Sebut sahaja nama Zizi Kirana, pasti Nonarians kenal dan sedia maklum dengan pelantun suara lagu berjudul Eh? Yang kini sudah mengubah penampilan dan berhijrah ke arah lebih baik.
Zizi Kirana atau nama sebenarnya Nur Fazelah Mad Tahil semakin anggun sejak selesa memutuskan berhijab dan menutup aurat dengan sempurna. Memang sangat cantik dan berseri-seri wajahnya ditambah pula dengan suaranya yang serak-serak basah itu.
Tak sangka penyanyi dari Sabah ini rupanya sudah meniti usia 38 tahun, nampak muda kan. Zizi Kirana di antara wanita bertuah kerana dikurniakan seraut wajah tiada bermasalah dan sangat mulus.
Namun, itu bukan alasan buatnya tidak menjaga kecantikan diri.
Menelusuri rutin penjagaan kecantikannya nyata wanita ini mengamalkan penjagaan kecantikan yang ringkas dan banyak mempraktikkan bahan semula jadi yang mudah di dapati di dapur untuk tampil menawan.
Wanita cantik ini turut berkongsi mengamalkan petua kecantikan berasaskan kunyit seperti yang dilaporkan di Sinar Harian.
Ads
1. Masker Kunyit
“Saya tidak mempunyai sebarang teknik rawatan khusus. Sebaliknya, saya hanya mencuci muka dengan pencuci wajah, memakai pelindung sinar matahari, serum dan pelembap wajah seperti yang biasa dilakukan oleh semua wanita.
Jika mempunyai masa terluang saya membuat masker pada wajah dengan menggunakan kunyit hidup yang ditumbuk halus. Saya gemar melakukan sendiri masker wajah di rumah kerana tidak gemar ke spa kecantikan,” jelas Zizi Kirana.
2. Jamu Kunyit
“Pada saya, penjagaan penampilan itu penting dan seharusnya bermula dari dalam. Selain mengamalkan pengambilan makanan dan gaya hidup sihat, perihal jiwa serta kerohanian juga perlu dijaga.
Ads
Selain itu, saya juga seorang yang amat menitik beratkan aspek kebersihan. Sebagai tambah nilai untuk kesihatan, saya juga mengambil vitamin sebagai suplemen tambahan. Sejak dahulu lagi saya mengamalkan meminum jus kunyit sebagai minuman kesihatan.
Kaedah ini merupakan cara tradisional dan mudah untuk melakukan sendiri di rumah untuk menjaga kesihatan,” tambahnya yang hanya akan lakukan aktiviti fizikal seperti senaman ringan seminggu sekali.
Ads
Zizi Kirana juga khabarnya pernah ‘bermusuh’ dengan nasi sekitar tahun 2018. Tapi kini Zizi akan makan nasi seperti biasa tanpa sebarang pantang namun mengambil nasi sekali sahaja.
Pun begitu, tidak seperti orang lain, Zizi turut memberitahu dia bukan jenis mengawal pengambilan jumlah kalori dalam makanan.
Menurutnya dia hanya hadkan pengambilan nasi sekali dalam sehari dan tidak mengambil peduli soal jumlah kalori yang perlu diambil.
Majalah Nona ada juga di Telegram. Mudah nak akses artikel menarik dan video-video terkini di sini. Follow kami sekarang di SINI!
Gaya hidup dan cita rasa Azrinaz Mazhar Hakim memang ada kelas tersendiri! Setiap apa yang digayakan pasti meraih perhatian khalayak. Begitu juga dengan kediaman milik bekas personaliti TV ini yang serba mewah dan luas bak istana!
Tidak ketinggalan mengucapkan salam lebaran buat peminat di media sosial, Azrinaz turut berkongsi persalinan indahnya di samping keluarga tersayang pada 1 Syawal.
Tampil sedondon bersama anak dan suami, tidak dinafikan Azrinaz kelihatan cukup anggun berbusana indah royal blue. Begitu juga suami tercinta yang segak berbaju Melayu rona sama.
Menjengah ruangan komen, rata-rata rakan artis dan peminat memuji momen bahagia Azrinaz sekeluarga. Bahkan jelitawan ini juga mesra dan rajin melayan followers tersayang.
Selain Azrinaz dan pasangan, telatah comel dua puteri kesayangannya juga menarik tumpuan. Kian meningkat usia dan ceria, baju raya mereka tidak kurang menarik dan eksklusif!
Walau masih kecil, bijak bergaya seperti ibu tersayang. Memang stylo dan rekaan unik di bahagian lengan serta diperincikan dengan manik!
Ucap Azrinaz, “1 Syawal. Selamat Hari Raya from our lil family to yours. Minalaidilwalfaizin. Maaf Zahir & Batin.”
Pada 1 Mei 2018, Azrinaz sah bergelar isteri kepada Fairos Khan Abdul Hamid. Hasil perkongsian hidup mereka dikurniakan dua cahaya mata perempuan iaitu Areesya Malaykha dan Atheera Medina.
Sebelum ini Azrinaz menerusi perkahwinan terdahulu bersama Sultan Brunei Sultan Hassanal Bolkiah dikurniakan sepasang cahaya mata iaitu Pengiran Muda Abdul Wakeel dan Pengiran Anak Puteri Ameerah Wardatul Bolkiah.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Wajah jelita ini masih menjadi perhatian peminat seni tanah air walaupun kelibatnya jarang muncul di media massa menyebabkan ramai yang kurang menyedari kehadirannya. Namun, namanya masih kekal relevan sehingga sekarang walaupun kali terakhir wanita kacukan Melayu-Inggeris ini dapat dilihat melalui filem Chermin pada tahun 2006.
Foto: Instagram @deannayusoff_official
Melihat wajahnya melalui platform media sosial milik peribadinya tidak sangka wanita Deanna Yusoff sudah menginjak ke usia 54 tahun. Namun begitu wanita yang mempunyai ketinggian 170cm ini juga telah berkongsi rahsia kejelitaannya melalui akaun Instagram miliknya. Menurut selebriti cantik ini, sejak berpindah ke Switzerland ketika usianya 12 tahun beliau sudah mula menjaga kecantikan kulit.
Walaupun ketika itu perubahan cuaca yang menyebabkan kulitnya menjadi kering tetapi rutin penjagaan wajah telah sebati dengan dirinya bermula dari detik itu. Apabila usia semakin remaja, Deanna mula menambah rutin penjagaan kulitnya dengan pembersih wajah dan penyegar. Patutlah kulitnya kelihatan sangat berseri walaupun sudah memasuki usia 50an. Tengok semua gambarnya pun tak gunakan filter tau!
Wanita yang masih single ini juga rupanya dalam diam telah memformulasikan produk penjagaan kulit yang digelar Edel Botanica. Sebelum ini Deanna menjalankan perniagaan coklat premiun dari Switzerland, Grandjean.
Deanna Yusoff pernah menerima anugerah Pelakon Wanita Terbaik di Festival Filem Malaysia ke-10. Selain itu pelakon filem Selubong ini memiliki Ijazah Sarjana Muda Perakaunan dan Perdagangan dari sebuah universiti luar negara. Deanna juga pernah menceburi bidang nyanyian dengan melancarkan dua buah album, Divide and Continue dan Fix.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Cantiknya Mulan Jameela, macam patung! Isteri Ahmad Dhani ini cukup bertuah kerana dikurniakan raut wajah sempurna dan sejuk mata memandang. Lebih-lebih lagi sejak dia mengenakan hijab kira-kira dua tahun yang lalu. Pastinya, kedatangan bulan Mei saban tahun menerbitkan nostalgia indah buat Mulan kerana pada detik inilah, dia mendapat hidayah Allah SWT untuk berhijab. Syukur alhamdulillah!
Memetik kenyataan Mulan ketika ditemu bual Liputan 6, aktres berusia 41 tahun ini memutuskan untuk memakai kerudung kepala sebaik pulang dari Palestin pada tahun 2018 iaitu beberapa hari sebelum Ramadan menjelang. Katanya, niat berhijab sudah lama terdetik di hati apatah lagi suami sudah lama menanti untuk dia berubah.
Mulan di samping Ahmad Dhani sewaktu di Palestin
“Berhijab dari tanggal 14 Mei. InshaAllah, berkekalan. Niat sudah lama sebenarnya cuma masih on off. Mahu terus berhijab tapi masih ragu-ragu. Suami dah lama luah hasrat nak tengok saya bertudung tapi apakan daya, hati belum diketuk hidayah Allah. Sejujurnya rasa mahu pakai hijab lepas pulang dari Palestin. Sembilan hari berada di sana dan berhijab, saya rasa tenang dan selesa saja.
Di sana saya belajar banyak perkara dan niat untuk berhijab bukan kerana Palestin semata-mata. Memang hati terdetik mahu pakai hijab ketika berada di sana lagi tapi paling utama adalah hidup di dunia ini singkat dan bukan selama-lamanya. Ada kehidupan lain yang sedang menanti.”
Jika sebelum ini peminat mengenali peribadi Mulan kerana penampilannya yang seksi, kini kompas hidupnya berubah. Baju yang selama ini ‘melekap’ di tubuh kini longgar tanpa mengikut bentuk badan, gaya tudungnya pula labuh dan mematuhi syariat Islam selain lengkap mengenakan stokin kaki dan tangan. Memang menepati ciri-ciri wanita muslimah sebenar. Untung Ahmad Dhani.
Mulan yang merupakan bekas penyanyi kumpulan Ratu pernah menggegarkan industri muzik di Indonesia dan Malaysia menerusi lagu ‘berhantu’ mereka Teman Tapi Mesra. Kalau diminta untuk menyanyikan semula lagu tersebut pun mesti ramai yang masih mengingati setiap bait dan lirik lagu berkenaan. Memang legend! Bersandarkan bakat nyanyian dan wajah jelitanya, tidak hairanlah nama Mulan melonjak naik sebaris dengan nama-nama penyanyi popular di Indonesia ketika itu.
Bagaimanapun sekitar tahun 2011, nama Mulan terpalit dengan kontroversi gara-gara penceraian rakan baik dan teman duetnya, Maia Estianty. Dia dikatakan menjadi punca keretakan rumah tangga Maia dan Ahmad Dhani yang kini menjadi suaminya.
Shafeea, anak perempuan sulung Mulan dan Ahmad Dhani kini berusia 9 tahun manakala seorang lagi anak mereka ialah Ahmad Syailendra Aerlangga, empat tahun. Sebelum bernikah dengan Ahmad Dhani, Mulan pernah berkahwin dengan Harry Nugraha dan dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Tiara dan Daffi.
Kredit Foto: Instagram Mulan Jameela
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Masjid Habib di Pulau Pinang menampilkan seni bina Jawi Peranakan, kubah berinspirasikan intan, serta kemudahan mesra komuniti — sebuah wakaf bernilai RM30 juta yang menjadi simbol cinta dan syukur.