Wanita dan fesyen memang sukar dipisahkan. Pelbagai fesyen boleh didapati dan boleh dijadikan inspirasi untuk bergaya. Namun Fesyen tidak hanya menghadkan fokus terhadap trend dan jenama semata-mata. Sense of style juga perlu selari agar dapat memberikan impak yang terbaik. Mahu kelihatan relevan sepanjang masa? Jom Nona kongsikan 8 tip mudah untuk elak daripada menjadi mangsa fesyen. Ingat frasa ini, jangan jadi mangsa fesyen!

IKLAN

Wanita, Elak Jadi Mangsa Fesyen!8 Tips Ini Boleh Dijadikan Panduan Bergaya.
1. KUASAI BUSANA BASICS
Busana basic seperti celana denim dan kemeja putih kosong adalah must-haves untuk setiap wanita. Mereka mungkin ringkas tetapi mereka tetap boleh glammed up. Pilih satu statement piece seperti rantai leher, tas tangan besar atau sepatu tumit spiky. Pastinya anda akan tampak lebih elegan.

Wanita, Elak Jadi Mangsa Fesyen!8 Tips Ini Boleh Dijadikan Panduan Bergaya.2. BIJAK MEMILIH FABRIK
Jangan sesekali menjadikan stail atau rupa sebuah busana sebagai satu faktor utama anda memilih busana tersebut. Pilihan fabrik yang tepat dan sesuai dengan bentuk tubuh adalah perkara yang wajib anda tahu. Pemilihan fabrik yang salah akan menjadikan tubuh anda kelihatan pelik dan janggal. Untuk tampak lebih baik, pilihlah busana dari fabrik cotton, wool gabardine, wool microfiber blends, wool crepe atau silk dan cotton blends.

Wanita, Elak Jadi Mangsa Fesyen!8 Tips Ini Boleh Dijadikan Panduan Bergaya.

3. JANGAN OVER
Aksesori seperti rantai dempak dan blings tampak sangat tepat untuk dipakai. Tetapi jika anda mahu tampak lebih sofistikated, anda harus sentiasa beringat ketika memilih. Ingat, hiasan terlalu banyak akan mengurangkan versatiliti busana yang anda pakai. Apabila fokus kepada blings yang menyakitkan pandangan akan memperlihatkan akan tampak terlalu sarat.

Wanita, Elak Jadi Mangsa Fesyen!8 Tips Ini Boleh Dijadikan Panduan Bergaya.
4. ALL ABOUT PROPORTION
Busana anda mungkin kelihatan muat dan terletak pada badan anda tetapi mainan proportion adalah tip fesyen yang harus anda tahu! Rule yang perlu dipatuhi: Sebagai contoh, jika anda memakai kardigan labuh, sebaiknya top anda di dalamnya haruslah lebih pendek. Jika memakai jaket jenis cropped, sebaiknya labuhkan sedikit top anda.

Wanita, Elak Jadi Mangsa Fesyen!8 Tips Ini Boleh Dijadikan Panduan Bergaya.

IKLAN

5. PILIH CORAK YANG GELAP
Pakaian yang mempunyai motif semestinya seronok untuk digayakan namun, pilihan stail dan corak yang salah hanya akan menyemakkan keseluruhan penampilan anda. Sebaiknya, pilih pakaian yang memiliki latar belakang yang gelap atau corak yang bertona. Ini membolehkan anda yang memiliki bentuk tubuh petite atau plus size tetap boleh menggayakan busana bercorak.

Wanita, Elak Jadi Mangsa Fesyen!8 Tips Ini Boleh Dijadikan Panduan Bergaya.

IKLAN

6. KETEPIKAN KESESUAIAN
Tidak semua fesyen terbaru yang sedang menjadi trend sesuai dengan anda. Pastikan potongan, rekaan dan warna barangan yang mahu dibeli sesuai untuk anda. Selain itu, saiz juga penting. jangan ikutkan hati untuk membeli walaupun saiznya terlalu besar atau kecil buat anda. Ia hanya membuatkan anda nampak seperti badut. Bergaya juga perlu seiring dengan personaliti dan gaya hidup. Berpakaian ikut kesesuaian umur juga penting.

Wanita, Elak Jadi Mangsa Fesyen!8 Tips Ini Boleh Dijadikan Panduan Bergaya.
7. TUDUNG BERMOTIF
Bagi mereka yang memakai tudung dan lebih gemar memakai jenis bermotif, elakkan daripada menambah corak cetakan yang sama pada blaus, celana mahupun sepatu. Tidak perlu menggunakan satu corak yang sama dari hujung rambut hingga ke kaki. Selain itu, cuba pilih warna yang lebih neutral seperti nude, hitam dan putih pada pakaian anda apabila menggayakan hijab yang bercetak dan bercorak sarat.

8. SUAI PADAN
Tidak salah jika anda ingin suai padan pakaian anda tetapi biarlah hasilnya sedap mata memandang. Jangan pula anda memakai skirt bersama legging, Turtle neck dengan seluar pendek atau apa sahaja yang menampakkan anda mangsa fesyen. Jangan kerana hendak berfesyen anda diketawakan. Sebelum menyuai padan sesuatu pakaian, sebaiknya lihat dahulu kesesuaiannya dari segi potongan, warna dan majlis yang ingin anda hadiri.

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI