NAJWA MAHIADDIN

Bersandarkan status dan pangkat bapanya sebagai ahli politik terkenal, Najwa Mahiaddin boleh mengambil ‘jalan singkat’ untuk dikenali dan berjaya dengan mudah. Namun anak seni berusia 35 tahun ini memilih untuk bermula dari bawah dan jauh daripada ‘spotlight’ populariti bapa tersayang. Apatah lagi, kini bapanya merupakan Perdana Menteri ke-8, Tan Sri Muhyiddin Yasssin.

Ads

Sepanjang bergelar pemuzik, Najwa dilihat tidak gemar mencampuri urusan politik bapanya. Malah, ketika Tan Sri Muhyiddin masih memegang jawatan Timbalan Perdana Menteri (TPM) dia selesa status diri sebagai anak TPM tidak diketahui umum. Mungkin kerana enggan hal tersebut lebih menarik perhatian masyarakat berbanding bakatnya dalam karier muzik.

Nama Najwa mula meniti di bibir peminat sejak dendangan lagu duetnya bersama Malique iaitu Senyum berkumandang di corong stesen radio tanah air sekitar tahun 2010. Dari situ, Njwa semakin aktif mengubah lagu dan menyertai pertandingan nyanyian. Antara lagu popular Njwa termasuk Got to Go, Sweet October dan Sama Saja.

Walau Anak PM, NAJWA MAHIADDIN Selesa Jadi Pemuzik & Elak Dunia Politik! Walau Anak PM, NAJWA MAHIADDIN Selesa Jadi Pemuzik & Elak Dunia Politik! Walau Anak PM, NAJWA MAHIADDIN Selesa Jadi Pemuzik & Elak Dunia Politik! Walau Anak PM, NAJWA MAHIADDIN Selesa Jadi Pemuzik & Elak Dunia Politik!

Walau Anak PM, NAJWA MAHIADDIN Selesa Jadi Pemuzik & Elak Dunia Politik!

Pada Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) tahun lalu, nama Najwa disebut-sebut ramai kerana menyangka dia yang mencetuskan lagu remix ‘Ke Sana Ke Sini’ yang liriknya diambil daripada bait-bait ucapan Perdana Menteri. Mengakui turut terpikat dengan melodi lagu itu, Najwa bagaimana pun tampil menafikan perkara tersebut. Sebaliknya memperkenalkan akaun Instagram pencipta sebenar lagu itu ialah Bassagents_my.

Pada 15 Januari lepas, Najwa baru sahaja melancarkan lagu terkini hasil kerjasama dengan pemuzik Cee dan Gangsapura berjudul ‘Togok’. Memang terserlah keunikan suara Najwa dengan lagu berunsurkan muzik klasik gamelan berkenaan.

Walau Anak PM, NAJWA MAHIADDIN Selesa Jadi Pemuzik & Elak Dunia Politik! Walau Anak PM, NAJWA MAHIADDIN Selesa Jadi Pemuzik & Elak Dunia Politik! Walau Anak PM, NAJWA MAHIADDIN Selesa Jadi Pemuzik & Elak Dunia Politik! Walau Anak PM, NAJWA MAHIADDIN Selesa Jadi Pemuzik & Elak Dunia Politik!

 

View this post on Instagram

 

A post shared by NJWA (@njwamusic)

Ads

Tidak pernah selektif dalam membuat persembahan, Najwa dikhabarkan tetap menerima mana-mana pelawaan nyanyian tidak kira berskala kecil mahupun besar. Semuanya kerana rasa cintanya terhadap seni muzik. Lebih membanggakan, dia juga pernah menggondol anugerah Lagu Inggeris Tempatan Terbaik di Anugerah Industri Muzik ke-18.

Mengintai latar belakang penyanyi bersuara unik ini, Najwa merupakan anak ketiga daripada empat beradik kepada Tan Sri Muhyiddin Yassin dan isteri, Puan Sri Noorainee Abdul Rahman. Sebelum ini Najwa pernah mendedahkan bahawa dia tidak datang dari keluarga yang berlatar belakangkan muzik tetapi minat terhadap dunia seni hadir ketika dia mengikuti kelas piano dan muzik sejak kecil.

Walau Anak PM, NAJWA MAHIADDIN Selesa Jadi Pemuzik & Elak Dunia Politik! Walau Anak PM, NAJWA MAHIADDIN Selesa Jadi Pemuzik & Elak Dunia Politik! Walau Anak PM, NAJWA MAHIADDIN Selesa Jadi Pemuzik & Elak Dunia Politik! Walau Anak PM, NAJWA MAHIADDIN Selesa Jadi Pemuzik & Elak Dunia Politik!

Ads

Najwa mempunyai hubungan baik dengan sesama rakan artis dan salah seorang daripadanya ialah penyanyi bertaraf antarabangsa, Yuna. Kedua-dua mereka pernah berpadu suara dalam sebuah konsert.

Meniti tanggal 26 Mac ini genap enam tahun Najwa bergelar isteri kepada Idris Koh yang merupakan salah seorang ahli muzik yang sering mengiringi Njwa dalam setiap persembahannya.

 

 

Kredit foto: Instagram Njwa Mahiaddin

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI