
Terpikat tengok wajah comel Lana Rose. Anak kedua kepada pasangan Marion Rose Caunter dan SM Nasaruddin ini meraih tumpuan warga maya baru-baru ini ketika sambutan hari lahirnya pada 30 Oktober lepas.
Lana yang merupakan cahaya mata kedua daripada tiga beradik ini ialah anak perempuan bongsu Marion dan SM Nasa.
Dia yang berkulit sawo matang disifatkan seorang anak yang berani dan ceria. Tanggal 30 Oktober, Lana genap menginjak usia 10 tahun.
Bersempena hari lahir Lana yang melewati usia dua digit itu, Marion menitipkan ucapan istimewa buat puteri kesayangan.
Selain memuat naik gambar sambutan hari lahir di kediaman mewah mereka.




“And just like that, my fellow middle child turns 10 years old today. Double digits baby girl! I just love your spunk and everything about you.
My baby girl, you make mommy and daddy so proud of the little lady you’ve become and we know you will continue to be. We love you so very much Miss Lana Rose. Ps: mommy will never stop kissing you in public.”



Dalam majlis keraian itu, pengasas My Hair Play dan More by Mare berkenaan tampil dengan gaya kasual sedondon putih di samping suami dan dua lagi anak.
Sementara Lana pula ceria dalam persalinan T-shirt merah jambu.



Bekas pengacara TV tersebut kini berusia 42 tahun dan mendirikan rumah tangga dengan pewaris empayar Naza Group, SM Nasaruddin SM Nasimuddin pada Disember 2010.
Hampir 13 tahun mendirikan rumah tangga, mereka dikurniakan tiga anak iaitu Leia, Lana dan Liam.
Artikel berkaitan https://www.nona.my/leia-rose-tamat-sekolah-rendah-warisi-gen-cantik-marion-caunter-jadikan-ibunya-inspirasi/
Siren Kecemasan! Tahukah Anda, Wanita Aktif & Lasak Berisiko Alami Masalah KERAP BUANG AIR KECIL?

PERKONGSIAN…. Masalah hilang kawalan pundi kencing seringkali melanda wanita dan juga lelaki di seluruh dunia. Akibat diserang rasa malu, ramai yang berdiam diri dan enggan tampil mendapatkan rawatan. Adakah masalah ini boleh berlarutan dan membahayakan nyawa?
Soalan kesihatan ini telah di jawab oleh Dr. Kamarulzzaman Ahmad, MD (HOM.INDIA) BHMS (MSIA) DHS (MSIA), BSc. Spec.Major EducRecs (SIUC.USA) yang juga merupakan konsultan perubatan Yayasan Kasih Sayang Selangor. (MAJALAH NONA, NOV 2008)
KERAP BUANG AIR KECIL
Saya seorang pesara dan pernah bertugas sebagai seorang guru serta aktif dalam sukan berbasikal. Suatu ketika dulu, saya pernah terlibat dalam kemalangan semasa bersukan sehingga terpaksa menjalani pembedahan. Syukur kerana masih dianugerahkan tiga cahaya mata meskipun setiap kali bersalin, saya terpaksa melalui kaedah Caesarean.
Apa yang merunsingkan saya adalah masalah kerap membuang air kecil yang saya alami sejak lima tahun lalu. Pada awalnya ia tidak ketara tetapi kini saya terpaksa ke tandas hingga 7-10 kali sehari. Ini mengehadkan aktiviti harian, selain amat memalukan diri saya. Apakah sebenarnya masalah yang berlaku serta bagaimanakah cara mengatasinya?
JAWAPAN
Masalah kerap kencing atau urinary incontinence bukannya satu penyakit tetapi merupakan petanda terdapatnya masalah yang amat memerlukan perhatian dan kajian oleh seorang doktor. Selalunya pundi kencing manusia akan dikosongkan setiap empat jam. Fungsi pundi kencing yang normal membabitkan perhubungan kompleks antara pundi kencing dengan otak.
Apabila pundi kencing perlu dikosongkan, otot dinding pundi kencing mengecut dan ‘sphincter urethra’ (otot pengawalan liang badan) akan berehat. Keadaan ini membenarkan air kencing dikeluarkan.
Kekerapan membuang air kecil pada setiap orang berbeza. Secara umum, keperluan anda ke tandas melebihi lapan kali dalam 24 jam dianggap tidak normal. Keinginan membuang air kecil meningkat apabila pundi kencing diisi kira-kira separuh penuh (250ml). Biasanya orang akan ke tandas pada tahap ini tetapi kapasiti normal pundi kencing adalah sekitar 400ml.
Jika Puan mengalami empat simptom berikut, bermakna Puan sedang mengalami sistem kawalan pundi kencing yang lemah:
- Membuang air kecil melebihi lapan kali sehari
- Kerap rasa keinginan yang kuat dan tiba-tiba untuk kencing
- Kebocoran air kencing yang tidak terkawal
- Kebocoran air kencing ketika batuk, ketawa, bersin, melompat atau berlari
Perkara ini bukanlah masalah asing bagi wanita yang telah meningkat usia, malah cabaran ini juga dialami oleh jutaan golongan wanita dan lelaki di seluruh dunia. Malangnya ramai pesakit seperti Puan tidak mahu atau bertangguh-tangguh mendapatkan rawatan kerana malu.
Punca-punca
Simptom kencing kerap boleh berpunca daripada pelbagai faktor, antaranya adalah:
(a) Jangkitan pada sistem kencing
(b) Sembelit
(c) Pemakanan, minuman dan ubatan
(d) Masalah fizikal atau fisiologi seperti :
- Ibu mengandung dan kesan bersalin
- Lanjut usia
- Kesan sampingan dari Hysterectomy
- Kesan interstitial cystitis
- Masalah prostat seperti barah dan prostatitis
- Masalah pundi kencing seperti barah dan batu karang
- Masalah saraf yang berpunca daripada penyakit stroke, multiple schlerosis atau sebagainya
- Obesiti
Rawatan
Memang tidak dinafikan bahawa hilang kawalan pundi kencing adalah satu keadaan yang merimaskan. Malah ia mungkin memalukan dan mengehadkan aktiviti harian. Perkara paling utama yang mesti diberi perhatian adalah memahami punca masalah. Berjumpalah dengan pakar untuk mengenalpasti punca masalah. Masalah yang dialami oleh jutaan populasi dunia boleh dirawat dengan berbagai kaedah seperti berikut:
(1) Behavioral techniques
Teknik seperti Pelvic Floor Muscle Exercise ini telah digunakan dengan jayanya bagi masalah yang berpunca daripada kelemahan otot pelvik.
(2) Gabungan Kaedah Alopathy dan Akupunktur – SANS (Stoller Afferent Nerve Stimulator) Device Untuk Masalah Berpunca daripada SARAF
SANS adalah satu alat hasil gabungan teknologi perubatan moden iaitu neuromodulation dan elektro akupuntur. Ia adalah hasil kajian Dr. Marshall Stoller, seorang profesor di UCSF. Teknik ini menurut penciptanya amat berguna dan bersesuaian dengan pesakit wanita yang tidak tahan dengan kesan sampingan ubat dan gagal dirawat secara ‘bladder training’.
Sebagaimana diketahui umum dalam rawatan akupuntur, jarum digunakan atau dicucuk pada titik akupuntur pada pergelangan kaki yang terus merangsang saraf pundi kencing dan saraf tunjang. Jarum tersebut pula disambung dengan rangsangan elektrik bersifat low frequency yang boleh dikawal oleh perawat. SANS digunakan sekali dalam seminggu. Setiap sesi rawatan mengambil masa selama 30 minit. Kekerapan rawatan pula bergantung kepada tindak balas dan keperluan pesakit. Keberkesanan kaedah ini masih dikaji secara klinikal.
(3) Pembedahan
Pembedahan seperti prosedur Sling dan Bladder Neck Suspension juga biasa digunakan bagi kes-kes tertentu.
(4) Penggunaan Ubatan
Bagi kes-kes yang berpunca daripada jangkitan seperti cystitis dan prostatis, doktor perubatan moden biasanya memberi antibiotik. Selain itu antispasmodic drugs dan antidepresant drug juga biasa digunakan bagi kes-kes yang bersesuaian.
(5) Penyembuhan dengan Kaedah Homeopati
Perubatan Homeopati merawat pesakit BUKAN penyakit. Kaedah ini amat mementingkan penelitian simptom fizik dan metafizik pada pesakit telah digunakan dengan jayanya untuk merawat pesakit seperti Puan. Sebelum diberi sebarang penawar, seorang doktor homeopathy akan menjalankan diagnosis untuk mendapatkan selengkap mungkin simptom pada diri puan. Ini termasuk sejarah diri dan keluarga Puan terutamanya yang menjurus kepada kesihatan. Sebagai contoh, saya nyatakan disini beberapa jenis penawar yang telah digunakan untuk merawat pesakit seperti Puan sehingga sembuh.
- Apis Mellifica
- Berberis Vulgaris
- Cantharis
- Causticum
- Mercury Corr
- Sepia
Menerusi pembacaan lanjut di internet, saya TIDAK menggalakkan Puan membeli ubatan sendiri kerana cara diagnosis ini hanya berdasarkan kes di internet dan amat TIDAK TEPAT dari sudut Homeopati. Oleh itu berjumpalah dengan seorang pengamal perubatan homeopati yang bertauliah.
PERINGATAN
Estrogen Therapy
Dalam kajian Dr. Jeanette Brown, pengarah UCSF Women’s Continence Center, didapati penggunaan ESTROGEN dalam postmenopausal hormone therapy telah mendatangkan masalah pada pesakit-pesakit terlibat. Oleh itu Puan diingatkan supaya berjumpa doktor pakar sebelum menjalani sebarang rawatan.
Kecederaan Akibat Jatuh
Keadaan tergesa-gesa dan tidak tertahan-tahan untuk kencing sebenarnya boleh mendatangkan kecelakaan kepada pesakit. Dalam kajian mengenai kencing kerap ini, terdapat banyak kes cedera dan patah akibat terjatuh dalam keadaan tergesa-gesa. Oleh itu jangan ambil mudah! Bertindak sekarang sebelum anda jadi begini.
Untungnya! Inilah Makna Ketegasan & Sifat Pelindung Kakak Neelofa, NOOR NABILA Yang Mengagumkan

Semenjak melangsungkan perkahwinan dengan aktor Sharnaaz Ahmad, kakak kedua Neelofa bernama Noor Nabila, 33, ini mula menarik perhatian ramai kerana kelantangannya bersuara.
Paling tular, tentulah semasa Neelofa dihentam teruk oleh netizen. Nabila pasti keluar dengan kenyataan-kenyataan pedas bagi mempertahankan kerjaya dan kehidupan adik kesayangannya daripada terus diperkatakan.
“Saya selalu berharap agar Lofa dapat pergi lebih jauh. Saya memang mahu kerjayanya berkembang, nak tengok Lofa dapat banyak anugerah dan penghargaan kerana dia selalu jadi inspirasi pada ramai orang.
Sebagai kakak, saya banyak beri sokongan dalam perniagaan. Neelofa seorang yang komited dan sanggup all out dalam apa jua yang dilakukan. Selain sangat teliti, dia juga seorang yang tidak suka ambil mudah.
Cakap soal jodoh pula, saya doakan dia jangan terburu-buru. Saya doakan dia bertemu dengan seseorang yang benar-benar layak untuk dirinya, tidak mengambil kesempatan serta memiliki impian untuk bina kehidupan bersama.
Maklumlah, kita pun tak tahu niat orang cuma perlu lebih berhati-hati,” bicara Nabila penuh makna.
Menyentuh kisah rumah tangganya dengan Sharnaaz, desas-desus yang mengatakan suaminya terlalu baran rupa-rupanya tidak benar.
Nabila menyifatkan suaminya itu seorang yang baik serta bertanggungjawab. “Selama perkahwinan ini saya melihat Sharnaaz sudah banyak berubah. Saya kenal hati budinya dan yakin dia akan berubah.
Alhamdulillah saya sudah nampak perubahan itu. Saya sering nasihatkannya agar fikir dulu sebelum melakukan sesuatu. Dia juga kini lebih matang. Sehingga ke hari ini kami tidak pernah bergaduh, alhamdulillah kami sangat bahagia dan serasi.
Selama mengenali Sharnaaz sebenarnya dia seorang yang sangat kelakar dan periang. Kalau berlaku perselisihan faham atau pendapat selalunya dua-dua akan mengalah.
Sekurang-kurangnya kami boleh bertolak ansur demi menjaga keharmonian rumah tangga. Sebagai isteri juga saya banyak memberikan sokongan atas apa yang dilakukan dalam kariernya,” jelas Nabila ketika ditemu bual sempena penggambaran cover Nona Januari 2018.
Ini pula harapan Nabila sendiri tentang azam 2018 dirinya.
Pengarah Urusan NH Prima International Sdn Bhd itu juga berkongsi sedikit perancangannya untuk tahun 2018. “Kami bakal menghasilkan koleksi beachwear dan busana special occasion seperti dress untuk makan malam yang sopan, trendy dan timeless.
Di samping itu, kami juga berkolaborasi dengan Astro untuk siri animasi Islamik Omar dan Hana, dimana terdapatnya karakter khas Neelofa dalam siri popular tersebut. Naelofar juga akan menaja pakaian serta tudung bagi edisi Hari Raya,” akhiri Nabila. Norzalina Mohd Alias
Pilih Nama Klasik “Kami Mahu Anak-Anak Bangga Dengan Asal Usul” DAHLIA NADIRAH, Pengasas SO.LEK Cosmetics

Siapa yang tak kenal dengan pemuzik, komposer dan penyanyi, Monoloque yang sinonim dengan imej ala pendekar Melayu. Bukan sekadar membawa imej itu di pentas seni, bahkan ia turut diterapkan dalam kehidupan keluarga antaranya dari segi berpakaian, dekorasi rumah, dan yang paling menarik ialah keunikan nama anak-anaknya. Sangat klasik! Bukan hanya sedap disebut, ia juga memiliki maksud tersendiri.

Isteri Monoloque, Dahlia Nadirah merupakan pengasas SO.LEK Cosmetics.
“Semasa dikurniakan anak pertama iaitu Anggerik Dang Jelita, LoQue inginkan satu ‘tema’ untuk nama anak. Disebabkan nama saya Dahlia iaitu nama bunga maka LoQue tanya ok tak nama anak pun bunga? Saya setuju.
Kami memang suka nama klasik kerana ia represent our personalities. Kami juga obses dengan unsur klasik dan tradisional yang menggambarkan betapa indahnya Bahasa Melayu. Nama Anggerik Dang Jelita seratus peratus diilhamkan oleh LoQue. Kami rasa nama tu sangat cantik dan sempurna. Anggerik yang kini berusia 7 tahun seorang yang sangat matang, artistik, peramah dan thoughtful.
Seroja Dewi Harapan pula, ketika saya mengandungkanya kami pernah ‘kehilangan’ Seroja dua kali. Kali pertama, degup jantungnya tak dapat dikesan. Kali kedua, kandungan disahkan ‘gugur’. Namun semasa saya ke hospital untuk membuat procedure tiba-tiba degup jantungnya dapat dikesan! Kami amat bersyukur dan gembira.
Memandangkan banyak cabaran sepanjang mengandungkan Seroja maka kami selitkan perkataan Harapan dalam namanya. Seroja sangat individualistic, protective dan berani. Usianya kini 3 tahun.
Sementara untuk anak bongsu, mulanya LoQue dah tak nak letak nama bunga. Tapi saya terfikir kalau nama lain, dah besar nanti takut dia persoalkan kenapa nama saya dan kakak-kakak nama bunga tapi namanya lain. Akhirnya kami memilih nama Melor Pelangi Merdu.”
PERNAH DIEJEK & DIKUTUK
“Selama ni memang banyak komen yang tanya kenapa nama anak pelik? Kenapa panjang sangat? Kebanyakannya dari keluarga dan teman-teman sendiri. Setiap kali media siarkan nama anak, pasti ada yang mengejek dan mengutuk. Paling banyak dikomen nama anak ketiga kerana banyak media, blog publish article about her name and it went viral.

Saya sangat terguris dan sedih pada mulanya tapi LoQue hanya ketawa dan cakap jangan layan. Katanya orang yang banyak masa mengutuk orang lain sebab nak tutup kekurangan diri sendiri. So saya berhenti membaca dan unfollow the accounts and gossip sites.”
LEBIH TERBUKA DIDIK ANAK-ANAK
“Kami sangat terbuka dengan anak anak. Cara kami bergaul dan bercakap dengan mereka pun macam orang dewasa. Mereka bebas bersuara dan bertanya tentang apa jua perkara. Bila mereka menangis atau marah, kami akan duduk dan tanya kenapa mereka begitu. We feel like open communication is the best. Kami juga dedahkan mereka dengan didikan agama. Tak terlalu memaksa tapi more to create curiousity tentang apa yang diajar. Maka, mereka akan banyak bertanya.

Kami juga dedahkan mereka dengan muzik dan seni. Seawal umur setahun, kami bawa mereka ke theater atau melihat tarian tradisional dan persembahan antarabangsa. Kami mahu mereka menjadi seorang yang bangga dengan asal usul dan diri sendiri.
Kami juga akan sokong dan asah bakat mereka. Contohnya Anggerik, she likes Maths and arts than reading, so di rumah kami banyak buat Maths dan encourage dia untuk melukis dan mewarna.
Harapan kami biarlah mereka menjadi insan yang sentiasa gembira serta tak pernah malu dengan diri sendiri dan asal usul. Untuk kerjaya, kami tak kisah asalkan mereka rajin berusaha dan tak mudah putus asa bila dugaan menimpa.

Usaha, doa dan tawakal tiga perkara utama yang kami bimbing untuk mereka. Buat masa ni tiada perancangan untuk tambah anak. Tapi kalau ada rezeki kami terima dengan hati terbuka.”
RAHSIA CANTIK IBU ANAK TIGA
“Positif dan sentiasa belajar benda baru, biar otak cerdas serta sihat. Saya tak suka benda-benda rumit, lagi-lagi setelah ada tiga anak. Untuk penampilan, saya suka solekan natural dan ringkas.

Produk SO.LEK Cosmetics as natural is my first choice of make up product. Selain itu, prioritizing and time planning are the most important thing. Buat yang termampu, jangan bandingkan diri kita dengan orang lain.”

Kredit Foto: Instagram Dahlia Nadirah