Jenama produk kecantikan dan kesihatan, Kamya memulakan tahun 2023 dengan penuh bertenaga dan bersemangat sempena penganjuran Festival Kamya Fest (Kamya Fest).

IKLAN

Berlandaskan objektif berhibur dan dalam masa yang sama menggalakkan lebih ramai generasi baharu untuk maju dalam bidang keusahawanan, Kamya Fest bakal menampilkan 300 vendor jualan yang terdiri daripada usahawan industri kecil dan sederhana (IKS) tempatan.

Bakal Lancar Produk Terbaharu, KAMYA  Bergabung Dengan Selebriti Popular Jayakan KAMYA FEST 2023Inisiatif ini didorong oleh Pengasas Kamya iaitu Puan Erna Elliyana dan mendapat sokongan bersama selebriti serta usahawan terkenal Shahmira Muhamad atau Shuib Sepahtu selaku Penganjur Bersama.

Bakal Lancar Produk Terbaharu, KAMYA  Bergabung Dengan Selebriti Popular Jayakan KAMYA FEST 2023
Kamya Fest bakal diadakan pada 10,11,12 Februari ini di Parkir B, Stadium Nasional Bukit merangkumi pelbagai kategori vendor termasuklah dari produk makanan & minuman (F&B), fesyen, automotif, sukan dan permainan serta gaya hidup sesuai untuk seisi keluarga.
Menurut penerima NONA Trusted Beauty & Health Brand Award, NONA Superwoman 2022,  Puan Erna Elliyana, dia sangat teruja kerana dalam masa yang sama dapat membantu ramai usahawan tempatan.

Bakal Lancar Produk Terbaharu, KAMYA  Bergabung Dengan Selebriti Popular Jayakan KAMYA FEST 2023
“Penganjuran ini juga secara tidak langsung memberi platform kepada generasi muda untuk kekal bersemangat positif untuk berkecimpung dalam dunia keusahawanan.

“Ini adalah pertama kali Kamya menganjurkan festival seperti ini dan kami mensasarkan untuk meraih pengunjung seramai 50,000 dalam masa 3 hari penganjurannya, sesuai dengan khalayak yang ada.

“Malah saya turut teruja kerana pada festival ini, kami juga berpeluang memperkenalkan rangkaian produk berkualiti yang boleh membawa manfaat kepada pelbagai kelompok masyarakat,” katanya.

IKLAN

Majlis sidang media Kamya Fest telah berlangsung di Hotel citizenM Kuala Lumpur yang turut dihadiri Shuib dan Pengarah Projek, Encik Mohd Faizul bin Isa.

Bakal Lancar Produk Terbaharu, KAMYA  Bergabung Dengan Selebriti Popular Jayakan KAMYA FEST 2023
Tambah Puan Erna Elliyana berkata, pihaknya akan melancarkan produk terbaharu keluaran Kamya pada hari pertama festival berkenaan yang akan turut mendapat sokongan daripada barisan selebriti dan bintang media sosial terkenal.

IKLAN

Bakal Lancar Produk Terbaharu, KAMYA  Bergabung Dengan Selebriti Popular Jayakan KAMYA FEST 2023
Terdapat lebih 20 selebriti dan bintang media sosial popular tanah air, yang bakal menjadi daya tarikan pengunjung untuk datang ke festival berkenaan.
Antara selebriti yang mengambil bahagian ialah Nabila Huda, Dolla, Eja, Ayie Floor88, Wak Doyok, Nana Mahazan, Dolla, Mimi Ernida, Shasha Abdul Aziz, Azfar Heri, MrStailista, EedaVogue, Daniel Zamri, Bella Astillah, Ameerais Forteen, Raja Afiq, Afzan, Ayu Damit, Naim Shamsol dan ramai lagi.

Bakal Lancar Produk Terbaharu, KAMYA  Bergabung Dengan Selebriti Popular Jayakan KAMYA FEST 2023
Sementara itu, Shuib berkata Kamya Fest adalah festival gaya hidup pertama yang membabitkan dirinya selaku salah seorang penganjur sekaligus mencabar kewibawaannya sebagai seorang usahawan.
“Penganjuran Kamya Fest adalah sesuatu yang baru buat saya dan tentunya saya amat teruja kerana ini adalah usaha yang saya laksanakan bersama-sama pihak Kamya sendiri.
“Jangan lepaskan peluang untuk memenangi sebuah kereta bagi pengunjung yang membeli produk keluaran Kamya termasuk pelbagai hadiah menarik yang lain untuk anda bawa pulang,” kata Shuib.

Bakal Lancar Produk Terbaharu, KAMYA  Bergabung Dengan Selebriti Popular Jayakan KAMYA FEST 2023
Antara hadiah utama adalah sebuah kereta Proton, motosikal Honda Wave 110 Alpha, televisyen 50” inci, telefon bimbit Honor dan penyedut hampagas Xiaomi Robot .
Bukan itu saja, Kamya Fest akan dihangatkan lagi dengan pertunjukan motosikal, kereta antik Jepun, fesyen bundle dan tidak ketinggalan keunikan taman tema Farm in The City yang dibangunkan khas di tengah-tengah ruang festival itu nanti.

 

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI