwinan Cecah Sedekad, Haziq Rosebi Titip Ucapan Buat Isteri Sempena Anniversary!

Ads

Malah, dia juga cukup sinonim dengan nyanyian asli dan bertemakan irama Malaysia sehingga kini. Di samping menerima banyak undangan persembahan sama ada di majlis perkahwinan mahupun program hiburan melibatkan tetamu kenamaan termasuk VVIP.

Atas karier seni yang kian meningkat naik, Haziq Rosebi menerima Anugerah Ikon Seni Pengkalan Batu pada tahun ini.

Selain itu, dia juga merupakan graduan Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Industri Kreatif Universiti Utara Malaysia (UUM) pada 2023. Antara rakan artis yang turut menggenggam ijazah bersamanya termasuklah Raja Mukhriz, Tomok dan Pekin.

Artikel https://www.nona.my/diuji-ibu-pergi-sekelip-mata-sambung-legasi-arwah-ibu-usia-32-fazilah-omar-cekal-galas-tugas-ceo-jadi-pa-suami/

 

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download sekarang!

KLIK DI SEENI
Ads