Bila terikat dengan pelan diet, nak makan apa pun terbantut.
Selalunya begitulah persepsi yang timbul. Masuk bulan Ramadan, nafsu makan akan lebih teruji.
Lebih-lebih lagi bila ke bazar Ramadan ataupun menghadiri majlis berbuka puasa.
Ia pasti mendorong seseorang itu untuk makan lebih kerana ‘tewas’ dengan kelazatan menu yang terhidang di depan mata.
Baca 9 tip ringkas yang dikongsi oleh selebriti kesihatan dan kecergasan, Kevin Zahri bagaimana untuk menyelamatkan diri daripada nafsu makan semasa berbuka puasa.
“Chillex dan enjoy your “sekuih-dua”. Ingat, ia bukan soal kurus tapi untuk kehidupan yang lebih baik, sihat dan gembira.” -KEVIN ZAHRI
Ads
Berbuka Dengan Kurma
Kurma adalah sumber tenaga yang cepat (glukos) dan kompleks (serat) hebat.
Tapi INGAT, kurma tetap berkalori.
Protein dan Fiber
Mulakan hidangan pertama dengan pinggan yang ada sumber protein dan fiber yang mengenyangkan.
Kalori Dalam 700kcal
Tapi tak perlulah kira kalori ‘kaw-kaw‘. Chillex.
Ads
20 Minit Rules
Ia ambil masa 20 minit untuk rasa kenyang. So take it easy, makan dan yakin rasa kenyang akan datang nanti.
Socialize Dengan “0 Kosong“
Apabila berbuka bersama rakan dan keluarga, cuba layan ‘social drinking‘ dengan air kosong atau air tidak berkalori.
Ads
Elak Berbuka Dengan Nafsu
Jangan dahulukan makanan yang menggembirakan (bergula ringkas).
Kenapa? Kerana ia tidak mengenyangkan.
Masakan Cina memang terkenal dengan aneka ramuan yang unik. Pendek kata, bahan-bahan yang digunakan dalam masakan jarang dipraktikkan untuk penyediaan juadah tradisi Melayu mahupun India.
Mengambil resipi Stir Fried Lotus Root, Honey Bean & Wolfberries dari Dynasty Restaurant di Renaissance Kuala Lumpur Hotel, ada banyak manfaat di sebalik resipi ini sebenarnya.
Jom, semak khasiat akar teratai, sengkuang Cina dan cendawan telinga kera berikut.
(a) Akar teratai
Mengandungi vitamin C untuk melindungi serangan jangkitan atau kanser, mengurangkan risiko serangan jantung, stres dan sakit kepala daripada kandungan vitamin B kompleks, mencegah sembelit di samping mengawal kadar kolesterol daripada khasiat serat dan melancarkan tekanan darah.
(b) Sengkuang Cina
Antara khasiat yang ada pada sengkuang cina adalah penawar bronkitis, menurunkan tekanan darah tinggi, mengurangkan selesema, batuk atau demam selain banyak digunakan di kalangan ibu hamil untuk mengelak bayi daripada terkena jangkitan jaundis.
(c) Cendawan telinga kera
Ia dapat merawat penyakit kardiovaskular iaitu memecahkan darah beku dalam jantung manusia di samping turut menurunkan tekanan darah, mengawal paras kolesterol dan membantu mengurangkan berat badan.
Cuci dan bersihkan kacang pis. Kemudian, tos dan goreng sehingga empuk. Angkat dan ketepikan. Seterusnya, kupas kulit akar teratai dan dipotong bulat. Rendam buah goji beri dan cendawan telinga kera hingga lembut. Masukkan kedua-duanya dalam air mendidih. Bubuh ½ sudu teh garam dan masak seketika sebelum diangkat.
Sesudah itu, panaskan kuali berisi minyak dan goreng bawang putih dengan api perlahan sehingga naik bau. Masukkan akar teratai, cendawan telinga kera dan sengkuang Cina. Goreng semuanya.
Sementara menunggu bahan tadi masak, sediakan bahan membuat sos dengan mencampurkan jus abalone, air, minyak bijan, tepung jagung, garam dan gula secukupnya. Tuang ke dalam masakan sebelum diletakkan kacang pis dan buah goji beri. Kacau sebati dan hidangkan.
Resipi: TERIMA KASIH PENGURUS PERHUBUNGAN AWAM RENAISSANCE KUALA LUMPUR HOTEL, NOR AIZAN ABDUL HAMID
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Sunway Resort di Sunway City Kuala Lumpur memperkenalkan restoran baharu, Black Tap Craft Burgers & Shakes yang bakal memberi pengalaman menjamu selera yang berbeza.
Restoran yang memenangi anugerah serta berpangkalan di New York ini memberi pengalaman makan tengah hari ala Amerika yang hebat dengan menikmati classic craft burgers dan CrazyShake Milkshakes yang terkenal di dunia.
Majlis perasmian Black Tap Craft Burgers & Shakes telah dihadiri oleh tetamu VIP antaranya termasuklah Tengku Zatashah dan suami, Dato’ Setia Aubry Rahim Mennesson, Marion Caunter, Rebekah Yeoh, Thanuja and Anuja Ananthan, Sarah Lian, Roberto Guiati, Alexis SueAnn dan beberapa selebriti tempatan seperti Diana Daniella, Idris Khan, Mia Nasir, Anzalna Nasir dan ramai lagi.
Dimiliki oleh pasangan suami isteri, Chris Barish dan Julie Mulligan, Black Tap diiktiraf seluruh dunia. Setelah memperoleh pelbagai anugerah sejak pembukaannya pada tahun 2015 termasuk People’s Choice Award (2015-2017) dan Judges Choice Award (2020 dan 2021), Black Tap kini tersedia di lokasi ikonik di Amerika Syarikat termasuk di The Venetian Resort Las Vegas, Downtown Disney District di Disneyland Resort di Anaheim, CA.
Manakala di peringkat antarabangsa adalah di Bahrain, Singapura, Switzerland dan Emiriah Arab Bersatu.
“Kami amat teruja dengan kerjasama ini. Black Tap membawakan inspirasi New York dalam suasana restoran bermula dari elemen mural seni jalanan kepada pop 80-an dan 90-an hip-hop.
Pengurus Besar Kanan Sunway City Kuala Lumpur Hotels, Alex Castaldi berkata, “Kami berbesar hati dan mengalu-alukan kehadiran Black Tap untuk sama-sama ‘berdiri’ sebaris dengan restoran terkemuka kami di Sunway Resort. Kami percaya, classic craft burgers dan CrazyShake Milkshakes bakal digemari semua lapisan masyarakat.”
Terletak di laluan utama Persiaran Lagoon, ia mempunyai 165 ruang tempat duduk untuk menjamu selera termasuklah ruangan outdoor patio dan Mezzanine Level.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Kedatangan Ramadan sememangnya membawa seribu rahmat buat setiap umat Islam. Mana tidaknya, bulan yang penuh keberkatan ini turut dikaitkn sebagai bulan rezeki buat para peniaga, tidak kira sama ada berniaga secara kecil-kecilan sehinggalah ke hotel bertaraf lima bintang. Menjelang 10 hari sebelum Ramadan melabuhkan tirai, NONA kongsikan beberapa lokasi buka puasa yang boleh dicuba!
Dengan lebih 100 seleksi lauk pauk Melayu, Asian dan Barat, sajian buffet di Hotel Sunway Putra Kuala Lumpur pastinya tidak mengecewakan.
Antara menu yang disediakan termasuklah kerabu jantung pisang, kerabu lala pedas, rojak buah, tauhu sumbat, masi sushi dan aneka hidangan sushi.Jika anda menggemari hidangan seperti sup gear box, ia turut disediakan termasuklah kari kepala ikan salmon, laksa utara, udang kalio belimbing buluh, daging masak lemak cili padi, ikan masak lemak cili padi dan sebagainya.
Kesemua hidangan ini disediakan di bawah seliaan Eksekutif Chef Rossham Rosli yang mempunyai pengalaman selama 25 tahun dalam bidang perhotelan. Buffet Ramadan di Hotel Sunway Putra Kuala Lumpur pada harga RM128 nett dan separuh harga untuk warga emas serta kanak-kanak dari 6 hingga 12 tahun. Untuk tempahan sila hubungi +03-4040 9888.
Hotel bertaraf empat bintang ini turut menyediakan buffet Ramadan di Kaffeinate, yang terletak di tingkat 5 hotel. Antara hidangan yang bakal disajikan termasuklah ketupat bersama serunding, kerabu jantung pisang, kerabu daun selom, sambal jering, aneka ulam-ulaman bersama sambal belacan, sambal mangga, sambal tempoyak dan cincalok.
Selain itu, nikmati keenakan laksa kari, mihun sup utara, popia basah, sate ayam dan murtabak yang sememangnya membuka selera. Untuk hidangan utama pula, ia turut menyediakan Nasi Briyani, Ketam Kam Heong, Udang Sambal Petai, Lala Masak Manis, Ikan Keli Salai Masak Lemak, Ikan Bakar, Ayam Masak Hijau Pisang dan Daging Salai Masak Lemak Daun Rimba.
Resorts World Genting mengadakan buffet berbuka puasa di Rajawali Coffee House, Hotel Awana. Datang bersama keluarga, dalam satu kumpulan atau rakan-rakan kerja sepejabat untuk berbuka puasa dengan pelbagai juadah dan hidangan menarik tradisional Melayu bermula 18 May hingga 13 Jun 2018.
Bufet Ramadan di Rajawali Coffee House menampilkan lebih daripada 100 hidangan serata Malaysia. Berbuka puasa dengan pelbagai pilihan kurma premium diimport khas dari Iran, Turnisia dan Maghribi. Gerai Sate dengan pilihan Sate Ayam, Daging, Kambing dihidangkan bersama Otak-otak dan pelbagai hidangan sampingan termasuk Nasi Himpit, Timun, Bawang Bombay dan Kuah Sate merupakan menu wajib rakyat Malaysia yang terdalam dalam Bufet Ramadan.
Buat penggemar sup, satu kios khas Sup Citarasa Awana yang merupakan kepakaran Rajawali Coffee House disediakan dengan pilihan termasuk Sup Gear Box ‘Lambreta’, Sup Perut, Sup Daging dihidang bersama Roti Banggali untuk menjadi peneman lengkap dan dengan pelbagai hidangan lain. Untuk tempahan, sila emel awana.rajawali@rwgenting.com atau hubungi 03 6436 9000 / 019 388 0390.
VE Di Hati menjadi tema Buffet Ramadhan 2018 di VE Hotel & Residence yang terletak Bangsar. Tema unik menjadi pilihan VE Hotel & Residence yang menampilkan pelbagai hidangan tradisi yang pastinya mengembalikan nostalgia berbuka puasa dalam suasana kampung bersama keluarga tercinta.
Antara station hidangan yang menjadi pilihan termasuklah juadah seperti ayam percik Terengganu, gulai kawah kari kepala ikan, bubur serawa nangka,Ayam Kurma Navratan, Daging Hitam Mamak, Ayam Briyani, Madras Lamb Masala, Udang Masak Merah, Nangka Muda Masak Lemak, Sotong Goreng Kunyit, Daging Kerutub dan lebih 280 juadah yang bakal disajikan setiap hari.
Harga bufet Ramadhan yang bermula pada 17 Mei hingga 14 June adalah RM128 untuk dewasa, RM64 untuk warga emas dan RM64 untuk kanak-kanak di bawah 12 tahun. Untuk menempah, hubungi: 03-22462888.
5.HOTEL ONE WORLD PETALING JAYA
Apabila tibanya Ramadan, pelbagai hidangan enak bakal disajikan untuk memenuhi citarasa dan selera. Cinnamon Coffee House, Hotel One World Petaling Jaya menyajikan menu sajian tempatan yang disediakan oleh Executive Sous Chef, Saiful Baharin. Antara menu istimewa yang disediakan termasuklah aneka acar, kerabu, ulam – ulaman dan sebagainya.
Selain itu, jangan lupa untuk menikmati hidangan istimewa seperti Ikan Keli Masak Berlada, Daging Deng Deng, Bubur Lambuk, Ayam Goreng Berempah, Kambing Semur dan Udang Masak Sambal Hijau. Selain itu, jangan lupa sajian enak termasuklah Rendang Ekor Lembu, Gulai Hati Lembu, Ayam Percik, Ketam Kalio, Sayur Masak Nangka, Rojak Sotong Kangkong,, Nasi Daging Briyani Gam dan banyak lagi.
Untuk yang gemarkan manisan, hidangan seperti Tepung Pelita, Pengat Pisang, Bubur Cha Cha, Kek Durian Dodol dan tiramisu kelapa juga tidak boleh dilepaskan. Juadah Nusantara boleh didapati pada harga RM168.00nett dan RM84.00nett. Untuk tempahan, sila hubungi 603 – 7681 1157 atau email kepada cinnamon@oneworldhotel.com.my
6.GRAND MILLENIUM KUALA LUMPUR
Kali ini, Grand Millenium Kuala Lumpur mengetengahkan aneka hidangan tempatan yang pastinya menepati citarasa para pengunjung. Bertemakan Selera Malaysia, buffet Ramadan boleh dinikmati bermula dari 16 Mei hingga 14 Jun 2018. Antara hidangan yang menanti para tetamu termasuklah gulai daging salai, kawah kari kepala ikan, ayam golek, nasi hujan panas, rendang daging, sotong masak hitam dan selekasi hidangan pemanis mulut seperti pengat pisang, bubur serawa nangka dan tapai pulut. Untuk tempahan, sila hubungi +60 3 2117 4163 atau email mill@millenniumhotels.com
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Idy Chan kembali mencuri perhatian pada usia 66 tahun apabila penampilannya yang anggun dan awet muda tular di media sosial. Ketahui kisah pelakon ikonik Bibi Lung yang memilih kehidupan sederhana selepas bersara.