Pernah menjadi blogger terkemuka, nama Hanis Zalikha bukan lagi asing dalam kalangan peminat.
Hanis Zalikha memang punya aura tersendiri. Popularitinya sebagai usahawan dan isteri kepada pelakon Hairul Azreen membuatkan ramai yang mengikuti perkembangannya setiap hari.
Video Masakan Hanis ‘Trending’ Hampir Cecah Jutaan Tontonan!
Bahkan dia juga ada berkongsi beberapa video masakan sebelum ini. Pendek kata, apa saja yang dikongsikan Hanis pasti akan trending dan menjadi sorotan serta rujukan warganet!
Selain gemar berkongsi rutin harian dan produk perniagan miliknya, Hanis yang juga pengasas jenama Cakenis dan Love Masak ini, sering memuat naik video masakan di Instagram.
Malah, terdahulu video pendek berkaitan resipi mudah tempe goreng berkenaan meraih hampir sejuta tontonan!
1. Tempe (Dihiris Tebal Seperti Nougat)
2. Serbuk Paprika
3. Serbuk Lada Sulah
4. Serbuk Rempah Kari Ikan
5. Tepung Jagung
6. Air Sejuk
“Buat peminat masak simple-simple seperti Chef Keknis, terimalah tempe nougat. Bolehlah masak untuk dinner kejap lagi.”
Dalam video itu, Hanis terpaksa akur apabila pembantunya memotong tempe seperti nougat. “Kita letak smoked paprika, white pepper, garam dan paling penting rempah kari ikan.
Ads
Untuk rangup mesti letak tepung jagung sedikit lepas tu kita gaul sebati dan letak secret weapon iaitu air sejuk.
Dengan itu ia akan jadi macam menyaluti tempe. Goreng sampai warna keemasan, tengok rangup macam mana, rasa sedikit, siap!,” ujarnya.
Air Tangan Isteri, Pengikat Kasih Sayang Keluarga
Ads
Benarlah air tangan isteri itu pengikat kasih sayang seisi keluarga! Patutlah tengok rumahtangga Hanis Zalikha ni bahagia sentiasa. Nonarians terutamanya yang bergelar isteri boleh cuba resipi kebahagiaan Hanis Zalikha ni, rajin ke dapur pasti suami sayang!
Untuk rekod, pada 5 Jun 2014 yang lalu Hanis dan Hairul menyambut ulang tahun perkahwinan mereka yang ke-8. Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan dua orang anak comel iaitu Yusuf Iskandar dan Alisa Aisyah.
Pasangan selebriti ini sentiasa menjadi perhatian peminat seni tanah air terutamanya ketika melancong ke luar negara kerana sering mengunjungi destinasi percutian yang eksklusif dan mewah. Antaranya di Maldives yang dilaporkan mencecah puluhan ribu ringgit.
Figura cantik ini juga secara rasmi diumumkan sebagai duta jenama Innersejuk pada tahun 2022 dan bersetuju dengan potensi kontrak bernilai USD 1 juta!
Majalah Nona ada juga di Telegram. Mudah nak akses artikel menarik dan video-video terkini di sini. Follow kami sekarang di SINI!
Memasak menjadi rutin harian YM Che Puan Temenggong Perlis Datin Seri DiRaja Farinawati Datuk Mohd Din. Hari minggu adalah hari yang paling sibuk apabila seluruh keluarga berkumpul bersama.
“Hari minggu agak kelam-kabut sikit kerana setiap anak mahu menu yang berbeza. Suami pula apa yang saya masak semua digemarinya. Tengku lebih menyukai masakan Melayu. Kegemaran beliau ialah Kari Kepala Ikan yang dimasak cara tipikal India.
Kali ini YM Che Puan Temenggong Perlis Datin Seri DiRaja Farinawati berkongsi resipi Briyani Tuna versinya. Bosan dengan resipi briyani daging, kambing dan ayam maka beliau mengolah sendiri Briyani Tuna mengikut caranya.
“Anak-anak saya sukakan ikan. Smoked Tuna ini datang dari Maldives. Kebetulan saya mempunyai kawan dari Maldives. Setiap kali dia pergi ke sana, saya akan mengirimnya. Resipi ini kegemaran anak-anak kerana Smoked Tuna tak ada tulang.
Anak-anak menyukai ikan seperti Bawal Emas, mereka lebih memilih ikan yang tiada tulang,” ujar isteri kepada YAM Tengku Temenggong Perlis Dato’ Seri DiRaja Syed Amir Abidin Jamalullail ibni Almarhum Tuanku Syed Putra Jamalullail ini.
BRIYANI TUNA
BAHAN-BAHAN;
4 cawan Beras Basmathi, masak 3/4 masak
1 helai daun bay kering
5 ulas bawang putih
2 inci halia
1/2 cawan jus lemon
3-4 keping smoked tuna
4 sudu besar yogurt
2 labu bawang besar
3 biji tomato, saiz sederhana
3 pokok daun pudina, ambil daun sahaja
1 pokok daun ketumbar, hiris kasar
Pewarna merah & kuning, boleh juga guna saffron
Rempah masala
Garam secukup rasa
3 sudu besar minyak sapi
1 sudu besar mentega
3 biji kentang, dibelah 4
CARA MEMASAK
1. Masak nasi 3/4 masak dan perasakan dengan sedikit garam. Kemudian, tos.
2. Tumbuk halus bawang putih, halia dan bawang besar. Tomato dicincang.
3. Satukan minyak sapi dan mentega dalam kuali dan panaskan sehingga naik bau. Tumiskan bahan tumbuk. Tumis sehingga naik bau dan kelihatan hancur.
4. Masukkan rempah masala (khas untuk ikan). Untuk sedap tambah rempah briyani.
5. Masukkan air dan juga jus lemon.
6. Masukkan yogurt kemudian masukkan kentang.
7. Akhir sekali, letak smoked tuna. Sebagai pilihan boleh letak isi ikan tongkol hitam.
8. Kuah tuna tadi letakkan dalm periuk lain pula untuk satukannya.
9. Dalam periuk lain, letakkan kuah tuna untuk lapisan bawah sekali. Kemudian tabur daun pudina dan daun ketumbar di atasnya.
10. Lapiskan diatasnya nasi yang 3/4 masak tadi. Kemudian letakkan pewarna atau saffron dan taburkan kismis.
11. Ulang proses melapis dengan langkah yang sama sekurang-kurangnya dua lapisan. Setiap lapisan letak 2 ketul smoked tuna.
12. Masak lagi sehingga 20 minit.
13. Nasi yang sudah dimasak sedia dihidang.
Sumber: Majalah Rasa
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Sesekali membelek resipi untuk dihidangkan bersama keluarga pun best juga. Sewaktu PKP Mac lalu, memang semua orang rajin ke dapur. Bila dah mula bekerja, masing-masing tak berkesempatan nak menjengah dapur dengan kerap.
Apakata kali ini kita luang masa sikit untuk hidangkan minum petang istimewa kerana bahan yang digunakan sangat ringkas dan tidak peningkan kepala. Paling penting, tak perlu rehatkan lama-lama. Uli dan goreng!
Bahan-bahan diperlukan adalah:
2 sudu besar yis
2 sudu besar susu pekat
¾ cawan air suam
1 sudu teh garam
Kesemua bahan ini diadun sebati dan ketepikan. Sediakan pula bahan-bahan seterusnya seperti:
2 sudu marjerin
2 cawan tepung gandum
Gaulkan kedua-dua bahan ini menggunakan tangan sehingga sebati. Setelah selesai, gabungkan kesemua bahan dan pastikan doh tidak melekat di tangan. Kemudian, uli menjadi doh bulat.
Bulatkan doh mengikut saiz yang diingin dan lubangkan di bahagian tengah doh. Sambil itu, boleh panaskan minyak dan goreng donut yang sudah di uli tadi. Selesai menggoreng, angkat dan toskan minyak. Bolehlah ditaburkan gula atau apa sahaja bentuk manisan yang diingini.
Senang sahaja untuk hasilkan menu minum petang untuk keluarga. Hanya perlukan sedikit effort dan ilmu. Tetapi anda juga boleh memilih untuk membeli donut yang kini telah banyak dijual dipasaran.
Big Apple Donuts & Coffee misalnya melancarkan donut berperisa baru serta donut yang dinaiktarafkan rasanya. Dalam keterujaan pelancaran ini, Big Apple Donuts & Coffee sangat berbesar hati untuk menawarkan kad keahlian VIP kepada seorang pemenang bertuah di mana mereka akan mendapat donut percuma sepanjang tahun!
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Gulai lemak atau masak lemak boleh dikatakan semua negeri dalam Malaysia mempunyai resipi yang tersendiri. Ada yang manis, ada yang pekat dan ada juga yang ditambah dengan buah-buahan seperti nanas atau belimbing. Tapi, Negeri Sembilan terkenal dengan Masak Lemak Cili Api.
Istimewa bersama NONA dalam Air Tangan VIP, Datin Azrene Ahmad berkongsi caranya masak Ikan Keli Salai Masak Lemak Cili Api Bersama Belimbing Buluh. Istimewanya masakan daripada Datin Azrene ini apabila tidak menggunakan gula dan kurangkan garam. Menurut ibu kepada 4 orang anak ini keluarganya kurang mengambil gula demi untuk menjaga kesihatan.
Malah isteri kepada Dato’ Fazley Yaakob ini sering mendapat pujian dari suaminya kerana kehebatan memasak di dapur sama ada lauk kampung mahu pun hidangan Barat. Dato’ Fazley sendiri pernah mengaku tidak masak di rumah sendiri kerana mahu makan air tangan isterinya. Beruntunglah isteri pandai masak. Mari kita cuba resipi yang telah dikongsi oleh pemilik Three Little Ahmads ini.
Bahan-bahan;
4 ekor ikan keli salai
5 ulas bawang merah, dikisar
5 ulas bawang putih, dikisar
5 biji cili padi kampung, dikisar
2 inci kunyit hidup, dikisar
5 keping asam keping
10 biji belimbing buloh
2 tangkai serai (dititik)
1 biji limau nipis
2 paket santan
1 jug air
Garam kasar
Cara membuat;
1. Masukkan bahan kisar ke dalam periuk bersama serai, asam keping dan air.
2. Kemudian masukkan semua ikan ke dalam periuk dan masak sehingga semua aroma masukkan ke dalam ikan.
3. Bila sudah mendidih, masukkan belimbing buluh.
4. Masukkan garam kasar dan perah limau nipis.
5. Masak sehingga mendidih dan kacau sehingga air atau kuah surut sehingga separuh.
6. Masukkan santan. Kacau sehingga santan pecah minyak dan boleh dihidangkan.
Kalau masak makanan berasaskan santan, api dapur kena kecil baru boleh masak lama dan biarkan masak sampai santan pecah minyak. Bila masak lama, lauk yang kita masak pun boleh tahan lama dan tak cepat basi.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Wah, beruntungnya Elisya Sandha dikurniakan seorang ibu mentua yang baik dan sanggup menjaganya selepas melahirkan anak. Tak dinafikan, masih ada dalam kalangan ibu mentua yang berbuat perkara sama terhadap menantu seperti Sheila Rusly ...