Tidak dapat dipertikaikan lagi kehebatan vokal penyanyi kesayangan ramai Anuar Zain tampil dengan mendendangkan 5 buah lagu terbaik buat peminatnya. Puas hati semua peminat yang hadir apabila Anuar sendiri turun bermesra dengan peminatnya. Ramai yang mengambil kesempatan berselfie, berpeluk mesra bersama Anuar Zain yang nyata bijak melayan permintaan mereka. Sempat bergurau di pentas apabila ada peminatnya memegang bahagian perut beliau. Untung laaaa…. Bagi Anuar sendiri, berada di satu pentas bersama Bunga Cinta Lestari dan Yuka adalah satu momen terindah kerana mereka berdua ini mempunyai vokal dan aura cukup memukau.

IKLAN

Wow, Tiba-Tiba Ada Fashion Show Raya Dalam Konsert Tersohor ANUAR ZAIN, BUNGA CINTA LESTARI & YUKA KHARISMA!

Wow, Tiba-Tiba Ada Fashion Show Raya Dalam Konsert Tersohor ANUAR ZAIN, BUNGA CINTA LESTARI & YUKA KHARISMA!

Pentas Live In concert ini menjadi tumpuan utama dengan kehadiran Bunga Cinta Lestari (BCL) penyanyi pop Indonesia yang cukup terkenal membuat kemunculan perdananya dalam skala konsert di Malaysia. Membawakan 10 lagu popular, BCL amat tidak menghampakan dengan persembahan bertenaga dan menggetar jiwa. BCL turut mendendangkan lagu Lagenda khusus ditujukan buat semua penggiat seni yang telah menyumbangkan tenaga dan kreativiti mereka dalam dunia seni selama ini.

 

Kala peminat sedang terhibur dengan alunan persembahan artis MEGA Indonesia dan Malaysia ini, tiba-tiba muncul pertunjukan fesyen koleksi raya oleh Fatime dengan tema ‘flower fantasy’. Terkejut juga sebahagian mereka yang hadir dengan kemunculan model-model tinggi lampai di pentas konsert. Menurut pengasas busana Fatime, Datin Fatime Azuni “Pertunjukan fesyen ini bertujuan untuk memperkenalkan jenama miliknya kepada masyarakat tempatan sekali gus menjadikan pertunjukan fesyen koleksi raya di dalam konsert pertama di Malaysia.”

Sesuai atau tidak, hanya penonton yang hadir pada malam konsert tersebut boleh jelaskan. Apa pun, mungkin ia salah satu strategi pemasaran yang berbeza dan untuk ditampilkan oleh Co-Sponsor utama Fatime. Sekurang-kurangnya dapat memberi anda inspirasi busana untuk dipakai raya nanti.

IKLAN

Wow, Tiba-Tiba Ada Fashion Show Raya Dalam Konsert Tersohor ANUAR ZAIN, BUNGA CINTA LESTARI & YUKA KHARISMA!

Wow, Tiba-Tiba Ada Fashion Show Raya Dalam Konsert Tersohor ANUAR ZAIN, BUNGA CINTA LESTARI & YUKA KHARISMA!

IKLAN

Konsert dalam durasi dua jam itu, sememangnya panas dengan persembahan mantap artis kesayangan mereka termasuklah dengan kehadiran persembahan Yuka Karisma yang mempunyai kekuatan vokal sangat hebat. Nyata lagu JAMPI nyanyian beliau, tidak mengecewakan.

Malam istimewa itu juga, penonton berpeluang memenangi skuter dan 5 iphone 8 bagi mereka yang bertuah. Nyata Anuar Zain, Bunga Cinta Lestari dan Yuka Kharisma – Live in Concert yang dianjurkan oleh DTA Fashion Art Performance Sdn Bhd sangat hebat dan meninggalkan kesan terbaik di hati peminat mereka.

Kredit foto: Ajako Watanabe

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI