Bertuahnya wanita bernama Gauri Khan. Mana tidaknya, bukan saja mempunyai suami yang setia, penyayang, kacak, terkenal dan tiga orang anak yang cantik serta comel. Bahkan ibu glamor ini juga seorang usahawan yang memiliki empayar niaganya sendiri dalam bidang hiasan dalaman. Hebat!

Nama Shah Rukh Khan bukan lagi asing dalam kalangan rakyat negara ini dan boleh dikatakan terkenal di seluruh dunia. Kehebatan lelaki berwajah manis ini beraksi di pentas lakonan nyata berjaya mencipta aura tersendiri dan beri kesan mendalam kepada para penonton.

IKLAN

Tapi di sebalik bakat besar dan kesenangan yang dimiliki aktor tersebut, ada seorang wanita yang teguh berdiri di belakangnya dan setia memberi sepenuh sokongan terhadap suami tercinta iaitu Gauri Khan.

Hampir 30 Tahun Bergelar Isteri Shah Rukh Khan, GAURI Tetap Mahu Dikenali Kerana Dirinya Sendiri! Hampir 30 Tahun Bergelar Isteri Shah Rukh Khan, GAURI Tetap Mahu Dikenali Kerana Dirinya Sendiri! Hampir 30 Tahun Bergelar Isteri Shah Rukh Khan, GAURI Tetap Mahu Dikenali Kerana Dirinya Sendiri!

Meskipun sering menerima tempias populariti suami… namun Gauri enggan terlalu bergantung kepada kejayaan Shah Rukh Khan semata-mata. Sebaliknya, wanita berusia 48 tahun ini tetap mahu berdikari dan menjana pendapatan hasil usaha dirinya sendiri.

Dilahirkan pada 8 Oktober 1970 di New Delhi, India… Gauri atau nama sebenarnya Gauri Chibber dikatakan mula mengenali Shah Rukh Khan pada tahun 1984.

Perhubungan mereka pada mulanya mendapat tentangan daripada keluarga masing-masing namun pasangan romantis ini nekad melangsungkan perkahwinan pada 25 Oktober 1991, selepas tujuh tahun mengenali hati budi. Waktu itu, Shah Rukh Khan baru ‘bertatih’ dalam industri perfileman India.

Hampir 30 Tahun Bergelar Isteri Shah Rukh Khan, GAURI Tetap Mahu Dikenali Kerana Dirinya Sendiri! Hampir 30 Tahun Bergelar Isteri Shah Rukh Khan, GAURI Tetap Mahu Dikenali Kerana Dirinya Sendiri! Hampir 30 Tahun Bergelar Isteri Shah Rukh Khan, GAURI Tetap Mahu Dikenali Kerana Dirinya Sendiri!

Kini, hasil perkahwinan selama hampir tiga dekad… mereka dikurniakan tiga anak iaitu Aryan Khan (22 tahun), Suhana Khan (20 tahun) dan AbRam Khan (7 tahun). Paling menarik perhatian, biarpun sudah berstatus isteri dan ibu tapi Gauri masih cantik bergaya. Malah pereka fesyen popular India, Satya Paul turut memuji cita rasa fesyen suri hati Shah Rukh Khan ini.

Tidak sekadar memiliki rupa paras cantik, Gauri sebenarnya graduan Lady Shri Ram College dan pernah mengikuti kursus pendek seni reka fesyen selama enam bulan di Delhi. Kursus fesyen tersebut barangkali diambil memandangkan bapa Gauri adalah pengusaha pakaian.

Hampir 30 Tahun Bergelar Isteri Shah Rukh Khan, GAURI Tetap Mahu Dikenali Kerana Dirinya Sendiri!
Bersama Nita Ambani, isteri lelaki terkaya Asia

Hampir 30 Tahun Bergelar Isteri Shah Rukh Khan, GAURI Tetap Mahu Dikenali Kerana Dirinya Sendiri! Hampir 30 Tahun Bergelar Isteri Shah Rukh Khan, GAURI Tetap Mahu Dikenali Kerana Dirinya Sendiri!

Gauri juga bukan calang-calang wanita kerana dia juga bertindak selaku penerbit filem dan membina syarikat produksi, Red Chilies Entertainment bersama suami tercinta.

IKLAN

Terbiasa dengan rutin harian yang sibuk, Gauri turut meluaskan empayar dengan mengusahakan Gauri Khan Designs… sebuah syarikat hiasan dalaman yang menawarkan perkhidmatan rundingan untuk rekaan ruang bangunan mewah, kediaman, pejabat, restoran termasuk hotel dengan penataan dekorasi serba glamor serta klasik.

Antara personaliti yang pernah menjadi kliennya ialah isteri lelaki terkaya Asia, Nita Ambani, Aishwarya Rai, Kajol, dan beberapa selebriti Bollywood lain. Pandai Gauri mengurus dan membahagikan masa untuk keluarga juga kerjaya. Selain dapat penuhi impian sendiri, penglibatan Gauri dalam perniagaan turut membantu menambah pendapatan keluarga.

 

IKLAN

 

Kredit foto: Instagram Gauri Khan

 

 

 

 

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI