Hubungan yang baik memberi manfaat dalam perkembangan keperibadian seseorang seterusnya terhadap kesihatan fizikal dan mental. Pun begitu, terdapat sesetengah hubungan menjadi kurang baik atau toxic relationship yang boleh menyebabkan seseorang merasa tidak bahagia.

Waspada Dengan HUBUNGAN BERSIFAT TOKSIK. Boleh Menjejaskan Kesihatan

IKLAN

Hubungan bersifat toksik boleh dialami oleh sesiapa sahaja sama ada melibatkan hubungan peribadi, saudara, sahabat, rakan sekerja mahupun ibu bapa dan anak. Baik atau buruknya sesebuah hubungan bergantung kepada kesan terhadap kedua belah pihak.

Hubungan bersifat toksik boleh dilihat dalam bentuk fizikal dan verbal seperti saling tidak percaya, kurang memberi sokongan dan sering mementingkan diri. Berikut tanda-tanda hubungan bersifat toksik:

MERASA TIDAK BAHAGIA

Jika hubungan anda tidak dapat memberikan semangat atau sokongan yang diperlukan ia mungkin disebabkan masalah dalam berkomunikasi dan tidak memahami antara satu sama lain.

TERLALU DIKONGKONG

Boleh berlaku dalam berbagai situasi terutama larangan secara berlebihan untuk melakukan sesuatu perkara. Ia boleh mempengaruhi perkembangan mental dan menjauhkan diri daripada orang terdekat sehingga menyebabkan berkurangnya percaya diri.

Waspada Dengan HUBUNGAN BERSIFAT TOKSIK. Boleh Menjejaskan Kesihatan

SENTIASA BERFIKIRAN NEGATIF

Ini boleh berlaku disebabkan oleh kekerasan verbal yang diterima, cara berkomunikasi mahupun kritikan-kritikan ketika menghabiskan waktu bersama.

HUBUNGAN SEHALA SAHAJA

Tiada proses menerima dan memberi. Hanya terdapat satu pihak yang berusaha untuk memberikan yang terbaik termasuk memenuhi keperluan serta memberikan sokongan tanpa berbelah bahagi.

GANGGUAN EMOSI

Sering merasa sedih, marah atau kecewa ketika berkomunikasi mahupun menghabiskan masa bersama. Hubungan yang tidak baik dengan orang terdekat sudah pasti tidak membuatkan anda bahagia.

IKLAN

RISIKO OBESITI

Selain meningkatkan kadar kolesterol, tekanan disebabkan hubungan tidak bahagia boleh meningkatkan nafsu makan terutama makanan tinggi lemak dan gula. Kononnya makanan-makanan itu dapat mengurangkan stres. Jika masalah gagal diselesaikan kemungkinan anda akan lebih banyak makan. Akibatnya, berisiko untuk mengalami obesiti.

Waspada Dengan HUBUNGAN BERSIFAT TOKSIK. Boleh Menjejaskan Kesihatan

MENINGKATKAN TEKANAN

Keadaan tekanan yang kronik boleh menyebabkan hormon kortisol berlebihan dan meningkatkan tekanan darah. Kedua-duanya boleh meningkatkan tekanan darah dalam waktu yang lama.

IKLAN

MENJEJASKAN KUALITI TIDUR

Terus menerus memikirkan masalah menyukarkan otak untuk rehat. Waktu tidur adalah perkara pertama yang akan terganggu. Akibatnya, boleh menyebabkan perubahan waktu tidur termasuk dari segi kualiti dan berbagai masalah kesihatan.

Waspada Dengan HUBUNGAN BERSIFAT TOKSIK. Boleh Menjejaskan Kesihatan

GANGGUAN PSIKOLOGI

Gangguan boleh terjadi dalam bentuk fobia sosial, serangan panik dan gangguan kepribadian. Tangani perkaran ini dengan serius agar tidak menjadi gangguan psikologi yang berterusan.

MASALAH KESIHATAN JANTUNG

Jika hubungan bersifat toksik sudah mula mencetuskan penyakit kardiovaskular seperti kolesterol dan obesiti, risiko seterusnya penyakit jantung. Satu kajian menunjukkan hubungan yang tidak baik dengan orang terdekat boleh meningkatkan risiko diserang penyakit jantung koroner.

 

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI