Like mother, like daughter! 16 Disember lalu genap 11 tahun usia anak sulung Marion Caunter dan SM Nasaruddin iaitu Leia Rose. Kelihatan manis menyarung dres pastel ketika sambutan ulang tahun kelahiran baru-baru ini, ternyata Leia mewarisi kecantikan ibu tersayang.
IKLAN
Walau baru berusia 11 tahun namun anak gadis ini memiliki aura tersendiri. Dengan rambut hitam ikal mayang dan raut wajah manis, Leia juga dikurniakan susuk tubuh tinggi lampai.
Melihat penampilan Leia, mengingatkan peminat kepada pesona ibunya yang pernah menjadi pengacara, DJ dan model popular suatu ketika dulu.
Walau Marion Rose Caunter sudah pun meniti usia 42 tahun pada 5 November lalu namun keanggunannya menjadi sumber inspirasi ramai wanita.
Kredit Instagram @marioncaunterKredit Instagram @marioncaunterKredit Instagram @marioncaunter
Menerusi foto sambutan hari lahir yang dikongsikan Marion di media sosial, Leia diraikan dengan penuh kasih sayang daripada ahli keluarga di kediaman mereka.
Mengenakan persalinan dres sedondon dengan adik perempuan iaitu Lana, kelihatan Marion, SM Nasa dan Liam pula memakai persalinan rona putih.
Kongsi ibu jelita ini, “And just like that, my firstborn is now 11 years old. Birthday lists now include clothes and makeup. Pretty soon she’ll be raiding my closet.
IKLAN
Mommy and daddy love you so very much Leia Rose and no matter how old you are, you will always be our baby girl. Happy Birthday Leia Rose.”
Kredit Instagram @marioncaunterKredit Instagram @marioncaunterKredit Instagram @marioncaunterKredit Instagram @marioncaunter
Bekas personaliti TV dan model ini memeluk Islam dan berkahwin dengan pewaris Naza Group, SM Nasaruddin SM Nasimuddin pada Disember 2010. 12 tahun mendirikan rumah tangga, pasangan ini dikurniakan tiga orang anak iaitu Leia, Lana dan Liam.
IKLAN
Selain tertarik dengan kecantikan dan fesyen Marion, pemilik salun rambut Hair Play ini juga sebenarnya rajin bersenam.
Tidak hairanlah Marion boleh kekalkan bentuk badan ideal seperti zaman anak dara walaupun sudah memiliki tiga cahaya mata.
Selalunya kita melihat wanita muda dan cantik, hidup dilimpahi kemewahan, bercuti ke sana ke sini sambil menjinjit beg tangan yang berharga umpama sebuah rumah banglo, pasti berkahwin dengan kerabat diraja atau pun menjadi isteri jutawan. Namun, tidak semua wanita yang mahu hidup mewah disebabkan orang lain dan ada yang berusaha keras dengan hasil titik peluh sendiri.
Foto: Instagram @mariamFoto: Instagram @mariam
Mariam Rod membuktikan tidak semua wanita cantik mengharapkan harta dari seorang lelaki. Wanita cantik yang mempunyai seramai 1.1 juta pengikut di laman Instagram ini pada mulanya hanya seorang gadis biasa yang membesar di Australia. Ketika usianya 20 tahun, wanita cantik ini telah mengubah hidupnya apabila nekad berhijrah ke Dubai. Mungkin jika Mariam Rod masih berada di Australia hidupnya tidak semewah seperti sekarang ini.
Foto: Instagram @mariamFoto: Instagram @mariam
Wanita yang berusia 33 tahun ini, membina kerjaya dalam bidang hartanah sebaik sahaja menjejakkan kaki ke Dubai. Selama 7 tahun berkecimpung dalam bidang ini dan memiliki 3 agensi hartanah sendiri, wanita ini mampu mencipta pendapatan yang lumayan. Namun kehidupan Mariam Rod benar-benar berubah apabila mula mencipta nama di media sosial.
Mariam Rod dah sampai KILIM Geoforest Park, Langkawi Foto: Instagram @mariam
Wanita yang dilahirkan di Sydney ini juga tidak percaya apa yang dialaminya. Mariam Rod tak sangka telah dibayar dengan nilai yang besar hanya dengan mempromosi produk kecantikan, fesyen dan memperaga beberapa jenama mewah. Mariam Rod juga bijak mengambil kesempatan apabila melancarkan jenama bajunya sendiri setelah namanya berada di puncak.
Foto: Instagram @mariamFoto: Instagram @mariam
“Saya memang seorang wanita yang bercita-cita tinggi dan sejak kecil lagi tak mahu bekerja makan gaji dan mahu bergelar Lady Boss,” kata Mariam Rod tentang dirinya. Wanita ini juga bercita-cita mahu bergelar sebagai seorang Billionaire.
Foto: Instagram @mariamFoto: Instagram @mariam
Menurutnya kebanyakan Billionaire mempunyai 7 punca pendapatan. Buat masa sekarang Mariam Rod sudah mempunyai 4 punca pendapatan iaitu pelaburan saham, hartanah, gedung pakaian secara online dan sebuah perniagaan lain. Bermakna lagi 3 punca pendapatan yang harus diraihnya untuk bergelar Billionaire.
Foto: Instagram @mariamFoto: Instagram @mariam
Mariam Rod memang suka melancong dengan penuh gaya mewah. Bagaimana pula dia mengekalkan kecantikan akibat selalu ‘terbang’ di udara. “Saya tak pernah lupa membawa syampu (dry shampoo) kalau melancong. Berada dalam pesawat dalam tempoh lama boleh membuatkan rambut leper dan berminyak.
Foto: Instagram @mariamFoto: Instagram @mariam
Saya juga akan membawa topeng muka (hydrating face mask) dan item cantik yang wajib dibawa ke mana-mana adalah lipstik. Hanya secalit lipstik akan membuatkan ada segar dan nampak cantik,” kata Mariam Rod yang mempunyai darah Parsi ini.
Banyak barang-barang menarik boleh tengok kat sini tau!
Walau dah hampir dua tahun namun pertemuan dengan Datin Umi Kalsom Abdol Latif sukar dilupakan. Mana tidaknya, seorang wanita menyenangkan, sangat mesra, penyayang, berjiwa besar dan cantik dalam kelas tersendiri.
Meskipun baru pertama kali bersua namun sepanjang berada bersama ibu Dato’ Fazley Yaakob ini bermacam-macam petua dan pengalaman hidup dikongsikan Datin Umi kepada penulis. Yang pasti, beliau tidak lokek berkongsi rahsia!
Melihat susuk tubuh dan raut wajah Datin Umi pasti ramai yang tidak menyangka ibu empat anak ini sebenarnya sudah mencecah usia 69 tahun pada 13 April lepas. Bersandarkan rupa paras cantik dan pesona anggun yang dimiliki, Datin Umi kelihatan jauh lebih muda daripada usia sebenar.
Apatah lagi beliau masih kekal cergas dan bijak bergaya. Sambil mengaku gemar berfesyen tetapi masih berpegang kepada penampilan sopan seorang muslimah, Datin Umi terbuka berkongsi rutin harian.
Ditanya petua cantik yang diamalkan hingga mampu kelihatan menarik pada usia lewat 60an, ini jawapan jujur beliau. “Mungkin sebab jiwa saya tak suka simpan apa-apa. Maksudnya, ada orang kalau ada sesuatu yang tidak kena… mereka suka simpan dan pendam tapi saya tak.
Saya orangnya cukup terbuka tidak kira sama ada dengan arwah suami ke, anak-anak mahupun kawan-kawan. Kalau saya ada rasa kurang senang dengan sesuatu perkara, saya akan cakap dan tak simpan.
Dari situ, tiada lagi perasaan curiga dan mungkin salah satunya juga saya tak kata yang saya alim tapi saya amal baca Al-Quran hari-hari. Tambahan lagi bila arwah suami dan emak dah tak ada. Bayangkan, lepas satu bulan suami meninggal dunia selang dua minggu kemudian emak pula pergi menghadap ilahi.
Kalau saya pergi luar negara pun, saya ada apps yang membolehkan saya sentiasa mengaji. Sejak arwah tak ada, saya mula catit berapa banyak kali saya dah khatam selama empat tahun ini. Dalam sehari saya akan peruntukan sekurang-kurangnya sejam untuk baca Al-Quran dan target berapa lama saya boleh habis baca satu Al-Quran.
Selain mengamalkan rutin itu sebenarnya tak ada pun petua lain sebab saya tak makan jamu. Saya ingat lagi arwah suami pernah pesan dulu. Katanya, “Ibu, biar ibu setua tu. Jangan ‘cucuk-cucuk’, bapak tak bagi. Kalau ibu buat facial, itu tak apa.”
Bercerita mengenai rutin harian pula, Datin Umi menjelaskan beliau sebelum ini pernah berkhidmat sebagai pegawai kerajaan. Namun terpaksa berhenti kerja kerana mahu memenuhi permintaan anak sulungnya, Dato’ Fazley Yaakob.
“Saya pernah berkhidmat dengan kerajaan selama 30 tahun tapi berhenti kerja bila anak saya, Fazley balik dari belajar luar negara. Dia anak pertama saya dan waktu tu saya baru 40an. Fazley kata dia jemu tengok saya bekerja dan berkorban untuk anak-anak jadi dia mahu saya berehat.
Bila dah berhenti, saya isi masa dengan aktiviti yang saya suka seperti masuk kelas memasak, belajar mengait, buat flower arrangement dan decoration. Sekarang, hobi saya ialah tanam bunga orkid. Awal dulu memang saya tak pandai tanam tapi lepas beli buku dan belajar alhamdulillah pokok orkid saya kalau berbunga boleh bertahan sampai 3 hingga 4 bulan.
Bila anak-anak dah besar, saya sibukkan diri dengan benda yang saya minat macam mengait, menyulam dan tanam pokok. Waktu bekerja dulu, balik je rumah saya akan buat makanan seperti piza, kek, roti dan masak semuanya sendiri. Jarang beli di luar.”
Mengakui budaya wanita hari ini yang lebih berdikari dan memiliki kerjaya sendiri, Datin Umi bagaimana pun menitipkan pesan berikut kepada seluruh wanita demi mengimbangi
kehidupan berkeluarga. “Ibu saya ajar, macam mana tinggi pangkat kita sebagai seorang wanita tapi bila kita dah berkahwin dan ada di rumah… kita adalah isteri dan ibu.
Sebagai seorang wanita, macam mana sibuk kerjaya sekalipun menjaga suami dan anak-anak juga adalah tanggungjawab. Paling penting, pastikan anak-anak dapat didikan agama,” akhirinya.
Ruang dapur serta ruang makan umumnya menjadi sebuah tempat kita berkumpul dengan ahli keluarga. Selain itu, adakalanya banyak aktiviti yang dilakukan di kedua-dua ruang tersebut. Dalam dapur moden masa kini, kebanyakan wanita menghabiskan banyak masa di dapur dengan melakukan pelbagai aktiviti antaranya memasak, membuat kek atau mengajar anak-anak ketika sibuk menyediakan makanan untuk seisi keluarga.
Tidak dinafikan dapur memerlukan kaedah pencahayaan yang baik supaya suasana menjadi lebih selesa dan menyenangkan. Berikut adalah beberapa tips agar pencahayaan dapur kediaman anda menjadi lebih menarik dan bertepatan.
CHANDELIER
Lampu jenis moden ini semestinya masih sesuai digunakan di beberapa ruang dapur. Semakin banyak lampu chandelier yang ingin digunakan, sebaiknya anda memilih rekaan chandelier yang ringkas supaya persekitaran ruang dapur tidak kelihatan terlalu berlebihan.
LAMPU GANTUNG
Lampu gantung umumnya sesuai digunakan untuk ruang dapur yang berkonsepkan minimalis. Ini adalah kerana lampu gantung mempunyai karakter yang sangat ringkas seterusnya mampu menyerlahkan gaya yang elegan pada ruang dapur. Pastikan, sekiranya anda menggunakan lampu gantung pilihlah rekaan yang serupa agar selaras dengan keseluruhan dapur anda.
TRACK LIGHT
Lampu sorot yang menjalar bukan hanya berfungsi pada bahagian taman mahupun garaj sahaja. Kini, lampu tersebut boleh digunakan serta dikombinasikan dengan reka bentuk dapur moden anda. Bahkan, dengan menggunakan lampu tersebut ruang dapur anda akan terasa lebih luas serta lebar.
PLAFONDGANTUNG
Lampu jenis ini boleh menjadi pilihan terbaik untuk dekorasi pencahayaan ruang dapur anda. Kesan daripada penggunaan lampu jenis ini akan menyerlahkan suasana yang elegan serta ringkas. Plafond gantung tentunya boleh digabungkan dengan berbagai reka bentuk dapur yang anda miliki. Supaya kelihatan lebih menarik, anda bolehlah menambahkan lampu LED di setiap sisi plafond dengan warna-warni tertentu sehingga ruang dapur tampak lebih menarik dan moden.
INFO
TIPS MEMILIH PERALATAN LAMPU
Sekiranya anda sedang mengubahsuai rumah serta mempunyai bajet yang terhad untuk peralatan lampu, mulakan pemilihan anda dengan peralatan lampu di ruang makan ataupun ruang tamu. Lampu yang paling menarik dan menyerikan rumah bermula di ruang utama ini. Dari situ, lebih senang untuk anda mula mencari lampu-lampu yang lain dan membahagikan bajet pada peralatan lampu untuk bilik-bilik yang lain.
Sertakan bersama dalam bajet pengubahsuaian anda beberapa jenis lampu meja dan lampu berdiri. Sekurang-kurangnya dua hingga empat jenis lampu sudah memadai. Lampu-lampu ini amat berguna apabila anda ingin melakukan quick makeover di ruang rumah anda. Mudah juga untuk anda mengalihkannya mengikut citarasa dekorasi anda, lebih-lebih lagi lampu meja dan lampu berdiri kerana ia boleh menjadikan ruang bilik lebih mesra suasana.
Jika inginkan daya tarikan pada dinding, anda boleh menggunakan sebuah lampu dinding yang menarik dan yang boleh memberikan sinaran cahaya lampu yang kreatif pada dinding. Pilihan anda tidak terhad pada kertas dinding, lukisan, panel papan kayu dan seterusnya. Anda boleh menggunakan lampu dinding untuk mencipta kesan pencahayaan dan membuat dinding lebih menarik.
Di kedai hardwareterdapat banyak corak bal LED sentuh atau tap-on yang boleh dipasang siap dan menggunakan bateri. Jika kabinet besar ataupun almari baju anda malap dan gelap, lekatkan sahaja bal LED tap-on ini di dalam kabinet supaya anda senang melihat barang di dalamnya. Ia juga mudah dipasang dengan menggunakan pelekat sahaja tanpa memasang aliran elektrik kepada kabinet dan almari. Anda boleh menjimatkan kos memasang lampu di almari kerana menggunakannya sebentar sahaja. Kosnya amat minimal kerana menggunakan bateri biasa.
Perhatikan cara anda menggunakan lampu dalam kehidupan harian. Elakkan pembaziran kos pada peralatan lampu. ROSMAH IDAYU ABU SAMAH