Sebelum ini, aktres popular era 80an iaitu Datin Maria Arshad jarang berkongsi gambar anak bongsunya, Nabilla yang cantik manis ini.
Namun hari ini, Datin Maria memuat naik satu hantaran di instagram @citarasa.mariaarshad berkongsi detik gembira apabila Nabilla berjaya menamatkan pengajiannya di Curtin University Perth, Australia baru-baru ini.
Menerusi hantaran itu, Nabilla dirai dalam satu majlis konvokesyen yang diadakan di universiti tersebut.
Penampilan ibu dan anak ini sangat manis apabila kedua-duanya menyarungkan kebaya rona lembut.
Tulis Datin Maria di ruangan kapsyen: –
“Tahniah buat anak bongsu saya, Nabilla yang telah berjaya menamatkan pengajian.
“Graduate with a Bachelor of Science: in Psychology. All the best for your future.”
Untuk rekod, Datin Maria Arshad pernah berkahwin pada usia 16 tahun dan dikurniakan dua cahaya mata iaitu Zulkifly Azahari dan Norazlina.
Namun perkahwinan pertama Datin Maria Arshad tidak panjang.
Ads
Beliau kemudiannya bertemu jodoh dengan Datuk Abdul Rahman Abu Bakar. Mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Puteri Nabilla Manissa dan Natasha Munira.
Pun begitu, suaminya meninggal dunia pada Julai 2022.
WAJAH EKSOTIK PERSIS THALIA ‘ROSALINDA’ Menjengah ke ruangan komen rata-rata menitipkan ucapan tahniah.
Ads
Malah, ramai juga yang terpegun dan terpesona dengan kecantikan Nabilla atau nama sebenarnya Puteri Nabilla Manissa yang disifatkan cantik semula jadi.
“Tahniah!!!! Masha Allah… Dua-dua cantik!”
“Mak dan anak sama cantik.”
“Cantiknya mak dan anak.. bagi saya inilah rupa Melayu asli.”
“Sgt cantikkk. Tgk la mom dia siapa kann..”
Ads
Ada juga beberapa pengikut yang menyamakan raut wajah Nabilla yang jelita persis Thalia, aktres telenovela popular Latin ‘Rosalinda’.
“Cantik, memang eksotik, natural beauty. Sekali pandang macam Rosalinda.”
“Tengok sekali macam Rosalinda.”
“Iras pelakon watak Rosalinda Ayamor.”
Kini, Datin Maria Arshad dilihat komited mengusahakan bisnes keknya biarpun secara kecil-kecilan di bawah jenama By CitarasaMariaArshad.
Kredit Foto: Instagram @citarasa.mariaarshad
Majalah Nona ada juga di Telegram. Mudah nak akses artikel menarik dan video-video terkini di sini. Follow kamii sekarang di https://t.me/majalahnona
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Sejak bergelar isteri kepada pelakon lelaki popular Bollywood, Hrithik Roshan lagi ramai yang terpikat dengan Sussanne Khan. Wanita ini bukan hanya memiliki pesona tersendiri malah rupa paras cantik yang dimiliki menjadi tumpuan khalayak.
Apatah lagi Sussanne Khan bukan calang-calang wanita kerana berpendidikan tinggi dan berasal dari keluarga terkenal di India.
Sussanne yang kini berusia 44 tahun dilahirkan pada 26 Oktober di Mumbai, India. Dia merupakan anak ketiga kepada pasangan Sanjay Khan dan Zarine Katrak.
Keluarga Sussanne dikenali sebagai individu berpengaruh dalam bidang hiasan dalaman dan penggiat seni kerana bapanya ialah pelakon terkenal era 1980an. Manakala ibu Sussanne pula usahawan hiasan dalaman yang juga pernah bergelar pelakon.
Pada tahun 1995, Sussanne menyambung pengajian peringkat Art Associated Degree dengan pengkhususan bidang hiasan dalaman dari Brooks College USA. Dia juga mengikut jejak langkah ibunya yang menceburi bidang tersebut dan kini kian sukses dalam karier berkenaan.
20 Disember 2002 menjadi detik bahagia bagi Sussanne apabila dia sah bergelar isteri kepada pelakon kacak, Hrithik Roshan. Hasil perkongsian hidup bersama, mereka dikurniakan dua anak iaitu Hridaan Roshan dan Hrehaan Roshan.
Karier awal Sussanne selaku pereka hiasan dalaman kediaman bermula pada tahun 2011 sewaktu dia menyertai Charcoal Project bersama pengusaha hiasan dalaman dan penerbit filem terkenal, Gauri Khan. Gauri Khan juga merupakan isteri kepada bintang popular Bollywood, Shah Rukh Khan.
Charcoal Project ialah projek terkenal dalam kalangan pereka hiasan dalaman kerana ia menghimpunkan butik fesyen hiasan dalaman pertama yang ada di India.
Dalam kesibukan mengurus perniagaan dan keluarga tersayang, Sussanne berjaya membuka cawangan kampus berdaftar Pearl Academy di Mumbai pada tahun 2014 di samping membantu pelajar mendapatkan pembiayaan biasiswa pengajian.
Kian berjaya sebagai usahawan dan menjadi wanita berdikari, pada November 2014 Sussanne diuji apabila rumah tangga yang dibina akhirnya terputus di tengah jalan. Dia dikhabarkan berpisah dengan Hrithik namun kedua-duanya masih menjadi sahabat baik dan menjalankan tanggungjawab sebagai ibu bapa demi anak-anak.
Sepanjang bergelar usahawan dalam bidang hiasan dalaman, Sussanne berjaya meraih pelbagai pengiktirafan antaranya AD100 list dan Inspiring Entrepreneurs of India 2021.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Bekas Senator, Datuk Ras Adiba Radzi menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) selepas menerima watikah keahlian parti berkenaan pada Ahad.
Watikah berkenaan disampaikan Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada Majlis Pelancaran Jentera Pilihan Raya Negeri (PRN) Perikatan Nasional (PN) Negeri Sembilan di sini.
Turut menerima watikah ialah bekas Timbalan Ketua Bahagian UMNO Putrajaya, Datuk Tun Faisal Ismail Aziz.
Dua lagi individu iaitu bekas Ketua Wanita Keadilan Negeri Sembilan, Azlimah Zamli dan bekas Ketua Cabang Keadilan Jelebu merangkap bekas Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Pertang, Yus Mazmi Ahmad Yusof pula menyerahkan borang keahlian Bersatu mereka.
Ras Adiba ketika ditemui berkata, beliau memilih menyertai BERSATU untuk menyokong perjuangan gabungan PN dalam membela nasib rakyat termasuk golongan OKU dan percaya PN berupaya mengembalikan kecemerlangan dan kesejahteraan negara.
Ras Adiba mengakui sebelum ini beliau adalah ahli UMNO sehingga akhir tahun lalu tetapi memutuskan untuk menyertai BERSATU berikutan senario politik yang berubah.
Turut mencuti tumpuan ialah penampilan bekas wartawan penyiaran, pengacara televisyen dan pengulas sukan tersebut yang tampil anggun dan jelita menyarung kebaya berona biru dengan lilitan selendang menutupi sebahagian kepalanya.
Walaupun masih perlu bergantung pada kerusi roda elektrik untuk bergerak, namun aura dan personaliti Datuk Ras Adiba nyata cukup memukau dan masih berkarisma.
Untuk rekod, Ras Adiba pernah terlibat dalam satu kemalangan jalan raya pada 11 November 1995 di mana beliau mengalami kecederaan pada tulang belakangnya. Keadaan beliau bertambah teruk pada tahun 2001 apabila beliau diserang oleh sekumpulan lelaki di luar rumahnya. Pada tahun 2002 beliau tergelincir ketika menaiki tangga lalu tulang belakangnya cedera di tahap Thorasic 10 atau T10.
***
Majalah Nona juga ada di Telegram. Mudah nak akses artikel menarik dan video-video terkini di sini. Jemput sertai sekarang –> https://t.me/majalahnona
***
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Pelakon wanita ‘anak mami’ berdarah utara, Izara Aishah sentiasa membuatkan warga maya kagum dengan kecantikkan semulajadi yang dimilikinya meskipun tidak berdarah kacukkan.
Baru-baru ini Izara sekali lagi memukau netizen dengan kejelitaannya yang tak ubah seperti ‘wanita timur tengah’ apabila tampil dalam busana mewah patuh syariah yang bergemerlapan rekaan pereka fesyen selebriti terkemuka Rizman Ruzaini.
“Ya Allah, dia ni lawa betul ya. Muka macam arab gitu.”
Busana itu digayakan Izara sewaktu dia menghadiri festival fesyen Islam dan berkongsikan momen tersebut menerusi beberapa hantaran foto dan video di laman Instagram miliknya.
Meninjau ke ruangan komen pada hantaran tersebut, rata-rata netizen yang melihat video itu meninggalkan komen positif dengan memuji kecantikan Izara persis orang arab.
Malah tidak kurang juga yang gembira dengan perkembangan terkini Izara yang dilihat begitu menjaga aurat dan semakin dan patuh syariah walaupun masih berfesyen dan bergaya, sekaligus meletakkan Izara pada ‘class’ yang tersendiri.
Terkejut Baca Komen! Ini respon Izara.
Bagaimanapun, diantara komen-komen positif itu, terdapat satu komen dari pengguna media sosial yang menjadi perdebatan netizen sekaligus menarik perhatian serta mendapat respon balas dari Izara sendiri.
“Harap-harap pereka yang ada dekat Malaysia ni rosakkan imej solehah sebenar pada Izara.” Komen pengguna media sosial
“Hah 😳” Balas Izara
Namun, ramai yang berpendapat bahawa individu berkenaan telah tertinggal satu perkataan, sehingga menyebabkan komen yang ditinggalkan berbaur negatif hingga menimbulkan salah faham.
“Banyak kali nak faham kan.. Tertinggal satu perkataan.. “TAK” kot..”
“Rasanya macam tertinggal perkataan ‘tak’ sebelum ayat ‘rosakkan imej solehah’ kan? Ghisau.” Komen warganet
Akhirnya pemilik komen tampil dan bersuara untuk menjernihkan semula kekeliruan itu dan mengakui kekhilafan dirinya yang tertinggal satu perkataan ketika menulis komen berkenaan.
“Haa lah tinggal “tak” patutlah Izara terkejut
Tu lah tinggal “tak” tu patutlah orang salah faham.” Balas pemilik komen itu.
Sekadar info, artikel ini merupakan artikel olahan semula dari HIJABISTA
Buat pertama kalinya Datin Paduka Seri Afzaa Fadini Dato’ Abdul Aziz hadir ke majlis ulang tahun Hari Keputeraan Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj.