Beg tangan tentunya memerlukan penjagaan yang betul dan tepat terutamanya yang diperbuat dari kulit. Ia penting agar keadaan beg sentiasa tampak cantik dan tahan lebih lama.

IKLAN

Mungkin ia kelihatan remeh namun penjagaan beg kulit perlu mengikut cara betul bagi memastikan ia berada dalam keadaan baik. Jom Nona kongsikan cara betul dan tepat untuk menjaga beg kulit!

(a) ELAKKAN DARIPADA TERKENA AIR

Apabila terkena air, cendawan atau kulat akan muncul pada permukaan kulit dan akan meninggalkan kesan pada beg. Ia boleh membuatkan beg anda kelihatan kusam dan nampak lama.

(b) GUNA LOSEN KHAS

Sekiranya terkena air, guna losen khusus untuk barangan kulit yang mudah diperoleh di mana-mana pasar raya. Sapukan losen pada beg kulit dan kemudian lap. Selepas 15 minit, beg kulit perlu dibungkus di dalam plastik atau kain khas sebelum disimpan.

(c) ELAKKAN DARIPADA TERKENA DAKWAT PEN

IKLAN

Dakwat pen mata bola adalah bahan mudah menyerap dan akan meninggalkan kesan untuk jangka masa yang lama. Jika ia terkena pada beg kulit, ia agak sukar ditanggalkan dan memerlukan cara khusus untuk menanggalkannya.

(d) JAUHI PANCARAN MATAHARI

IKLAN

Ia boleh memudarkan warna asal beg kulit anda. Jauhi beg kulit anda daripada terkena pancaran matahari dengan lama atau secara menerus

(e) GUNA SARUNG KHAS BEG PLASTIK ANTIKULAT

Cendawan dan bakteria yang merosakkan aksesori kulit boleh muncul dari tempat penyimpanan yang tidak berliang, misalnya yang diperbuat daripada plastik.

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI