Like mother, like daughter! Persis ibu, kecantikan wajah anak perempuan Natasha Hudson, Neesa Helena tawan perhatian.
Meniti hantaran selebriti dan bekas model terkenal, Natasha Hudson, perkongsian ibu hamil ini bersama anak perempuannya raih pujian, sama cantik bagaikan kakak dan adik.
Dalam perkongsian tersebut, Natasha berkongsi gambar bersama anak perempuannya, Neesa Helena yang merupakan anak sulung beliau menerusi perkahwinan terdahulu bersama Datuk Shahrin Zahari.
Pasangan ibu dan anak itu, Natasha Hudson dan Neesa Helena, 16, bergambar secara eksklusif menerusi iklan kecantikan Estee Lauder sempena sambutan Hari Raya.
Menurut Sinar Plus, Neesa Helena merupakan zuriat daripada perkahwinan kedua beliau yang hanya mampu bertahan dua tahun sahaja.
Siapa sangka, kini anak perempuannya itu sudah besar dan semakin cantik. Pastinya mewarisi kejelitaan ibunya itu yang sehingga kini tetap anggun dan awet muda.
Selain Neesa, pelakon berkenaan turut dikurniakan dua lagi cahaya mata perempuan hasil perkahwinannya yang ketiga iaitu Naeema Kalila dan Fatimah.
Untuk rekod, Natasha pernah berkahwin dan bercerai sebanyak empat kali. Perkahwinan pertamanya bersama Mohd. Faiz Mohd. Raih pada 2006 hanya bertahan selama empat bulan.
Diikuti perkahwinan kedua dengan ahli politik, Datuk Shahrin Zahari pada Julai 2007 hanya bertahan selama dua tahun. Namun, menerusi perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan Neesa Helena.
Natasha kemudiannya berkahwin dengan penyanyi hip hop Khalid Kamal atau Carleed Khaza 15 April 2012. Menerusi perkahwinan bersama Carleed, Natasha dikurniakan dua cahaya mata, Naeema Khaleela dan Faatimah. Pasangan ini bercerai pada 2018.
Natasha berkahwin kali keempat dengan seorang ahli perniagaan asal Kelantan, Noor Nashriq Sekarnor pada 7 Disember 2018, namun bercerai pada Oktober 2019.
Ads
Terkini, Natasha sedang sarat hamil hasil perkahwinan bersama Muhammad Harits Jasmin atau lebih mesra disapa Jay Jasmin.
Biarpun sudah melewati usia 4o-an, namun Natasha tetap kelihatan jelita bagai tak diusik masa.
Natasha atau nama sebenarnya Natasha Liana Hudson, 41, kini aktif dengan hobi barunya iaitu aktiviti luncur air. Dalam tempoh kehamilan, wanita jelita ini masih aktif meluncur malah sering memuat naik aktiviti sukan tersebut di media sosial.
Makin cantik berseri-seri suri hati kesayangan Datuk Latif Romly, Datin Nabila. Meniti usia 27 tahun, pendidik ini bukan saja tampil memikat. Malah bertambah bahagia sejak bergelar isteri jaguh paralimpik negara berkenaan.
Meskipun berkahwin pada usia muda namun kedua-duanya matang menjalani alam rumah tangga.
Usia Perkahwinan Datuk Latif Romly Dah 2 Tahun
Tanggal 13 Disember lepas genap dua tahun usia perkahwinan Datuk Abdul Latif Romly dan isteri tercinta, Datin Nurul Nabila Farhana Musaidi. Lebih bermakna, tarikh berkenaan bukan hanya detik hari bersejarah mereka disatukan sebagai suami isteri.
Bahkan, ia juga merupakan hari lahir wanita kesayangan atlet para tersebut.
Tak dinafikan sejak bergelar isteri Datuk Latif Romly, penampilan Datin Nabila menjadi perhatian khalayak. Pastinya rasa bahagia yang dialami wanita ini jelas terpancar di raut wajah sekaligus menyerlahkan aura anggun, cantik dan bergaya.
Difahamkan pasangan ini mula berkenalan sejak di bangku sekolah lagi. Dalam temu bual Nona bersama Datin Nabila pernah mendedahkan mereka mula berkawan rapat sewaktu Tingkatan 5.
Datuk Latif Romly Tunai Umrah Dengan Isteri
Awal November lepas, Datuk Latif dan Datin Nabila berangkat ke Tanah Suci untuk mengerjakan ibadah umrah. Sejak mendirikan rumah tangga, kerjaya olahragawan negara ini juga cemerlang.
Begitu juga rezeki yang dikurniakan kepada atlet kelahiran Perlis ini. Melimpah ruah!
Selain berjaya membawa pingat emas di Sukan Paralimpik Paris 2024, dia turut menerima Skim Hadiah Kemenangan Sukan Majlis Sukan Negara, Temasya Sukan Paralimpik Paris 2024 berjumlah RM300,000 pada hujung Oktober 2024.
Diikuti penyerahan insentif kemenangan Sukan Paralimpik Paris 2024 bagi Negeri Perlis berjumlah RM80,000.
Semoga segala impian Datuk Latif untuk mengharumkan nama negara dapat direalisasikan dan rumah tangga di samping Datin Nabila kekal bahagia hingga ke syurga.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Memang tak pernah jemu tengok kecantikan yang dimiliki Thalia! Sekali terpandang wajahnya mesti nak tengok berkali-kali. Bagi peminat drama Latin pasti mengenali aktres rupawan yang pernah membintangi telenovela popular Maria Mercedes tahun 1992 ini.
Aura mempersona selebriti Mexico ini memberi impak kepada peminat drama bersiri tersebut sampai ke hari ini.
Mana tidaknya, tanggal 26 Ogos lalu merupakan ulang tahun kelahiran ke-52 Thalia atau nama sebenarnya Ariadna Thalia Sodi Miranda.
Dirai suami tercinta dan kenalan rapat, Thalia yang anggun mengenakan persalinan dress berkongsi momen sambutan hari lahir baru-baru ini. Ujarnya, “Happy birthday to me.”
Kredit Instagram @thaliaKredit Instagram @thaliaKredit Instagram @thaliaKredit Instagram @thalia
Melihat penampilan dan raut wajah bintang Rosalinda ini, meskipun sudah berusia lebih 50 tahun namun aura Thalia tetap menyerlah. Seri wajahnya sejak membintangi telenovela popular berkenaan tetap memikat.
Thalia bergelar isteri kepada Tommy Mottola yang juga Pengerusi Mottola Media Group dan bekas CEO Sony Music pada 3 Disember 2000.
Hasil perkongsian hidup bersama jutawan kelahiran Amerika berkenaan, mereka dikurniakan sepasang cahaya mata iaitu Sabrina Sakae Mottola Sodi berusia 15 tahun dan Matthew Alejandro Mottola Sodi, 12 tahun.
Tommy yang bertindak selaku penerbit muzik dan buku serta usahawan berjaya dalam industri seni Amerika ini juga sebenarnya bekas suami kepada penyanyi terkemuka, Mariah Carey.
Namun perkahwinan bersama pelantun lagu My All berkenaan hanya bertahan selama lima tahun sebelum kedua-duanya dilaporkan berpisah pada tahun 1998. Dua tahun kemudian, Tommy menamatkan zaman duda bersama Thalia dan berkahwin pada 3 Disember 2000.
Bersandarkan kejayaan Tommy dan kemasyhuran isterinya sebagai penyanyi, pelakon dan ahli perniagaan tak hairanlah pasangan ini mampu menikmati kehidupan serba mewah.
Selesa menaiki jet peribadi untuk bercuti, Thalia dilihat kerap memuat naik gambar percutian bersama keluarga di media sosial selain berkongsi cita rasa fesyen buat tatapan lebih 20 juta peminat!
Alahai, sudahlah cantik, kaya dan ternama pula tu. Patutlah dia mendapat gelaran ‘Queen of Latin Pop’. Sudah pasti segala kecantikan, kemasyhuran dan kemewahan yang dimiliki Thalia menjadi impian setiap wanita.
Memasuki bulan pertama 2021, tentu sekali ramai wanita berlumba-lumba memasang azam baru bukan? Selain melangsingkan badan dan mahu lebih berjaya tahun ini, pasti ada yang mahu kelihatan lebih muda berbanding usia sebenar.
Dalam pelbagai himpunan produk anti-penuaan di pasaran, dua jenama ini sentiasa menjadi sebutan kerana kajian dan penyelidikan intensif terhadap sains kecantikan. Produk L’Occitane dan Melvita masing-masing melancarkan produk baharu sempena tahun 2021 ini.
KEREMAJAAN WAJAH
Kulit wajah kita didiami oleh microbiota, sejenis organisma mikro yang menjadikan kulit sebagai ekosistem semula jadinya sekaligus membuatkan kulit jadi sihat. Dengan memastikan kadar bakteria baik terkawal, penuaan dapat diperlahankan dan kulit kekal anjal semula jadi.
Nona tertarik dengan produk terbaharu Melvita, Argan Bio-Active yang mampu mengembalikan kontur wajah lebih tegang dan muda remaja. Ia diperkaya dengan mikrobiotik minyak argan untuk merangsang kolagen dan menjadikannya lebih anjal.
Intensive Contouring SerumIntensive Lifting Cream
TUBUH BADAN ANJAL
Selain wajah, kulit tubuh juga menjadi penanda usia seseorang. Mereka yang berkulit tegang, leher masih jinjang dan lembut kala disentuh pasti kelihatan lebih muda berbanding kulit mereka yang menggeleber atau kasar.
Produk baru Shea Butter L’Occitane dirumus dengan formula untuk kulit kering hingga sangat kering serta melindunginya daripada kekeringan dengan menguatkan lapisan hidro lipid kulit. Ia memberikan lembapan berpanjangan sehingga 72 jam tanpa kesan lekit.
Happy Shea Shower CreamHappy Shea Hand Cream
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!