Tiba sambutan tahun baru Islam 1445H, apa kata kita tanamkan azam lebih matang dan menambah ketakwaan. Mungkin kepada mereka yang tidak pernah solat berazam untuk mula bersolat, mereka yang bersolat tetapi tidak cukup lima waktu berazam untuk melengkapkan solat lima waktu dan mereka yang bersolat lima waktu berazam untuk meningkat kualiti solat tersebut.
Jadikan kehidupan hari ini lebih baik dari semalam, hari esok lebih baik dari hari ini dan hari-hari seterusnya lebih baik dari hari-hari sebelumnya.
Percayalah lebih rapat kita dengan Allah SWT, akan lebih tenang jiwa kita menghadapi kehidupan yang penuh cabaran dan dugaan ini.
Bersempena ketibaan Maal Hijrah 1445H, bacalah doa berikut sebanyak tiga kali pada akhir waktu Asar atau sebelum masuk waktu Maghrib pada hari terakhir bulan Zulhijjah:
“Allah SWT berselawat ke atas penghulu kami Muhamad SAW, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka. Wahai Tuhan, apa yang telah aku lakukan dalam tahun ini daripada perkara-perkara yang Engkau tegah daripada aku melakukannya dan aku belum bertaubat daripadanya.
Ads
Sedangkan Engkau tidak redha dan tidak melupakannya. Dan aku telah melakukannya di dalam keadaan di mana Engkau berupaya untuk menghukumku, tetapi Engkau mengilhamkanku dengan taubat selepas keberanianku melakukan dosa-dosa itu semuanya. Sesungguhnya aku memohon keampunanMu, maka ampunilah aku.
Dan tidaklah aku melakukan yang demikian daripada apa yang Engkau redhainya dan Engkau menjanjikanku dengan pahala atas yang sedemikian itu. Maka aku memohon kepadaMu.
Wahai Tuhan! Wahai yang Maha Pemurah! Wahai Yang Maha Agung dan wahai Yang Maha Mulia agar Engkau menerima taubat itu dariku dan janganlah Engkau menghampakan harapanku kepadaMu Wahai Yang Maha Pemurah. Dan Allah berselawat ke atas penghulu kami Muhamad, ke atas ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya dan mengurniakan kesejahteraan ke atas mereka.”
Selepas doa di atas dibaca, berkatalah syaitan,
Ads
“Kesusahan bagiku dan sia-sialah pekerjaanku menggoda anak Adam pada setahun ini dan Allah binasakan aku satu saat jua. Dengan sebab membaca doa itu, Allah mengampunkannya setahun.”
Bacalah doa awal tahun ini sebanyak tiga kali selepas waktu Maghrib pada malam 1 Muharram:
“Allah SWT berselawat ke atas penghulu kami Muhamad SAW, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka. Wahai Tuhan, Engkaulah yang kekal abadi, yang qadim, yang awal dan ke atas kelebihanMu yang besar dan kemurahanMu yang melimpah dan ini adalah tahun baru yang telah muncul di hadapan kami.
Kami memohon pemeliharaan dariMu di sepanjang tahun ini dari Syaitan dan pembantu-pembantunya dan tentera-tenteranya dan juga pertolongan terhadap diri yang diperintahkan melakukan kejahatan dan usaha yang mendekatkanku kepadaMu Wahai Tuhan Yang Maha Agung dan Maha Mulia. Wahai Tuhan Yang Maha pengasih dari mereka yang mengasihi dan Allah berselawat ke atas penghulu kami Muhamad. Nabi yang ummi dan ke atas ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya dan kesejahteraan ke atas mereka.”
Ads
Selepas dibaca doa itu, syaitan berkata,
“Telah amanahlah anak Adam ini daripada godaanku pada tahun ini kerana Allah mewakilkan dua Malaikat memeliharanya daripada fitnah syaitan.”
Jelas Ibni Abbas, siapa yang membaca doa ini pada 1 Muharram, Allah mewakilkan dua malaikat memeliharanya pada tahun itu. Siapa yang berpuasa pada Jumaat pertama Muharram, nescaya diampunkan Allah dosa-dosa yang lalu.
Sejak menembusi industri fesyen e-dagang pada 2010, FashionValet berusaha mengetengahkan pereka fesyen tempatan. Bukan sahaja mencipta sebuah platform untuk menaikkan dan mengangkat nama mereka, tetapi inisiatif tersebut adalah sebagai pencetus inspirasi buat seluruh peminat fesyen tanah air dan juga antarabangsa.
Bangga dengan pencapaian dan bakat-bakat pereka fesyen Malaysia masa kini, FashionValet berbesar hati melancarkan coffee table book pertamanya, ‘The Rise of Malaysian Designers by FashionValet’. Mempunyai 300 halaman muka surat yang menampilkan 20 pereka fesyen dan jenama terkemuka tempatan, barisan pereka fesyen terlibat adalah Afiq M, Aere, Alia Bastamam, Arared, Cala Qisya, dUCk, Fizi Woo, FZK by Fitri Zainal, INNAIRED, Khoon Hooi, Laguna Sydney, Locka, Love To Dress (kini dikenali sebagai Olloum), Mimpikita, Nurita Harith, Poplook, Rizman Ruzaini, Syaiful Baharim, THAVIA dan TudungPeople.
Menurut Pengasasnya, Vivy Yusof, usaha untuk menerbitkan ‘The Rise of Malaysian Designers’ merupakan hasil kerja seluruh warga FashionValet sepanjang tahun ini bertujuan sebagai pengantara pereka fesyen, jenama dan masyarakat yang tidak mengetahui kisah perjalanan, rahsia serta kejayaan setiap insan istimewa ini dalam menempa nama dalam industri fesyen negara. Dengan muka hadapan tebal dihiasi wajah 20 designer, buku ini turut mengandungi foto-foto eksklusif, kata-kata azimat dan kisah di sebalik pembabitan mereka.
Bagi penggemar fesyen tanah air, jangan lepaskan peluang untuk memiliki naskhah ini di www.fashionvalet.com atau di kedai fizikal FashionValet di Bangsar Village II dan Pavilion pada Oktober ini dengan harga RM129 senaskhah. SUZIANA ABU DAUD
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Tahniah diucapkan kepada pengacara dan model muslimah terkenal, Farahanim Abdul Razak dan suami, Dr Arif Aizudin kerana telah bergelar ibu bapa pada 24 Januari lalu. Khabarnya, Farahanim atau Anim selamat melahirkan dua orang cahaya mata kembar yang diberi nama Amina Raissa dan Amira Raissa. Indahnya nama-nama puteri comel ini.
Kalau tak silap, Amina membawa maksud boleh dipercayai atau jujur dalam Islam, Amira pula bererti pemimpin yang baik, ratu, puteri dan wanita mulia. Manakala gelaran Raissa pula bermaksud ‘yang beriman’. Moga dengan pemberian nama-nama tersebut dapat menjadikan permata hati Anim dan Dr Arif ini tergolong dalam kalangan anak yang solehah seiring kebaikan maksud nama mereka. InshaAllah.
Berkongsi foto di Instagram miliknya enam hari yang lepas, Anim meluahkan rasa syukur atas kurniaan zuriat ini di samping mengucapkan terima kasih kepada semua kenalan dan peminat yang mendoakan kesejahteraannya sepanjang melahirkan Amina dan Amira. Meskipun belum memuat naik gambar penuh kedua-dua puteri kesayangannya itu, namun jelas terpancar keterujaan Anim menjalankan kewajipan sebagai seorang ibu sekarang.
“Alhamdullilah cukup berbesar hati menerima kedatangan Ustaz Ahmad Tarmizi Abdul Rahman di kediaman kami untuk majlis tahnik Amina Raissa & Amira Raissa.MashaAllah tenang sungguh ya dua orang anak mommy daddy ni diperdengarkan bacaan ayat-ayat suci Al-quran oleh Ustaz. Semoga dengan iringan doa-doa indah dari Ustaz dan semua, Amina & Amira membesar dengan baik, solehah, yang penyejuk hati.”
Suami Anim, Dr Arif juga tidak ketinggalan berkongsi perasaan yang dirasainya saat ini. “Alhamdulillah. Syukur kepada Allah atas nikmat dan rezeki yang dilimpahkan kepada kami. Sesungguhnya Allah Maha Pemberi Rezeki. Alhamdulillah Anim selamat melahirkan 2 puteri kembar kami pada hari Rabu yang lepas. Hari ini (30 Januari) genap 7 hari twins lahir. Jutaan terima kasih kepada ustaz Ahmad Tarmizi Abdul Rahman sudi mengimamkan majlis tahnik pagi tadi.
Semoga dengan selawat dan doa, anak-anakku menjadi wanita yang solehah dan mampu membawa ibu bapa ke syurga kelak. Amin ya rabb. Assalamualaikum Amina Raissa dan Amira Raissa. Welcome to the world princesses.”
Anim mendirikan rumah tangga bersama Dr Arif yang merupakan doktor gigi pada 17 Mac 2017.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Pengumuman tergempar oleh penyanyi No. 1 negara, Datin Seri Dato’ Siti Nurhaliza di kediaman beliau malam tadi, menjawab teka-teki kehamilannya selama ini.
Meskipun Nona tidak berpeluang ke lokasi, namun sesi santai bersama teman media itu turut disiarkan secara langsung melalui media sosial rasmi beliau bagi berkongsi khabar gembira tersebut.
Menurut Dato’ Siti, tujuan beliau berehat selama 4 bulan adalah bagi memastikan kandungannya benar-benar stabil selepas menjalani rawatan kesuburan.
“Alhamdulilah kini saya hamil 4 bulan. Tiada kata yang dapat menggambarkan rasa syukur ini selepas 11 tahun kami bersabar. Sebab itulah saya ambil keputusan untuk berehat daripada sebarang persembahan.
Saya telah melakukan rawatan kesuburan di Alpha Fertility Centre. Sepanjang proses rawatan, saya buat keputusan untuk betul-betul berehat daripada sebarang aktiviti, demi kandungan ini. Duduk dalam bilik dan tak buat kerja berat.
Dengan izin-Nya, saya memanjatkan kesyukuran sebab pada usia 38 tahun, pada ulang tahun perkahwinan ke-11 dan kepakaran Dato’ Dr. Colin Lee, maka kami dapat rezeki ini.
InsyaAllah saya akan berkongsi tentang kaedah kesuburan ini dengan lebih terperinci nanti. Semoga ia juga dapat membantu wanita lain yang turut berikhtiar mendapatkan zuriat seperti saya,” kata Dato’ Siti yang kelihatan sangat anggun, walaupun sedikit berisi.
Sewaktu majlis doa selamat, solat hajat dan maulid
Beliau dan suami, Datuk Seri Khalid Mohamed Jiwa turut berterima kasih pada semua yang menyokong mereka selama ini.
Dato’ Siti juga mengharapkan doa agar kandungan beliau membesar dengan sihat, diberi kesempurnaan serta dikurniakan anak yang soleh dan solehah.
Beliau juga berharap agar penjelasan itu dapat menutup semua spekulasi negatif kerana fokusnya sekarang adalah anak dalam kandungan.
Selama 22 tahun dalam industri hiburan tanah air, Dato’ Siti Nurhaliza berjaya meraih pencapaian luar biasa di dalam dan luar negara serta masih mengekalkan popularitinya sebagai penyanyi No. 1 Malaysia.
Di atas faktor itu, beliau beberapa kali menerangkan tujuan diadakan majlis sederhana tersebut agar para peminat tahu keadaannya yang sebenar. Norzalina Mohd Alias
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Siapa sangka dari sebuah rumah teres usang menjadi kediaman sentuhan moden elegan, jari-jemari emas Ashikin Amran terbukti berhasil mix & match hiasan tanpa bocorkan kocek.