Setiap wanita tidak akan melangkah keluar dari rumah tanpa semburan minyak wangi. Ia bukan sahaja penting untuk memastikan keharuman dan kesegaran pada diri sendiri tetapi untuk sesiapa sahaja bersama anda merasa selesa dan menyenangkan.
Sememangnya haruman tidak dapat dipisahkan daripada kehidupan seharian anda. Sama ada anda menggunakan sabun mandi, menyembur pewangi atau menyapu bedak badan, ia tetap sejenis haruman, cuma berlainan sifat.
Sejarah Perfume
Pada ribuan tahun dahulu perkataan ‘parfum’ berasal dari Bahasa Latin perfumum atau ‘melalui asap’. Salah satu kegunaan pada ketika itu parfum membentuk melalui pembakaran dupa dan rempah-rempah yang beraroma yang digunakan dalam upacara keagamaan, seperti aromatik gusi, kemenyan dan mur, yang dikumpulkan dari pohon-pohon semula jadi.
Orang Mesir (Egypt) adalah yang pertama untuk memasukkan minyak wangi ke dalam budaya mereka diikuti oleh China purba, Hindu, Afrika dan diikuti negara-negara yang lain.
Penggunaan wangian aromatik tumbuhan dan bunga untuk haruman yang semerbak telah dikenali untuk waktu yang sangat lama. Orang-orang Rom telah memperkenalkan banyak spesis tanaman aromatik pinggiran empayar di mana mereka masih tertanam.
Ads
Dalam membuat persiapan wangian, tanaman semula jadi biasanya diproses menjadi bunga kering, daun kering, akar kering, atau ekstrak dalam air dan minyak.
Hari ini, hampir semua orang menggunakan salah satu antara pelbagai jenis haruman terdapat di pasaran.
Maria Sharapova, AVON LUCK
Tahap Haruman
Pure Perfume: Tahap haruman paling kuat, paling mahal dan ketahanannya 5 hingga 6 jam. Pewangi yang mempunyai julat minyak pati paling tinggi tanpa alkohol dan asli. Jika anda mengenakan wangian ini, bukan sahaja tubuh akan berbau harum malah boleh dihidu dari jarak yang cukup jauh dan tahan lama. Jangan menyemburkan semburan perfume ke baju kerana teksturnya yang berminyak dapat meninggalkan noda. Cukup dengan menyapunya sedikit di nadi tangan dan belakang telinga.
Ads
Eau de Parfume: Tinggi kekuatan harumannya tetapi kurang sedikit daripada perfume. Ia mengandungi sedikit alkohol sebagai fixatives. Selalunya lebih sesuai digunakan pada malam hari, terutama untuk menghadiri acara formal.
Cologne: Haruman paling nipis, ringan dan ketahanan hanya di antara 2 hingga 3 jam sahaja. Minyak wangi yang paling lemah dan kebiasaannya dipasarkan kepada lelaki. Mengandungi sedikit minyak pati berbanding parfume dan mempunyai asas alkohol. Amat sesuai digunakan di bahagian tubuh untuk menyegarkan dan memberikan aroma harum selepas mandi. Biasanya wangian ini beraroma menyegarkan. Contohnya kita boleh dapati pada tisu basah yang sesuai digunakan sebagai penyegar selepas melakukan sebarang aktiviti.
Toilet water: Ia tidak mengandungi sebarang lapisan haruman selain haruman asli. Pati minyak tidak serupa dengan haruman kerana sesetengah bahan rumusan semula jadi telah diubahsuai. Untuk kesegaran yang bertahan lama, wangian jenis ini adalah pilihan yang sesuai kerana aromanya ringan, tidak terlalu tajam dan sesuai untuk banyak acara mahu pun saat bersantai bersama teman.
Body Splash: Ia memiliki kadar pati terendah di antara semua jenis wangian dengan campuran kurang dari 3% dan bertahan hanya sekitar 1 jam saja. Wanginya tidak bertahan lama kerana kadar alkoholnya yang tinggi. Sama seperti eau de cologne, body splash lebih sesuai dipakai untuk mengharumkan tubuh.
Ads
Tip Sapuan Haruman
Jangan sembur dari jarak dekat – Pastikan jarak semburan wangian itu tidak terlalu dekat dengan bahagian kulit anda, ia akan menyebabkan tumpuan hanya pada satu kawasan. Malah bau tersebut akan menjadi terlalu kuat dan berbeza daripada bau yang sebenar.
Pastikan kulit lembap – Bau haruman mudah hilang pada kulit kering kerana sel kulit yang tertanggal akan membawa bersama haruman tersebut. Lebih kerap kulit disapu pelembap, lebih lama haruman itu mampu bertahan. Haruman bertaup dengan minyak atas kulit dan haba badan pula membantu haruman itu menyemarakkan baunya.
Semburan dari atas – Semburkan wangian dari atas dan bergerak sehingga ke bawah supaya wangian tersebut terkena pada seluruh anggota badan.
Sembur pada kulit bukan pakaian – Ada di antara anda yang menyembur wangian pada baju tetapi jika mengikut cara yang betul adalah semburan ke kulit. Setiap kali lepas mandi, tunggu selepas lima minit dan kemudian sembur wangian. Ketika itu badan dalam keadaan bersih, lembap dan liang roma terbuka. Ia memudahkan proses wangian meresap masuk ke kulit dan bertahan lama.
Elakkan dari terkena barang perhiasan – Elakkan semasa menyembur wangian terkena pada barang perhiasan seperti rantai, gelang, cincin dan sebagainya. sebab boleh rosakkan perhiasan yang dipakai.
Sembur pada tempat yang bernadi – Ini adalah perkara paling asas. sebelum menyembur wangian ke tempat-tempat lain, sembur dulu wangian ke tempat-tempat nadi seperti leher, dalam siku, belakang pergelangan tangan, belakang lutut dan lekuk di buku lali.
Amalkan selepas menyembur minyak wangi pakai pelembap dari pewangi yang sama – Selepas sembur minyak wangi, sapu pelembap daripada wangian yang sama agar ia terkunci sebati dan bertahan lama. Cuba bayangkan jika minyak wangi bau lain, pelembap berbau lain, ia boleh membuatkan orang di sisi anda jadi pening dengan pelbagai campuran wangian.
Jangan gosok selepas sembur – Kesalahan yang seriang dilakukan adalah menggosok pergelangan tangan selepas menyembur minyak wangi. Tindakan ini boleh membuatkan molekul minyak wangi itu pecah sekali gus membuatkan bau haruman hilang lebih pantas daripada jangka masa sebenarnya.
Nota
Kita sering menjumpai jenis EDP dan EDT. Perlu kita fahami bahawa tidak semua wangian tersedia dalam 2 jenis ini. Untuk wangian wanita sebahagian besar berjenis EDP, sebaliknya untuk lelaki sebahagian besar berjenis EDT.
Umumnya, wangian jenis EDP lebih tahan lama daripada EDT. Namun ketahanan aroma sebuah wangian dipengaruhi oleh banyak hal. Salah satunya jenis aroma daripada wangian tersebut. Ada yang kuat, sedang, dan halus. Ada wangian berjenis EDP yang jenisnya halus, tentunya ia tidak akan bertahan lama. Banyak juga jenis EDT yang aromanya kuat sehingga aromanya bertahan lama.
Kebanyakan produk wangian mengandung alkohol. Jadi, semakin tinggi kadar kepekatan pati wangian semakin sedikit kadar alkoholnya. Karena sifat alkohol yang menguap, fungsi alkohol di sini untuk membantu menyebarkan aroma wangian agar tercium oleh orang-orang di sekitar anda. KR
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Oh, cemburunya tengok kulit wajah sihat bermaya milik Pengasas Busana Muslimah, Bella Ammara ni. Mulus dan gebu! Bikin hati kebanyakan wanita tertanya-tanya apakah rahsia di sebalik kecantikan Belle Al Yahya? Bukan wanita di luar sana je yang hendak tahu.. Nona pun sebenarnya hendak ‘tiru’ amalan kecantikan Belle. Iyalah, dengan pertambahan usia setiap tahun dengan bebanan tugas sebagai usahawan, isteri dan juga ibu.. kecantikan Belle nyata menjadi inspirasi buat semua kaum wanita.
Berkongsi tip cantik yang di amalkan selama ini, isteri kepada Carl Samsudin ini menjelaskan dia sebenarnya seorang yang agak malas menjaga kesihatan kulit wajah ketika zaman remaja. “Macam dalam gambar tudung putih tu adalah masa Belle umur 13 tahun. Masa ni Belle tak pentingkan pun penjagaan kulit. Cuci muka pakai je sabun yang ada. Sampailah masa umur 18 tahun bila masuk matrik jerawat mula naik kat dahi maybe sebab stress study.
Belle masa umur 13 tahunKetika zaman universiti
Setiap kali balik rumah cuti sem mesti arwah umi Belle bising kenapa tak jaga kulit. Makan tak jaga. Sebenarnya masa sekolah menengah lagi arwah umi selalu suruh makan madu, olive, habbatus sauda, tomato dan makanan sunnah, minum air kosong banyak-banyak untuk jaga kulit. Tapi biasalah time muda-muda kita takdalah rasa benda tu penting. Belle amalkan pun tak konsisten. Bila arwah umi bising baru makan. Lepas tu lupa, tak makan dah.
Sampai satu tahap Belle rasa macam selekeh sangat diri ni. Pastu time tu lah baru nak amalkan apa yang arwah umi suruh. Buat facial guna bahan-bahan semula jadi macam tomato, madu, scrub guna gula campur madu, dan banyak lagi. Walau pun tak selalu tapi mesti buat.”
Kebanyakan orang perempuan ni memang selalu simpan hasrat hendak kurus dan cantik tapi bila hendak realisasikan.. ada saja alasan. Sudahnya, semua tinggal angan-angan. Buat apa pun, paling penting kena kuat azam & komited mahu berubah.
“Now bila dah besar, lepas arwah umi dah takda baru Belle rasa betapa pentingnya penjagaan kulit bermula dari awal dan dari dalam selain penggunaan skincare product. Memang susah nak buat tapi tu lah nak cantik kenalah rajin. Time tu Belle tak nampak hasilnya tapi now Belle nampak sebab kalau dulu Belle tak amalkan, mungkin sekarang kulit Belle makin teruk.”
So mana-mana wanita yang dah lama idam kulit sihat cantik macam Belle ni.. kenalah cuba amalkan. Mesti gebu!
Kredit foto: Instagram Belle Alyahya
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Siapa yang tak kenal dengan pelakon dan penyanyi cantik, Kilafairy. Walaupun kini dilihat jarang muncul di kaca tv namun anak kepada penyanyi terkenal era 1980, Allahyarhamah Rohana Jalil ini dilihat aktif di media sosial.
Tiga tahun tampil sopan berhijab, pelakon dan penyanyi, Kilafairy percaya, kehidupan akan terus menjadi ruang menguji keteguhan hati dan imannya sebagai hamba.
Proses Hijrah Itu Tak Mudah, Apalagi Istiqamah!
Malah, Kila tidak menafikan proses dalam sisi penghijrahan dalam diri, soal hati dan penampilan termasuk untuk terus kekal istiqamah sebagai bukan satu hal yang mudah.
“Benar soal istiqamah itu bukan perkara mudah. Ia bukan sehari dua untuk dihadam. Pendek kata setiap hari, saya umpama bergelut dalam diri.
“Namun lama kelamaan ia bagai satu fasa yang akan jadi terbiasa. Pada akhirnya kita hanya mahu dan harapkan reda Tuhan dalam hidup ini,” katanya.
Aura ‘Angelina Jolie’ Malaysia, Versi Muslimah Kian Menyerlah
Dalam pada itu, meski kini memilih untuk menutup aurat sepenuhnya dengan menggayakan busana patuh syariah, Kilafairy dilihat semakin berseri-seri dan mempunyai aura tersendiri yang tidak pernah pudar, tetapi semakin menawan.
Sering tampil dengan gaya elegan dan solekan memukau, bekas pelajar fesyen ini pernah mendapat jolokan ‘Angelina Jolie Malaysia’ dek kerana memiliki bentuk bibir yang seksi.
Kilafairy atau nama sebenarnya Syakila Nisa Jahangir Khan yang kini berusia 31 tahun bertuah kerana dilahirkan sebagai anak kacukan Melayu-Pakistan.
Jadi tidak hairanlah jika wajah Kilafairy persis gadis-gadis di timur tengah, terutama dari segi solekan dan gaya tudung. Memang terserlah kelainannya!
Menjengah ke Instagram peribadinya yang memiliki satu juta pengikut, Kila dilihat tidak culas dan memanfaatkan peluang mempunyai ramai pengikut dengan memuatnaik hantaran membela nasib saudara se-Islam di Palestin yang masih hangat diperdebatkan di seluruh dunia sehingga kini.
Sekadar info, artikel ini merupakan artikel olahan semula dari NONA.
Menjadi selebriti popular dengan pengikut mencecah 376 juta di Instagram pastinya bukan hal yang mudah. Bagi Selena Gomez, serba-serbinya jadi perhatian terutama sekali soal kecantikan. Namun baru-baru ini, wanita berusia 30 tahun itu memilih mempamerkan wajahnya tanpa solekan – terbukti Selena juga punya masalah kulit macam orang lain!
Pada zaman media sosial ini, ramai wanita mendapat keyakinan diri daripada filter kamera yang digunakan.
Berbeza dengan pengasas jenama solekan Rare Beauty itu, beliau tampil bare face dengan rambut ikal messy bahkan tidak gusar menunjukkan jerawat kecil di bawah hidungnya.
“Me.”
Tulisnya ringkas pada 2 Februari 2023 lepas.
Hantaran tersebut menuai banyak komen-komen positif dan pujian daripada rakan-rakan Selena serta peminatnya. Sangat ramai yang terkesima melihat wajah polos beliau, malah mengagumi keberaniannya tanpa ‘kepalsuan’ di media sosial.
“Akhirnya seorang selebriti yang normal, dan menunjukkan bahawa tiada yang sempurna setiap saat dan setiap hari.”
KIND WORDS
Selena Gomez yang popular dengan lagu seperti ‘Lose You To Love Me’ dan ‘Come & Get It’ itu sering memperjuangkan semangat positif dalam kerjayanya.
Antara yang terkini, himpunan bibir Kind Words menerusi jenama miliknya Rare Beauty bagi menggalakkan pemakai sentiasa tampil cantik dan berkata-kata yang baik ketika bergincu.
Kind Words ditampilkan dalam pilihan Matte Lipstick dan Matte Lip Liner yang cukup ringan serta tidak mengeringkan bibir. Perlu ada Februari ini!
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Kurniaan terindah, suri hati Raja Britain Raja Charles III iaitu Ratu Camilla rasmi bergelar wanita pertama mendapat gelaran Laksamana Madya (Vice Admiral) UK sempena ulang tahun ke-78.