Ads

Tym Fatimah Beri Nafas Baharu Kepada Batik Malaysia Untuk Konsert M. Nasir 2026, Berdebar Jumpa Sifu!

Tym Fatimah
Tym Fatimah

Nama Tym Fatimah sekali lagi mencuri perhatian dunia fesyen tempatan apabila diberi kepercayaan menghasilkan busana buat maestro muzik legenda, Dato’ M. Nasir sempena Konsert M. Nasir Cipta 4.

Menerusi interpretasi yang moden tetapi masih menghormati akar budaya, beliau berjaya memberi nafas baharu kepada Batik Malaysia, sekali gus membuktikan tekstil warisan negara mampu berdiri megah di pentas persembahan berskala besar tanpa kehilangan identitinya.

Bertemakan Batik Injection, konsert yang berlangsung di Unifi Arena Kuala Lumpur itu turut mengajak para penonton hadir dalam persalinan batik sama ada tradisional mahupun fusion. Konsep tersebut menjadikan batik bukan sekadar kod pakaian, sebaliknya sebahagian daripada naratif seni yang meraikan warisan Malaysia.

Di sebalik nama Tym Fatimah ialah Fatimah Puteh, seorang penata gaya selebriti yang cukup disegani dalam industri fesyen tempatan. Beliau terkenal dengan sentuhan estetik yang versatil dan sofistikated, menjadikan setiap penampilan selebriti mempunyai identiti tersendiri.

Wanita lulusan Ijazah Rekaan Fesyen Universiti Teknologi MARA (UiTM) Seri Iskandar, Perak itu pernah menggayakan ramai selebriti terkemuka antaranya Dato’ M. Nasir, Sherry Alhadad dan Nabila Huda.

Keupayaannya mengimbangi elemen fesyen kontemporari dengan karakter individu menjadikan beliau antara fashion stylist yang semakin mendapat perhatian dalam industri kreatif Malaysia.

Berkongsi dengan Majalah Nona berkenaan pengalaman berharganya menyiapkan Dato’ M. Nasir, wanita cantik asal Alor Setar, Kedah itu tenang bercerita.

Tym Fatimah Beri Nafas Baharu Kepada Batik Malaysia Untuk Konsert M. Nasir 2026, Berdebar  Jumpa Sifu!
Tym Fatimah
Tym Fatimah Beri Nafas Baharu Kepada Batik Malaysia Untuk Konsert M. Nasir 2026, Berdebar  Jumpa Sifu!
Tym Fatimah

Lebih Sebulan Tym Fatimah Menyiapkan Sebuah Visi

Bagi Tym Fatimah, menghasilkan busana untuk seorang ikon seperti M. Nasir memerlukan lebih daripada sekadar kemahiran menjahit atau memilih fabrik.

Beliau mendedahkan keseluruhan proses mengambil masa lebih sebulan, bermula dengan penyelidikan, pencarian material, pembangunan konsep sehingga menghasilkan rekaan akhir yang memenuhi visi artistik konsert tersebut.

Ads

“Sebulan lebih termasuk research, sourcing material sampai la ke final product.”

Tempoh itu penting bagi memastikan setiap helaian busana bukan sahaja memenuhi keperluan persembahan pentas, malah mampu menterjemahkan perjalanan seni hampir lima dekad seorang legenda muzik.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Tym Fatimah (@tymfatimah)

Pembentangan Tym Fatimah Yang Paling Mendebarkan

Walaupun proses penghasilan berjalan lancar, Tym Fatimah mengakui detik paling mencabar ialah ketika membentangkan idea kepada M. Nasir.

Menurut beliau, penyanyi itu mempunyai pemikiran seni yang sangat mendalam dan sukar dijangka, menyebabkan setiap sesi pembentangan memerlukan persediaan rapi.

“Alhamdulillah TIADA cabaran besar. Cuma time nak present idea and moodboard dekat tu berdebar. Sifu ni kita sUSAh nak baca dia.

And masa nk present tu mcm assessment belajar, YOU kena prep YOURSELF dENGAN jawapan and ‘ilmu’ sEBAB TAK BOLEH predict soalan dia.”

Pengalaman itu mengajar bahawa seorang penata gaya bukan hanya perlu kreatif, malah perlu mempunyai kefahaman kukuh terhadap sejarah, budaya dan falsafah di sebalik setiap rekaan yang dihasilkan.

Ads

Dua Persalinan, Dua Interpretasi Batik Malaysia

Untuk konsert berkenaan, Tym Fatimah menghasilkan dua persalinan yang masing-masing membawa pendekatan berbeza terhadap batik.

Penampilan pertama menampilkan robe, kemeja dan palazzo bermotif batik yang memberikan siluet santai namun penuh karakter.

Tym Fatimah Beri Nafas Baharu Kepada Batik Malaysia Untuk Konsert M. Nasir 2026, Berdebar  Jumpa Sifu!
Tym Fatimah
Tym Fatimah Beri Nafas Baharu Kepada Batik Malaysia Untuk Konsert M. Nasir 2026, Berdebar  Jumpa Sifu!
Tym Fatimah

Busana kedua pula lebih berani menerusi jaket patchwork batik dipadankan dengan barrel pants, memperlihatkan bagaimana Batik Malaysia boleh diterjemahkan dalam bahasa fesyen moden tanpa mengorbankan nilai tradisinya.

Pendekatan ini selari dengan landskap fesyen semasa yang semakin menghargai craftsmanship tempatan serta mengangkat tekstil warisan sebagai elemen utama dalam rekaan kontemporari.

Tym Fatimah Dapat Pujian Ringkas Yang Bermakna

Bagi setiap pereka, penghargaan paling bermakna datang daripada individu yang mengenakan hasil rekaan mereka.

Ads
Tym Fatimah Beri Nafas Baharu Kepada Batik Malaysia Untuk Konsert M. Nasir 2026, Berdebar  Jumpa Sifu!
Tym Fatimah

Selepas sesi fitting, M. Nasir hanya memberikan komen ringkas namun cukup membanggakan buat Tym Fatimah.

“Bagus. Boleh buat jual.”

Walaupun hanya beberapa patah perkataan, pujian tersebut menjadi pengiktirafan terhadap keseluruhan proses kreatif yang telah dilalui.

Konsert Yang Merayakan Seni, Muzik & Warisan

Konsert M.N47IR Cipta 4 diadakan sempena ulang tahun ke-69 Dato’ M. Nasir dan meraikan perjalanan 47 tahun beliau berkarya dalam industri muzik. Hampir 13,000 penonton memenuhi Unifi Arena Kuala Lumpur untuk menyaksikan persembahan lebih tiga jam yang menampilkan lagu-lagu ikonik dalam susunan baharu tanpa menghilangkan identiti asalnya.

Kemunculan Dato’ Sri Siti Nurhaliza, Datuk Awie, Melly Goeslaw dan Ziana Zain menambahkan kemeriahan malam tersebut, sebelum suasana bertukar cukup emosional apabila M. Nasir diraikan dengan sambutan hari lahir di atas pentas dan turun menyapa peminat ketika mendendangkan lagu terakhir, Mentera Semerah Padi.

Tym Fatimah Beri Nafas Baharu Kepada Batik Malaysia Untuk Konsert M. Nasir 2026, Berdebar  Jumpa Sifu!
Tym Fatimah
Tym Fatimah Beri Nafas Baharu Kepada Batik Malaysia Untuk Konsert M. Nasir 2026, Berdebar  Jumpa Sifu!
Tym Fatimah
Tym Fatimah Beri Nafas Baharu Kepada Batik Malaysia Untuk Konsert M. Nasir 2026, Berdebar  Jumpa Sifu!
Tym Fatimah

Di sebalik persembahan yang meninggalkan kenangan buat ribuan penonton, sentuhan Tym Fatimah membuktikan fesyen mampu menjadi medium yang menghubungkan muzik, budaya dan identiti negara. Apabila Batik Malaysia diberi interpretasi yang tepat, ia bukan sekadar pakaian, tetapi sebuah karya seni yang hidup di atas pentas.

Kredit foto: Bangsawan Pictures

Artikel berkaitan: Dato’ Hanifah Hajar Taib, Genggam Legasi Politik & Reputasi Bapa Allahyarham Tun Abdul Taib Mahmud

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download sekarang!

KLIK DI SEENI
Ads

Inspirasi Lain

Dato' Hanifah Hajar Taib

Dato’ Hanifah Hajar Taib, Genggam Legasi Politik & Reputasi Bapa Allahyarham...

Pelantikan Dato' Hanifah Hajar Taib sebagai Timbalan Menteri Kesihatan membuktikan beliau bukan sekadar mewarisi nama besar Allahyarham Tun Abdul Taib Mahmud, malah membina legasi kepimpinan tersendiri menerusi pendidikan, pengalaman dan komitmen berbakti kepada rakyat.