Bulan Ramadan bulan kemuliaan dan kita sangat disarankan untuk memberi makan kepada orang berbuka puasa. Pahala ganjaran yang dijanjikan memberi makan orang yang berbuka ini sangat besar.
Demi meraih keberkatan Ramadan Datin Jaja bersama suaminya tealh mengamalkan majlis berbuka puasa di rumah setiap hari sejak mereka berkahwin. Dan yang paling kagumnya apabila Datin Jaja yang cantik manis ini tak kekok singsing lengan masak sendiri juadah berbuka puasa.
Bukan sikit-sikit hidangan yang perlu di masak, tetapi dalam portion yang agak besar. Pelakon Rozita Che Wan turut mengakui adiknya ini memang cekap masak di dapur dan juga mampu masak untuk sebuah kenduri. Respek sangat!
Cerita Datin Jaja, “Biasanya tiap-tiap tahun sejak berkahwin suami akan mengadakan majlis berbuka puasa di rumah. Suami akan menjemput rakan sekerja, rakan-rakan, anak-anak tahfiz dan tetamu yang lain untuk berbuka puasa di rumah daripada hari Isnin hingga Jumaat selama sebulan. Selepas berbuka kami akan menunaikan solat maghrib, isyak dan terawih bersama-sama.
Ads
Saya akan masak sendiri setiap juadah berbuka dan rasa seronok apabila melihat orang setiap hari orang dapat berbuka puasa dengan air tangan sendiri. Hanya Sabtu dan Ahad sahaja masa untuk saya berbuka puasa dengan keluarga dan adik-beradik yang lain,” bicara isteri kepada Datuk Haji Muhammad Faizal Haji Zainul ini penuh ceria.
Menyingkap tentang persiapan hari raya Datin Jaja yang mempunyai anak-anak masih kecil, ucapnya, “Walaupun anak-anak masih kecil bagi saya semua tidak menjadi masalah. Biasanya saya sudah menyediakan segala-gala kelengkapan raya sebelum menjelang bulan Ramadan lagi.
Persiapan last minute akan membuat kita sering tersasar daripada keperluan wajib hari raya. Sebelum puasa saya sudah menyediakan 3 pasang baju untuk setiap anak-anak. Lagi pun bulan Ramadan saya sangat sibuk untuk menyediakan juadah berbuka puasa,” tutur Datin Jaja sambil tersenyum.
Ads
Ketika ditanya tentang masalah balik kampung ketika menyambut Syawal bagi pasangan suami isteri, nyata Datin Jaja beruntung kerana berkahwin dengan orang satu negeri. Oleh itu tiada istilah berbalah untuk balik kampung beraya.
Namun wanita yang pandai bergaya ini sudah serik untuk balik kampung dekat-dekat nak raya. “Saya memang sudah serik untuk balik kampung dekat-dekat nak raya kerana pernah terkena melekat di atas jalan raya lebih daripada 10 jam.
Tambah pula anak-anak masih kecil, memang huru-hara jadinya. Setiap tahun kami akan pulang awal ke kampung dan mengambil peluang berbuka bersama-sama mak dan mak mentua,” tutur ibu kepada Nur Fa’iqah Faiza Muhammad Faizal, 9 tahun, Nur Fa’izah Faiza Muhammad Faizal, 7 tahun, Muhammad Fareez Faiza Muhammad Faizal, 5 tahun, Nur Fareeqah Faiza Muhammad Faizal, 4 tahun, Nur Fareeda Faiza Muhammad Faizal 2 tahun, Muhammad Al Fateh Muhammad Faizal ini.
Ads
Datin Rohaiza Che Wan atau mesra di sapa Datin Jaja ini sering ditanya bagaimana menguruskan masa dengan anak kecil seramai 6 orang itu. “Jika ada yang bertanya bagaimana saya menguruskan masa dengan mempunyai anak-anak yang masih kecil, bagi saya tiada sebarang cabaran.
Ini kerana apabila umur mereka rapat rutin harian saya tidak berubah. Sejak melahirkan anak pertama sehingga anak kelima saya sudah terbiasa untuk bangun malam menyusukan anak atau menukar lampin mereka.
Bagi saya cabaran datang apabila kita sudah lama tidak mempunyai anak kecil dan sudah terbiasa tidak bangun malam untuk menyusukan anak tetapi tiba-tiba mempunyai anak baru lahir. Ketika itu rutin harian sudah lari dan pasti menimbulkan masalah,” jelas Datin Jaja sambil membetulkan kedudukan selendangnya.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Sejak bertudung, semakin murah rezeki pengacara jelita Nana Mahazan. Makin ligat mengusahakan rangkaian bisnesnya, Nana Mahazan Beauty dan Selauk Nana di samping aktif dalam bidang pengacaraan.
Ternyata, hikmah di sebalik penghijrahannya itu telah menjadikan Nana kini seorang selebriti yang bermotivasi tinggi.
Nana yang kini berusia 39 tahun merupakan bintang program realiti TV Akademi Fantasia musim pertama (AF1). Sejak bergelar usahawan selebriti, ibu kepada dua cahaya mata ini aktif melakukan Live di Instagram serta Facebook.
Selain itu, penampilan Nana yang sederhana namun stylish sering mendapat perhatian dan pujian ramai.
Walau berfesyen tetapi isteri kepada Raqeem Brian Abdullah ini masih mengikut syariat iaitu berpakaian longgar, berstoking dan tidak berlebihan. Sesedap mata memandang.
Mungkin ia juga menjadi asbab yang telah membuatkan anak sulungnya, Althea yang kini berusia 12 tahun terdetik hati untuk bertudung.
Ibunya makin cantik, anak pun terinspirasi. Lebih-lebih lagi anak perempuan, mestilah hendak kelihatan secantik ibunya, kan?
Sebagai ibu sudah tentulah Nana merasa sangat bersyukur dan gembira dengan perubahan anaknya itu. Apatah lagi, bertudung di usia muda. Satu keputusan yang matang bagi seorang kanak-kanak.
Lebih menarik, pada Ogos lalu Nana mengeluarkan Instant Shawl Sisterhood koleksi sendiri. Nana berkongsi keterujaannya itu menerusi satu hantaran di Instagram.
“Akhirnya Althea berjaya menghasut Mummy keluarkan Instant Shawl Sisterhood ni mengikut kaler yang dia suka.
“Alhamdulillah.. Kita mak mak ni kalau boleh nak support semampu mungkin anak-anak kita and this is how much I love her, and I want her new journey ni sangat indah.
“Alhamdulillah.. Althea temui awal dari Mummy.. Mummy doakan Althea istiqamah. sama-sama kita fokus agar menjadi insan yang lebih baik.”
Sejak itu, Nana dan Althea sering memakai pakaian sedondon yang dipadankan dengan Instant Shawl Sisterhood warna sama. Gaya kasual dan sporty sering menjadi pilihan ibu dan anak ini.
Sekali pandang macam kakak dan adik pula. Nana nampak semakin muda sehingga meraih tumpuan ramai.
Menjengah ke ruangan komen di laman Facebook Nana Mahazan, para pengikutnya memberi kata-kata semangat buat Althea. Tak terkecuali, ada yang memuji kecantikan ibu dan anak ini. Mereka turut mendoakan agar Nana dan Althea terus istiqamah.
NONA mendoakan agar Nana kekal tenang dan bahagia menjalani kehidupannya di samping keluarga tersayang seterusnya menjadi seorang Muslimah sejati di dunia mahupun akhirat. Yakinlah, bila kita sentiasa berusaha untuk berubah ke arah kebaikan, Allah sentiasa menjaga kita dalam rahmatnya.
Kredit Foto: Facebook Nana Mahazan
Majalah Nona juga ada di Telegram. Jom follow sekarang untuk akses lebih banyak artikel dan video-video terkini. Klik link DI SINI
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Datuk Fadilah Baharin merupakan Ketua Pengarah Standards Malaysia. Mesra disapa sebagai Datuk Fadilah, wanita berusia 58 tahun ini seorang yang cukup tegas.
Datuk Fadilah antara saintis terawal negara dan Felo Akademi Sains Malaysia (ASM). Sebagai penghargaan kepada jasa beliau dalam pembangunan standard halal pertama di dunia, Datuk Fadilah menerima Anugerah Maulidur Rasul pada tahun 2016.
“Saya mahu menjadikan halal sebagai satu gaya hidup sekaligus dapat membantu ummah. Inilah dakwah saya dalam bekerja. Saya hendak menekankan kepentingan halal bukan saja dari segi makanan bahkan seluruh kehidupan seperti cara berpakaian, bekeluarga dan sebagainya.
Alhamdulillah saya berjaya melaksanakan standard halal yang pertama di seluruh dunia. Ia juga telah dirujuk dan diguna pakai oleh JAKIM dalam persijilan halal.”
TIP MENJADI WANITA SUKSES
“Jadilah isteri yang menghormati suami. Restu dan sokongan suami amat penting untuk menjadi wanita sukses. Kalau boleh libatkan suami dalam apa jua yang kita buat. Ingat, siapa pun kita hari ini bukan daripada usaha sendiri sebaliknya daripada mereka yang banyak membantu dan menyokong kita selama ini.
Saya bersyukur selama ini arwah suami banyak memberikan sokongan kepada saya untuk menjadi seorang ketua dan insan yang lebih baik. Kata-katanya banyak memberikan saya semangat sekaligus menjadi turning point untuk saya berubah menjadi siapa saya pada hari ini. Saya berasa amat bersyukur.
Sokongan anak-anak juga penting. Saya sering meletakkan diri sebagai sahabat kepada anak-anak dengan sentiasa menasihati, menegur dan berkongsi pendapat bersama mereka. Sebagai ibu tunggal sayalah ibu, sayalah bapa.
Saya sentiasa mendoakan kebahagiaan anak-anak dan berusaha memberikan bekalan ilmu dunia akhirat secukupnya. Saya juga sentiasa menjaga emosi agar tidak terlalu mengikut perasaan.
Seterusnya manfaatkan kekuatan diri bagi meningkatkan taraf hidup sebaik mungkin. Bukan hanya untuk diri sendiri tetapi juga buat keluarga. Yakinlah dengan kemampuan diri sendiri bahawa kita boleh buat. Sentiasa berbangga dengan apa yang kita lakukan. Abaikan kata-kata negatif.”
Selepas pulih daripada kanser payudara beberapa tahun lalu, Datuk Fadilah mula menjaga pemakanan dan kesihatannya seperti mengamalkan air kosong, buah-buahan, sayuran dan suplemen setiap hari. Beliau juga sentiasa melalui hari-hari baru dengan perasaan yang positif.
Kredit Foto: Instagram Datuk Fadilah Baharin
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Scarlet Johansson dan suami, Colin Jost berkahwin pada tahun 2020. Kehidupan dalam perkahwinan pasangan selebriti Hollywood terkenal ini dipenuhi dengan gelak tawa dan kegembiraan.
Kredit Foto: Instagram Colin Jost Fan Page.
Dalam temu bual dengan CBS Mornings pada 12 Jun 2023 lalu, Scarlett yang kini berusia 38 tahun mendedahkan apa yang mereka lakukan untuk mengekalkan kebahagiaan dalam rumahtangga.
“Kami banyak ketawa dan berkomunikasi antara satu sama lain,” kongsi Scarlett mengenai suaminya yang merupakan bintang Saturday Night Live. Pasangan ini bergelar suami isteri sejak tiga tahun.
Kredit Foto: Instagram Colin Jost Fan Page.
Tambah Scarlett, suaminya cenderung menjadi lebih “introvert” dan dia memastikan untuk berhubung dengannya.
“Saya berkahwin dengan seorang pelakon, pelawak dan penulis komedi. Dia kadang-kadang agak introvert. Saya pula seorang ekstrovert.
“Jadi, saya fikir kunci untuk kita sentiasa berkomunikasi dan bertanya setiap hari, ‘Bagaimana hari anda?’”
Kredit Foto: Instagram Colin Jost Fan Page.
Semasa temu bual, bintang Black Widow itu anggun dalam gaun putih yang elegan. Scarlett melengkapkan penampilanya itu dengan sepasang kasut tumit tinggi.
Ibu dua anak ini turut berkongsi rutin penjagaan kulitnya. Scarlett pernah mengalami kulit berjerawat sepanjang usia 20-an.
“Saya mula menggunakan produk yang sangat lembut sekaligus mengembalikan kelembapan kulit wajah. Ketika itulah kulit saya mulai pulih dengan sendirinya,” kongsi Scarlett.
Kredit Foto: Instagram Colin Jost Fan Page.
Pada Mei lalu, Scarlett dan suami beraksi di karpet merah di Festival Filem Cannes. Memandangkan suaminya sering berada di bandar New York atas urusan kerja, momen seumpama itu jarang berlaku.
Pun begitu, mereka kekal bahagia dengan cara tersendiri.
Kredit Foto: Instagram Colin Jost Fan Page.
Majalah Nona juga ada di Telegram. Mudah nak akses artikel menarik dan video-video terkini di sini. Jemput sertai sekarang –> https://t.me/majalahnona
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Masjid Habib di Pulau Pinang menampilkan seni bina Jawi Peranakan, kubah berinspirasikan intan, serta kemudahan mesra komuniti — sebuah wakaf bernilai RM30 juta yang menjadi simbol cinta dan syukur.