Perlawanan akhir yang penuh aksi yang mendebarkan sehingga ke waktu penamat! Itulah gambaran yang boleh digambarkkan perlawanan akhir Piala Dunia FIFA 2022 di Qatar yang  mana Argentina berjaya menewaskan Perancis menerusi penentuan sepakan penalti di Stadium Lusail. Ia sekaligus  menghentikan kemarau 36 tahun negara tersebut dalam dalam sejarah bola sepak dunia.

IKLAN
Ibu Jadi Saksi Julang Trofi Piala Dunia Kali Terakhir… LIONEL MESSI Bersara Dengan Bola Emas, Dinobat Legenda!
Foto: IG@antonelaroccuzzo

Lebih manis, pemain terbaiknya, Lionel Messi berjaya menjulang trofi itu dalam perlawanan terakhirnya sekali gus dinobatkan sebagai seorang legenda dalam kariernya bola sepaknya.

Semangat berpasukan membawa hasil apabila usaha yang dilakukan untuk membawa Angel Di Maria sehingga mendahului pasukan lawan amat membanggakan. Argentina berjaya mendominasi perlawanan dalam tempoh 45 minit pembukaan menerusi dua jaringan gol, yang pertamanya dihadiahkan oleh Messi.

Ibu Jadi Saksi Julang Trofi Piala Dunia Kali Terakhir… LIONEL MESSI Bersara Dengan Bola Emas, Dinobat Legenda!
Foto: IG@antonelaroccuzzo

Pun begitu, menghampiri masa terakhir dalam separuh masa kedua, Perancis berjaya menyamakan kedudukan 2-2 menerusi tindakan pantas Mbappe.

Namun, sekali lagi Messi berjaya membuka ruang mendahului pasukan lawan apabila gol dijaringkan ketika masa tambahan. Keputusan yang pada awalnya didominasi oleh Di Maria kemudian berjaya dihalang sekali lagi oleh Mbappe menerusi sepakan penalti yang diperoleh.

Ibu Jadi Saksi Julang Trofi Piala Dunia Kali Terakhir… LIONEL MESSI Bersara Dengan Bola Emas, Dinobat Legenda!
Messi membawa ahli keluarganya menonton perlawanan akhir semalam.

Kedudukan terikat 3-3 mendorong sepakan penalti diadakan bagi menentukan juara.

Pada saat ini, Perancis tewas dan kehilangan trofi yang diidamkan selepas dua pemainnya, Kingsley Coman dan Aurelien Tchouameni gagal menyempurnakan sepakan penalti. Argentina pula menukarkan keempat-empat pemain mereka untuk menobatkan karier legenda Messi.

IKLAN

Sergio Aguero, yang akan mengetuai barisan negara jika tidak dipaksa bersara lebih awal kerana sakit jantung tahun lalu turut dilihat menyertai kejayaan itu, manakala Messi berlutut dan dikerumuni oleh rakan sepasukannya.

Ibu Jadi Saksi Julang Trofi Piala Dunia Kali Terakhir… LIONEL MESSI Bersara Dengan Bola Emas, Dinobat Legenda!

IKLAN

Pemenang Ballon d’Or tujuh kali itu juga disatukan dengan keluarganya yang gembira, ketika ibu Celia Maria Cuccittini  memeluknya Selain itu, isteri Messi,  Antonela Roccuzzo dan anak-anaknya Mateo, Ciro dan Thiago  turut menyertai bintang lagenda Argentina itu di atas padang.

Ibu Jadi Saksi Julang Trofi Piala Dunia Kali Terakhir… LIONEL MESSI Bersara Dengan Bola Emas, Dinobat Legenda!
Foto: IG @AntonelaRoccuzzo

 

Ibu Jadi Saksi Julang Trofi Piala Dunia Kali Terakhir… LIONEL MESSI Bersara Dengan Bola Emas, Dinobat Legenda!
Foto: IG@antonelaroccuzzo

Statusnya sebagai pemain terbaik kejohanan itu disahkan apabila dia dianugerahkan Bola Emas, sebelum disarungkan dengan bish untuk menjulang trofi Piala Dunia untuk kali terakhir.

Lionel Messi meninggalkan pentas Piala Dunia buat kali terakhir dengan cara paling dramatik awal pagi tadi, mengetuai senarai panjang pemain ternama yang mengucapkan selamat tinggal kepada kejohanan terbesar bola sepak itu.- Star Daily

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI