Dalam tiga orang adik-beradik, Mira Filzah atau nama sebenarnya Nur Amirah Filzah Badieozaman ialah anak yang paling rapat dengan ibu dan ayah tersayang. Membahasakan ibunya dengan panggilan ‘Mak’, Mira satu-satunya anak yang enggan memasuki sekolah asrama seperti kakak dan adiknya.
“Boleh kata Mira paling rapat berbanding tiga adik-beradik lain. Macam kakak dan adik Mira, selepas darjah 6 mereka dah masuk boarding school. Mira ni jenis tak nak masuk boarding school... nak duduk dekat rumah je. So Mira the only one yang paling lama dan bersama dengan mak dan abah di rumah.
Hampir setiap masa ada dekat rumah dan hampir setiap masa jugalah muka ni yang mereka hadap. Kalau mereka nak bebel ke marah ke, muka inilah juga sebab adik-beradik lain tak ada dan jauh.”
Adik beradik Mira FilzahDi majlis khatam Al-Quran Mira dan adiknya baru-baru ini
Ads
Ditanya sejauh mana hubungan Mira bersama ibu tersayang, aktres yang makin dikenali ramai ini mengakui dia cukup akrab dengan keluarga. Terutamanya mak! “Mira dan mak very direct. Kalau rasa nak tanya apa pun Mira akan tanya sebab Mak very open… very transparent. Tak ada benda yang Mira tak tahu dan tak ada benda yang mak tak tahu pasal Mira. Even mak pun ada bercerita tentang dirinya waktu muda-muda.”
Tambahnya lagi, meskipun pada awal pembabitan Mira dalam industri seni kurang disenangi keluarga namun melihat minat dan kesungguhan duta Ariani ini untuk melakar kejayaan membanggakan, mereka akhirnya merestui perjalanan Mira Filzah. “Pada awalnya memang agak ini tak boleh… itu tak boleh. Tapi as time goes by, dia mula memahami. Iyalah, benda-benda biasa yang kita tak boleh nak elak bila dah bergelar anak seni. Tapi satu je dia pesan dan ingat sampai sekarang iaitu jangan sampai lalai ataupun lupa diri.”
Tatkala menyentuh soal kahwin, jelitawan berusia 26 tahun ini tersenyum dan membuka bicara. “Ada satu cerita. Adik Mira, mak bagi lepas kahwin dulu (sebelum Mira). Dia cakap, ‘Angah last lah… bagi Aina (adik) lepas dulu. Angah last ok, angah kerja dulu.’ Itu pesanan dia. Kadang-kadang Mira rasa macam, “Hmmm… tak nak lepas lagi lah tu.”
Ads
Mana tidaknya, Mira kan anak paling rapat. Mungkin ibunya masih rasa ‘berat’ hendak melepaskan anak untuk berkahwin. InshaAllah, bila sudah tiba masa pasti ibu Mira sendiri yang mahu urusan perkahwinan Mira disegerakan. Bila ditanya sanggupkah dia menjaga ibu selepas mendirikan rumah tangga kelak, Mira lantas mengangguk kepala tanda dia sanggup buat apa saja demi insan yang melahirkan.
“Walaupun syurga di bawah tapak kaki suami lepas kahwin, tapi ibu tetap kita kena jaga… kena sayang. Ibu kita sendiri, itu masih tanggungjawab kita. Kita sebagai anak perempuan lagilah kita patut rasa lebih dekat dengan ibu.”
Ads
Kagum dengan kasih sayang Mira terhadap keluarga lebih-lebih lagi ibu tersayang. Walau kerjaya seni kini berada di puncak, dia tetap berpegang teguh dengan nasihat kedua orang tuanya dan kekal merendah diri. Semoga kejayaan Mira menjadi penyuntik semangat kepada wanita di luar sana dan terus mempamer imej yang baik kepada masyarakat.
Kredit foto: Instagram Mira Filzah
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Sememangnya ibu mengandung merupakan salah satu golongan yang berisiko jika dijangkiti virus COVID-19. Banyak kes yang melibatkan ibu mengandung termasuk selebriti Siti Sarah Raisuddin yang telah meninggal dunia akibat COVID-19.
Pelatih Pakar Bedah, Dr Amalina Che Bakri menasihati agar ibu mengandung segera mendapatkan vaksin untuk menlindungi diri dan anak dalam kandungan.
Foto: Instagram @dramalinabakri
Menerusi hantarannya di media sosial, “Kepada ibu mengandung, saya mengalakkan anda untuk dapatkan COVID vaksin secepat mungkin. Kajian menunjukkan, mereka yang mendapat jangkitan COVID semasa mengandung mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk mendapat jangkitan teruk (severe illness) & increased hospital admission berbanding dengan mereka yang tidak mengandung dan risiko lebih tinggi untuk ‘preterm birth & stillbirth’ (Gurol-Urganci et al 2021).
Kajian (7530 vaccinated vs 7530 matched unvaccinated women) menunjukkan ibu mengandung yang mendapat vaksin mendapat perlindungan dan risiko lebih rendah untuk mendapat jangkitan berbanding mereka yang tidak vaksin (Goldshtein et al 2021).
Setakat ini ~ 130 000 ibu mengandung di US dan ~50 000 di UK sudah mendapat vaksin tanpa ada isu keselamatan terhadap ibu dan bayi (RCOG 2021). Data menunjukkan vaksin adalah selamat untuk ibu mengandung dan kandungan (Male et al 2021).
Data dari UK menunjukkan ibu mengandung yang mendapat 2 dos lengkap tidak dimasukkan ke hospital kerana COVID kerana mereka sudah mendapat perlindungan dan mereka yang mendapat jangkitan teruk adalah mereka yang tidak divaksin atau belum mendapat dos kedua (RCOG guideline 2021).
Vaksin tidak menyebabkan masalah kesuburan (infertility) (Moris 2021). Vaksin juga tidak meningkatkan risiko keguguran (miscarriage) (Shimabukuro et al 2021).
RCOG guideline mengatakan vaksin boleh diberi kepada ibu mengandung tidak kira di mana stage pregnancy (with informed consent) dan pakar mengatakan wanita mengandung perlu melengkapkan 2 dos sebelum melahirkan atau sebelum masuk third trimester kerana ini adalah peringkat yang paling genting dimana risiko paling tinggi adalah semasa third trimester.
Foto: Instagram @dramalinabakri
Ibu mengandung tidak kira gestation age digalakkan untuk mendapat vaksin kerana risiko yang tinggi kepada mereka. (RCOG guideline 2021). Untuk di Malaysia, anda boleh berbincang dengan Pakar Obstetrik & Ginekologi (O&G) anda, discuss the benefits and risks, sekiranya anda mahu vaksinasi, boleh dapatkan surat daripada Pakar O&G untuk diberikan kepada pusat vaksin sekiranya anda bukan berada dalam gestation age 14-33 weeks,” tulisnya panjang lebar.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Sambutan tahun baharu pelakon popular Indonesia, Acha Septriasa, 33, nampaknya disulami berita sedih apabila dia memaklumkan bahawa dirinya mengalami keguguran anak keduanya baru-baru ini.
Difahamkan aktress Indonesia ini sedang melalui trimester pertama kehamilannya.
The unpredictable news and might be a very unwanted one was ; ‘we’ve Lost the pregnancy’ on the first trimester
we felt deeply saddened , there was a big moment of reflection until right now , however we’ve came back stronger than ever as Family of 3
“It doesnt matter how long you are spending on the earth , how much money you have gathered, or how much attention you have received, it’s the amount of Positive vibration you have Radiated in Life that matters” Amit Ray
My inner strength is knowing when i should take a Break , and relax , don’t forget to live Life.. because the good times of today , are the sad thought of Tomorrow :,)
Perkongsian itu mengejutkan banyak pihak, tatkala ramai selebriti berkongsikan berita gembira dan impian mereka sempena kedatangan tahun baharu, lapor Suara.com.
“Berita yang tidak disangka dan paling tidak dingini adalah kami kehilangan kandungan pada trimester pertama.
“Kami sangat sedih terhadap ketentuan ini dan berjanji akan kembali lebih kuat bersama tiga ahli keluarga,” tulisnya dalam satu hantaran di Instagram.
Sebagai penutup hantaran yang dimuat naik itu, Acha yang pernah membintangi filem Heart, mengharapkan semua supaya menikmati kehidupan di tahun baharu.
“Kekuatan batin saya adalah mengetahui bila waktu perlu berehat dan bersantai. Jangan lupa untuk menjalani kehidupan semula.
“Detik-detik gembira hari ini adalah perkara sedih yang akan difikirkan esok. Terima kasih 2022,” katanya.
Acha mendirikan rumah tangga dengan Vicky Kharisma pada 11 Disember 2016 di Jakarta. Meniti usia 32 tahun, Acha atau nama sebenarnya Jelita Septriasa kini menetap di Australia memandangkan suami tercinta berkhidmat sebagai jurutera di sebuah syarikat teknologi di sana.
Pasangan ini mempunyai seorang anak perempuan bernama Bridgia Kalina Kharisma atau Brie. Acha dan Vicky bertemu ketika sama-sama menuntut di Universiti Lim Kok Wing, Cyberjaya., Malaysia.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Jika sebelum ini, NONA ada melaporkan kisah tentang lelaki yang tertakhta di hati pelakon kebanggaan kita, Tan Sri Michelle Yeoh di mana selama 19 tahun mereka bertunang dan menyulam cinta, dan akhirnya pelakon kelahiran Ipoh tersebut dikhabarkan sudah berkahwin dengan lelaki tersebut.
Hampir dua dekad menjalinkan hubungan cinta, Tan Sri Michelle Yeoh akhirnya sah bergelar isteri kepada bekas ketua pegawai eksekutif Ferrari iaitu Jean Todt. Pasangan ini disatukan sebagai suami isteri dalam satu majlis yang diadakakan secara tertutup di Geneva, Switzerland pada Khamis.
Walaupun masih belum dikongsikan perincian di laman media sosial pelakon yang baru saja memenangi anugerah Oscar tersebut, namun berita gembira itu dikongsi oleh salah seorang tetamu yang hadir iaitu pelumba Formula 1, Felipe Massa yang menyampaikan ucapan tahniah buat pasangan mempelai.
Michelle, 60, mula berkenalan dengan Jean pada Jun 2004 di Shanghai, China. Michelle Yeoh dan Jean Todt pertama kali bertemu di sebuah kejohanan di Shanghai pada tahun 2004.
Jatuh cinta pada pandang pertama, mereka mula menjalinkan hubungan dan bertunang pada tahun 2005. Michelle berkata dia memuja “rasa jenaka yang tersembunyi” dan warna biru matanya.
Jean yang lahir di Perancis pada tahun 1946 merupakan seorang eksekutif perlumbaan motor Perancis dan mengasaskan syarikat All Roads Management pada 2023 dan sangat aktif dalam dunia sukan permotoran. Jean juga mempunyai seorang anak hasil perkahwinannya yang terdahulu.
Dek terlalu lama bercinta, kisah perhubungan mereka sering menjadi perhatian dan ramai yang menantikan hari perkahwinan pasangan ini. Apa apa pun NONA mendoakan semoga perkahwinan Tan Sri Michelle dan suami berkekalan hingga ke anak cucu.
***
Majalah Nona juga ada di Telegram. Mudah nak akses artikel menarik dan video-video terkini di sini. Jemput sertai sekarang –> https://t.me/majalahnona
***
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Buat pertama kalinya Datin Paduka Seri Afzaa Fadini Dato’ Abdul Aziz hadir ke majlis ulang tahun Hari Keputeraan Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj.