10 Penyakit Paling Popular Di Malaysia, No. 9 Tu Paling WAJIB DIELAKKAN Sekarang!

2892

Kata orang, mencegah lebih baik daripada mengubati. Jika sudah terkena penyakit baru tersedar, mungkin masih ada masa untuk memulihkannya tapi bagaimana pula kalau sudah kronik?

Tidak kira wanita mahupun lelaki, anda perlu menitikberatkan penjagaan kesihatan. Jika tidak peka dengan pemakanan yang seimbang dan gaya hidup yang sihat, anda mudah terkena penyakit yang berbahaya. Sikap acuh tidak acuh kepada tanda-tanda penyakit boleh mengundang bahaya. Sebelum terlambat apa kata kita kenali penyakit yang sering dihidap masyarakat tempatan.

(1) Sakit jantung

Serangan sakit jantung berlaku apabila terdapat kerosakan pada otot jantung, ekoran daripada pengurangan pengaliran darah yang membawa oksigen dan nutrien kepada sel-sel jantung. Biasanya bermula apabila terdapat satu plak bekuan kolesterol yang tertanggal daripada dinding saluran darah dan tersangkut pada bahagian kapilari darah yang lebih sempit dan akhirnya menyebabkan pengaliran darah tersumbat. Apabila sel-sel otot jantung kurang bekalan makanan dan oksigen, ia akan menjadi semakin merosot dan akhirnya mati dan berhenti berfungsi. Keadaan seperti itu akan menyebabkan serangan sakit jantung secara tiba-tiba.

Punca : Keturunan, tekanan (stres), merokok, alkohol, kurang aktiviti senaman, masalah kegemukan dan tabiat pemakanan yang tidak sihat.

(2) Penyakit sekatan pernafasan kronik (COPD)

Penyakit pulmonari (paru-paru) obstruktif (saluran pernafasan tersekat akibat bengkak atau parut) kronik (keadaan yang berterusan untuk jangka masa lama) bukan sekadar batuk perokok. Antara simptom COPD yang paling ketara adalah nafas tercungap-cungap, pengeluaran kahak yang keterlaluan dan batuk yang kronik, lebih dari sebulan.

Punca : Berpunca daripada peningkatan tindak balas keradangan tisu paru-paru akibat pendedahan berpanjangan kepada pencemaran udara, asap rokok, penggunaan ketuhar dan pemanas kayu atau arang batu dalam rumah.

(3) Kencing manis

Penyakit kencing manis atau diabetes merujuk kepada satu golongan penyakit yang mempengaruhi bagaimana badan mengawal gula atau glukosa darah. Jika seseorang itu mempunyai kencing manis, tidak kira apa jenisnya, bermakna dia mempunyai terlalu banyak glukosa yang terapung di dalam darahnya. Keadaan kencing manis jenis yang serius adalah kencing manis jenis 1 dan jenis 2.

Punca : Seringkali dikaitkan dengan pengumpulan asid yang banyak di renal. Rembesan insulin yang kurang daripada pankreas yang tidak terkawal disebabkan oleh gaya pemakanan yang tidak sihat.

(4) Strok

Bagi serangan strok berlaku apabila salah satu saluran darah utama di otak tersumbat. Saluran darah yang membeku atau pecah akan menyebabkan pemberhentian bekalan darah kepada sel-sel otak yang akhirnya menyebabkan kematian tisu saraf otak yang mengawal fungsi badan tertentu. Serangan strok biasanya tidak membawa apa-apa rasa sakit sebelum serangan berlaku. Ia berlaku secara tiba-tiba dan pesakit itu akan pengsan dan kemungkinan besar menjadi lumpuh pada bahagian tertentu badan.

Punca : Tekanan darah tinggi, merokok, kencing manis, kolesterol dan obesiti.

(5) Kanser pankreas

Pankreas adalah organ dalam perut yang terletak secara horizontal dan di dalamnya terdapat sel eksokrin pankreas yang menghasilkan cairan pencernaan. Manakala sel endokrin pankreas menghasilkan hormon insulin dan glukagon yang mengatur tingkat gula darah dalam tubuh. Kanser pankreas ialah sel yang bersifat kanser terbentuk di dalam pankreas.

Punca : Merokok, diabetes, faktor genetik, radang atau infeksi pada pankreas, obesiti.

(6) Kanser prostat

Kanser prostat adalah suatu tumor ganas yang tumbuh di dalam kelenjar prostat. Penyakit ini biasa menyerang lelaki berusia 70 tahun ke atas. Kanser prostat jarang menyerang lelaki yang berusia di bawah umur 40 tahun.

Punca : Penyebabnya tidak diketahui, namun beberapa penelitian ada menunjukkan hubungan antara diet tinggi lemak dan peningkatan kadar hormon testosteron.

(7) Tekanan darah tinggi

Tekanan darah tinggi atau hipertensi adalah keadaan cairan darah dalam tubuh menekan dinding arteri dengan cukup kuat hingga akhirnya menyebabkan masalah kesihatan seperti penyakit jantung. Tekanan darah ditentukan dengan jumlah darah yang dipamkan oleh jantung.

Punca : Usia, genetik, obesiti, tidak bersenam, merokok, banyak garam dalam tubuh, sedikit vitamin D dalam darah, terlalu banyak minum alkohol dan stres

(8) Batu karang

Batu karang atau renal stone membawa maksud terdapat batu di buah pinggang atau salur kencing seseorang. Batu ini terbentuk apabila terdapat mendakan mineral dalam air kencing. Selalunya kaum lelaki lebih cenderung untuk mendapat penyakit ini, namun kaum wanita juga tidak terkecuali dari mendapat penyakit ini.

Punca : Kurang air, genetik, penyakit sistinuria, kencing manis, darah tinggi, masalah hiperurisemia, kesan sampingan ubat, pemakanan dan kurang bergerak.

(9) Obesiti

Obesiti dapat ditakrifkan sebagai seseorang yang mempunyai berat badan yang berlebihan. Dalam erti kata lain, obesiti ialah badan yang tidak ideal dengan ketinggian.

Punca : Genetik, kerosakan salah satu bahagian otak, pola makan berlebihan, kurang bersukan, pengaruh emosi dan lingkungan persekitaran.

(10) Gout

Gout adalah sejenis penyakit disebabkan berlebihan asid urik di dalam badan. Asid urik adalah bahan kumuhan berasal dari sejenis protein yang dipanggil purin. Badan kita membuang bahan kumuhan ini melalui air kencing (urin). Bagi penghidap gout, asid urik yang berlebihan tidak dibuang dan berkumpul di dalam sendi.

Punca : Pengambilan makanan yang mengandungi banyak nukleus (daging, ginjal, limpa, jantung), kekacang dan makanan laut (kerang, udang, sotong dan sebagainya), mengalami penyakit kulit yang sentiasa menggelupas dan kering, menghidap penyakit darah yang berlebihan.

Jangan Lupa Komen