
Miss Grand Malaysia 2025, Viviana Lin Winston bakal mewakili negara ke pentas Miss Grand International 2025 di Bangkok.

Beliau dijadualkan berlepas pada 27 September ini, manakala pertandingan berlangsung pada 29 September hingga 18 Oktober.
Wanita Iban Pertama
Jelitawan berusia 25 tahun ini mencipta sejarah sebagai wanita Iban pertama yang berjaya meraih gelaran peringkat antarabangsa.
Di Bangkok, Viviana bakal berentap dengan 79 peserta lain dari seluruh dunia.

BACA JUGA: Wanita Iban Pertama Raih Gelaran ‘Miss Grand Malaysia 2025’ Viviana Lin Winston Cipta Sejarah
Top 10 Pre-Arrival Favorites

Menariknya, Viviana kini turut tersenarai dalam kelompok Top 10 Pre-Arrival Favorites hasil undian peminat melalui Facebook dan Instagram Miss Grand International.

Undian ini menjadi petunjuk awal sokongan global menjelang acara kemuncak.
Orang ramai diseru untuk terus memberikan sokongan kepada Viviana melalui platform media sosial rasmi pertandingan, sekali gus mengangkat nama Malaysia di pentas dunia.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Dari Kanak-Kanak Comel, Kini ‘ANJALI’ Kuch Kuch Hota Hai Tampil Matang & Cantik!

Kuch Kuch Hota Hai antara filem blockbuster Bollywood yang cukup dekat di hati para penonton Malaysia. Tidak keterlaluan kalau dikatakan sampai sekarang pun masih ramai yang mengingati plot cerita dan skrip filem tersebut.
Diterbitkan sekitar tahun 1998, filem yang menampilkan pelakon berbakat India seperti Shah Rukh Khan, Kajol dan Rani Mukherjee ini turut berjaya melonjakkan nama barisan pelakon lain.
Salah seorang daripadanya ialah pelakon cilik waktu itu yang melakonkan watak sebagai Anjali atau anak kepada Shah Rukh Khan yang merupakan pemilik nama Sana Saeed!

23 tahun telah berlalu, pasti ramai peminat filem lagenda ini tertanya-tanya wajah terkini pelakon cilik tersebut. Daripada figura kanak-kanak comel yang begitu menghiburkan, kini ‘Anjali’ berubah menjadi wanita matang dan seksi.
Dilahirkan pada 22 September 1988, Sana tidak hanya aktif dalam dunia lakonan bahkan turut terlibat dalam bidang pengacaraan dan peragaan.
Difahamkan Sana mempunyai kelulusan Ijazah Sarjana Muda dalam jurusan perdagangan dan menetap di Mumbai, India. Kerjaya seni Sana bermula ketika dia baru berusia 8 tahun dalam filem Kuch Kuch Hota Hai sebelum dia kemudian membintangi filem komedi romantik School of the Year yang memainkan watak dewasa pada tahun 2012.

Selain filem Kuch Kuch Hota Hai, Sana turut pernah berlakon dalam filem Badal dan Har Dil Jo Pyar Karega.
Pada tahun 2013, wanita yang berusia 33 tahun ini mengacarakan MTV Splitsvilla Sexy Sana show. Dari awal pembabitan Sana dalam dunia lakonan, dia tidak pernah mendapat restu daripada bapa tersayang. Namun, ibunya sentiasa di sisi dan menyokong kerjaya seni Sana.
Memetik kenyataan Sana dalam Times of India, “Ibu saya adalah orang pertama yang membawa saya ke dunia lakonan dan dia juga sentiasa ada bersama saya. Bapa pula tidak pernah menyokong keputusan saya untuk menjadi seorang pelakon.”


Bersandarkan bakat dan kecantikan yang dimiliki, Sana turut pernah menerima tawaran dan menandatangani kontrak sebagai model peragaan dengan Benchmark Models.
Menerusi perkongsian Sana di Instagram miliknya, aktres Bollywood ini difahamkan telah berada di Los Angeles.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Tak Perlu Belanja Banyak Untuk Beli MAKEUP REMOVER, Bahan Alami Pun Berkesan. Murah Pula Tu!

Kebanyakkan wanita memang suka bersolek tapi hanya segelintir saja yang rajin membersihkan solekan sebelum tidur. Bagi yang beragama Islam, sejauh mana pula solekan anda dibersihkan sebelum mendirikan solat?
Baru-baru ini Datuk Prof Dr. Muhaya Mohamad memberi penjelasan melalui Facebook Live berkenaan wuduk dengan kesan eyeliner yang masih bersisa. Kelopak mata atas adalah sebahagian anggota wuduk dan wajib dibersihkan supaya wuduk kita sah.
sah tak wudu dengan make up ni ?
Posted by Prof Dr Muhaya on Monday, October 30, 2017
Bagi wanita Islam, rajin ayau malas kita wajib membersihkan solekan sebelum mengambil wuduk. Jika anda tidak mahu menggunakan pembersih solekan yang mempunyai bahan kimia, anda boleh juga bereksperimen dengan bahan semula jadi.
Susu
Susu sangat baik untuk kulit dan ia kaya dengan kandungan protein dan lemak. Ia menanggalkan kulit mati tanpa perlu skrub, memberi dehidrasi kulit dan memberikan kelembapan yang sesuai. Lagipun, susu lebih murah berbanding produk lain!
Cara: Tuangkan susu ke dalam mangkuk dan rendamkan kapas. Perahkan lebihan susu pada kapas dan sapu pada wajah. boleh ulang sehingga solekan anda bersih. Jangan lupa cuci wajah dengan air suam!

Extra virgin olive oil
Minyak zaitun ini sesuai dengan semua jenis kulit dan mudah menanggalkan solekan tebal. Lagipun, minyak zaitun ini membuatkan kulit anda lebih lembap.
Cara: Selain cara mudah menyapu sedikit minyak zaitun pada wajah, anda juga boleh mencampurkan satu sudu teh minyak zaitun dan syampu bayi ke dalam segelas air. Sebatikan dan guna mengikut kesesuaian anda.

Air mawar
Di samping baunya yang harum, air mawar adalah pembersih solekan terbaik unutk kulit anda. Malah ia juga menambah seri pada kulit.
Cara: Mudah saja! Hanya lembapkan bebola kapas dengan air mawar dan sapu pada wajah.

Timun
Banyak produk kecantikan menggunakan timun sebagai salah satu bahan semula jadi, lebih-lebih lagi untuk kenyamanan kulit. Sebab itu ia sesuai digunakan sebagai pembersih wajah.
Cara: Ekstrak sedikit jus timun ke dalam mangkuk dan masukkan ke dalam botol semburan. Semburkan pada wajah dan biarkan seketika. Cuci bersih dan nikmati kesegarannya.

Avocado
Magis sebiji avocado pada bahagian mata tentunya berita baik untuk anda. Vitamin A, D dan E serta lemak ikan Omega-3 cukup dalam avocado bertindak sebagai krim mata efektif untuk anda.
Cara: Belah avocado ranum kepada dua bahagian. Gunakan kapas dan calit sedikit avocado untuk memudahkan anda menyapukannya pada bahagian mata. Akhir sekali, bilas dengan air bersih.

Aloe vera
Unutk mengelakkan kulit wajah ‘disimbahi’ bahan kimia, gunakan aloe vera sebagai bahan semula jadi untuk menanggalkan solekan. Gel licin pada aloe vera memudahkan ia meluncur pada wajha dan menanggalkan solekan.
Cara: Potong aloe vera kepada beberapa bahagian dan gunakan gelnya untuk di sapu pada wajah. setelah selesai, cuci bersih dan oles losen sebelum tidur. Rasai kesegaran wajah sebaik anda bangun dari tidur.

Kredit video: FB Prof Dr Muhaya
Kredit foto: IG Janna Nik dan Zahirah MacWilson
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Dari Kecil Dah Terserlah Cantik, MARIAN RIVERA Jelitawan Filipina Kaya, Popular & Bijak!

Alahai, tengok gambar zaman kanak-kanaknya sahaja sudah jelas terserlah kecantikan asli milik Marian Rivera Gracia Dantes! Dikurniakan hidung yang mancung, sepasang mata cantik, bibir mungil dan kening cantik terukir sejak kecil, pesona aktres popular Filipina ini nyata memukau.
Raut wajah sempurna dan susuk tubuh langsing Marian mampu membuatkan peminat memandangnya berkali-kali. Tidak hairanlah ibu muda berusia 35 tahun tersebut dinobatkan sebagai selebriti wanita paling seksi di Filipina lebih daripada tiga kali.



Nama Marian mula bersinar di negara kelahirannya selepas kejayaan drama Marimar diikuti Dyesebel, Amaya dan Temptation of Wife. Selain berbakat dalam lakonan, selebriti berdarah keturunan Sepanyol ini juga rupa-rupanya memiliki bakat menyanyi. Sebelum ini Marian sudah menghasilkan dua album iaitu Marian Rivera Dance Hits dan Retro Crazy.
Lahir pada 12 Ogos 1984 di Madrid, Sepanyol… anak kepada Francisco Javier Gracia Alonso dan Amalia Revera ini mempunyai pendidikan dalam Ijazah Sarjana Muda Psikologi dari De La Salle University Dasmarinas. Bapanya, Francisco ialah warganegara Sepanyol manakala ibunya pula Amalia ialah rakyat Filipina.



Disebabkan perkahwinan campur tersebut, Marian mampu bertutur dalam tiga bahasa iaitu Sepanyol, Inggeris dan Tagalog. Beberapa tahun mencipta nama dalam industri seni Filipina, jelitawan ini akhirnya memutuskan untuk berkahwin dengan aktor kacak Filipina, Dingdong Dantes pada 30 Disember 2014. Berdasarkan populariti mereka berdua dan kejayaan masing-masing, perkahwinan mereka turut mendapat julukan The Royal Wedding di Filipina pada tahun berkenaan.
Hampir setahun melayari bahtera perkahwinan, pasangan romantis ini dikurniakan anak perempuan comel iaitu Maria Letizia pada 23 November 2015. Empat tahun kemudian, rumah tangga mereka diserikan dengan kehadiran cahaya mata lelaki yang dinamakan Jose Sixto G. Dantes IV pada tanggal 16 April 2019.
Meskipun sudah bergelar ibu dua anak, Marian masih kekal menawan dan ramping. Anak perempuan sulungnya, Maria Letizia kini berusia lima tahun sementara anak kedua iaitu Jose Sixto G. Dantes IV dilahirkan pada 16 April 2019.




Sejak kelahiran Sixto, Marian dilihat selesa dengan penampilan lebih segar dan memilih potongan rambut pendek. Ternyata, ramai yang memuji imej baru tersebut. Pendek kata, apa sahaja fesyen yang digayakan selebriti kesayangan Filipina ini pasti disambut baik peminat setianya.
Berbekalkan bakat, wajah yang cantik dan personaliti menarik dimiliki Marian, aktres yang memiliki ketinggian 158 cm ini turut menjadi buruan syarikat pengiklanan yang mahu melantiknya sebagai duta atau penghias kempen pelbagai jenama mewah. Difahamkan sehingga tahun lepas, nilai kekayaan Marian dianggarkan mencecah USD 6 juta!





Selain aktif dengan aktiviti seni, Marian juga sebenarnya pengasas perniagaan bunga-bungaan segar Flora Vida by Marian. Ujarnya, bukan mudah untuk membahagikan masa di antara kerjaya dan keluarga namun kerana tanggungjawab terhadap peminat dan anak anak serta suami dia tetap akan memastikan semuanya berjalan lancar.
“Pada mulanya memang agak sukar menguruskan keluarga dan kerjaya dalam satu-satu masa. Tapi apabila anda sudah dapat membezakan masa satu yang menjadi keutamaan, ia akan menjadi mudah.
Di samping menjaga keluarga, dalam masa sama saya juga akan memantau perniagaan yang diusahakan kerana kedua-duanya adalah penting bagi saya. Walau ada ketikanya susah, tapi saya mampu uruskan keluarga dan perniagaan dengan baik.”
Bagi merancakkan lagi perniagaan tersebut, pada 10 Jun lepas Marian telah melancarkan edisi terbaharu Flora Vida by Marian yang berkonsepkan dried bloom collection. Menariknya, dalam masa hanya 5 hari selepas ia dilancarkan, koleksi ini habis dijual! Sememangnya aura Marian cukup berbisa. Apa sahaja yang dijual mahupun dipromosikan pasti laris di pasaran. Patutlah ramai pengusaha dan syarikat berskala besar berebut-rebut menjadikan jelitawan Filipina ini sebagai duta.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!


