Nama Alicia Amin bukanlah asing lagi dalam dunia peragaan Malaysia. Wajahnya seringkali menjadi fokus lensa kamera dalam menggayakan sesebuah rekaan dan menjadikannya lebih mahal dan bernilai. Ternyata, aura yang ada pada dirinya tidak perlu dipertikaikan.

IKLAN

Wajah Tampil Dalam Kempen Jenama Antarabangsa, ALICIA AMIN Dijadikan Sumber InspirasiBaru-baru ini, nama Alicia Amin sekali lagi menjadi bualan ramai apabila wajahnya dipilih untuk menghiasai sebuah jenama popular antarabangsa Calvin Klein. Perkongsian video yang dimuat naik oleh figura ini menarik minat mata masyarakat untuk memberi pujian kepada Alicia Amin.

Wajah Tampil Dalam Kempen Jenama Antarabangsa, ALICIA AMIN Dijadikan Sumber Inspirasi

Hanya menyarungkan rekaan bra sukan rona putih sambil seluarnya dibiarkan zip terbuka untuk menampakkan jenama popular Calvin Klein ini, video yang berkonsepkan hitam putih itu mendapat maklum balas positif dari rakyat Malaysia. Ramai yang mengagumi kejayaan Alicia yang menjadi salah satu wajah yang menghiasi kempen tersebut.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Alicia Amin (@hangriii)

Sebaris dengan nama-nama besar dalam dunia hiburan antarabangsa seperti Park Seo Joon, HoYeon Jung, Jennie Kim, Kendall Jenner, Justin Bieber dan lain-lain lagi, Alicia Amin dilihat berpotensi besar untuk menembusi peluang dalam dunia peragaan antarabangsa.

IKLAN

Wajah Tampil Dalam Kempen Jenama Antarabangsa, ALICIA AMIN Dijadikan Sumber Inspirasi

IKLAN

Jenama Calvin Klein seringkali tampil dengan kempen yang memperkenalkan tema keyakinan diri bersama-sama dengan tanda pagar mycalvinkleins.

Sumber gambar: Instagram Alicia Amin

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI