Bila tiba Ramadan, lauk-pauk kampung pastinya menjadi pilihan untuk berbuka puasa. Lebih istimewa sekiranya lauk pauk kampung ini dihidangkan secara berhidang dan dinikmati oleh seisi keluarga.

Ya, jika anda inginkan suasana berbuka puasa dalam suasana penuh kekeluargaan,  White N Black Kampung Heritage adalah lokasi yang perlu dikunjungi.

IKLAN

Selera Kampung Di White N Black Kampung Heritage Bakal Imbas Hidangan Air Tangan Ibu!

Restoran yang terletak di G-01, Menara M101, Dang Wangi, Ground Floor, Jalan Kamunting Dang Wangi, Kuala Lumpur ini sememangnya mempunyai lokasi yang strategik untuk dikunjungi oleh warga kota yang ingin menikmati hidangan  kampung yang lazat bagaikan menikmati hidangan dari air tangan ibu yang jauh  di kampung.

Selera Kampung Di White N Black Kampung Heritage Bakal Imbas Hidangan Air Tangan Ibu!

Selera Kampung Di White N Black Kampung Heritage Bakal Imbas Hidangan Air Tangan Ibu!

Sebaik penulis melangkah masuk ke dalam restoran, penulis disambut dengan gaya dekorasi ala kampung yang banyak mengimbas nostalgia. Mana tidaknya, sebuah beca turut diletakkan di satu sudut sebagai lokasi untuk anda mengabadikan gambar kenangan menjadi daya penarik untuk dijadikan memori yang indah. Di restoran ini juga anda mempunyai pilihan untuk menjamu selera samada di ruang bawah atau pun di atas.

Selera Kampung Di White N Black Kampung Heritage Bakal Imbas Hidangan Air Tangan Ibu!

Bercerita mengenai menu yang ditawarkan, White N Black Kampung Heritage  menyediakan menu kampung secara ala carte yang dihidangkan di dalam pinggan klasik yang sekali lagi menimbas nostalgia desa.

Selera Kampung Di White N Black Kampung Heritage Bakal Imbas Hidangan Air Tangan Ibu!

IKLAN

Antara hidangan  signature White N Black Kampung Heritage antaranya Siakap Sambal Petai, Daging Salai Masak Lemak, Siput Sedut Masak Lemak, Pari Bakar, Pais Patin dan pelbagai menu lain yang pastinya menepati citarasa selera kampung. Lebih istimewa, harga menu bermula dari RM30 hingga RM70. Amat berpatutan, bukan!

Selera Kampung Di White N Black Kampung Heritage Bakal Imbas Hidangan Air Tangan Ibu!

Selera Kampung Di White N Black Kampung Heritage Bakal Imbas Hidangan Air Tangan Ibu!

Selera Kampung Di White N Black Kampung Heritage Bakal Imbas Hidangan Air Tangan Ibu!

IKLAN

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif White N Black Kampung Heritage, Mohd Firdaus Jamaluddin, konsep hidangan kampung yang dibawakan ini bakal memenuhi permintaan masyarakat kota yang rindukan hidangan kampung autentik walaupun berada di tengah ibukota.

Selera Kampung Di White N Black Kampung Heritage Bakal Imbas Hidangan Air Tangan Ibu!

“Kepada mereka yang ingin merasai masakan tradisional melayu kampung,kunjungan ke White N Black Kampung Heritage pada bulan Ramadan ini pasti tidak mengecewakan,” ujarnya ketika ditemui di majlis memperkenalkan menu berbuka puasa White N Black Kampung Heritage baru-baru ini.

Selera Kampung Di White N Black Kampung Heritage Bakal Imbas Hidangan Air Tangan Ibu!

Untuk maklumat lanjut boleh ikuti White N Black Kampung Heritage di Instagram – white_blackheritage, Facebook – White N Black Kampong at Heritage KL dan TikTok – wnbkampongheritage.

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI