Nama Shah Rukh Khan bukan lagi asing di kalangan rakyat Malaysia dan boleh dikatakan terkenal di seluruh dunia. Kehebatan lelaki berwajah manis ini beraksi di pentas lakonan berjaya mencipta aura tersendiri dan memberi kesan kepada para penonton.

IKLAN

Tapi di sebalik bakat besar dan kejayaan yang dimiliki Shah Rukh Khan, ada seorang wanita yang berdiri teguh di belakangnya dan setia memberi sepenuh sokongan terhadap suami tercinta iaitu Gauri Khan.

Dilahirkan pada 8 Oktober 1970 di New Delhi, India, Gauri atau nama sebenarnya Gauri Chibber mula mengenali Shah Rukh Khan sekitar tahun 1984.

Walaupun Suaminya Shah Rukh Khan, Tapi Gauri Tetap Mahu Dikenali Kerana Dirinya Sendiri

Walaupun Suaminya Shah Rukh Khan, Tapi Gauri Tetap Mahu Dikenali Kerana Dirinya Sendiri

Perhubungan mereka pada mulanya mendapat tentangan daripada keluarga namun pasangan romantis ini nekad melangsungkan perkahwinan pada 25 Oktober 1991 ketika Shah Rukh Khan baru bertatih dalam industri perfileman India.

Hasil perkahwinan selama hampir 26 tahun, mereka dikurniakan tiga orang anak iaitu Aryan Khan (20 tahun), Suhana Khan (17 tahun) dan Abram Khan (4 tahun). Meskipun sudah bergelar isteri dan ibu, Gauri masih kelihatan cantik dan bergaya. Malah, pereka fesyen popular India, Satya Paul turut memuji cita rasa fesyen suri hati Shah Rukh Khan ini.

Tidak sekadar memiliki rupa paras cantik, Gauri yang juga merupakan graduan dari Lady Shri Ram College dan pernah mengikuti kursus singkat seni reka fesyen selama enam bulan di Delhi. Kursus fesyen tersebut barangkali diambil memandangkan bapanya adalah seorang pengusaha pakaian.

IKLAN

Walaupun Suaminya Shah Rukh Khan, Tapi Gauri Tetap Mahu Dikenali Kerana Dirinya Sendiri

Walaupun Suaminya Shah Rukh Khan, Tapi Gauri Tetap Mahu Dikenali Kerana Dirinya Sendiri

IKLAN

Seperti Shah Rukh Khan, Gauri juga bukan calang-calang wanita kerana dia turut bertindak selaku penerbit filem dan membina syarikat produksi, Red Chilies Entertainment bersama Shah Rukh Khan.

Bukan itu saja, Gauri kini meluaskan empayar dengan mengusahakan Gauri Khan Designs iaitu sebuah syarikat hiasan dalaman yang menyediakan perkhidmatan rundingan untuk rekaan ruang bangunan mewah, kediaman, pejabat, restoran dan hotel dengan penataan dekorasi serba glamor serta klasik.

Walaupun Suaminya Shah Rukh Khan, Tapi Gauri Tetap Mahu Dikenali Kerana Dirinya Sendiri

Walaupun Suaminya Shah Rukh Khan, Tapi Gauri Tetap Mahu Dikenali Kerana Dirinya Sendiri

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI