Seluruh dunia terkena tempias atau impak yang besar dek kerana penularan wabak Covid-19 yang menjadi isu hangat pada masa sekarang. Boleh dikatakan semua aktiviti di seluruh dunia lumpuh  disebabkan kesan wabak ini yang semakin merebak. Dunia fesyen juga turut merasakan perkara yang sama. Banyak pertunjukan fesyen antarabangsa yang terpaksa dibatalkan. Jom kita lihat 10 rumah mode yang membatalkan fashion show dalam masa terdekat ini!

IKLAN

10 Rumah Mode Gergasi Terpaksa Batalkan Pertunjukan Fesyen Kerana Wabak Covid-19!

  1.  GIORGIO ARMANI

Sejak 22 Februari, rumah mode ini telah mengumumkan tidak lagi membuatkan pertujukan fashion show di Milan. Untuk menampilkan koleksi terbaru musim gugur 2020, Armani merancang fashion show di teater kosong dan mengumumkannya di media sosial rasmi Armani. Armani juga telah menutup sementara pejabat rasminya. Tak hanya itu, Armani juga telah menunda fashion show, cruise show di Dubai yang awalnya dijadualkan berlangsung pada 19 hingga 20 April 2020 mendatang. Acara ini ditunda hingga November 2020 akan datang.

  1.  BURBERRY

23 April 2020 akan datang semestinya Burberry melancarkan koleksi di Shanghai, untuk debut koleksi perdana khusus untuk kawasan Shanghai. Hingga hari ini, Tarikh baru untuk pertujukan fesyen ini masih  belum diinformasikan secara lebih terperinci.

  1.  CARTIER

Cartier membatalkan acara presentasi aksesori, Cartier Creations, yang sebelumnya sudah dijadualkan berlangsung pada 3 Mac 2020 yang lalu.

  1.  DIOR

Pada 16 Mac 2020 lalu, Dior secara rasminya mengumumkan pembatalan acara fashion show Resort 2021 show di Italia yang sebelumnya dijadualkan akan berlangsung pada 9 Mei 2020 akan datang.

  1.  CHANEL

Sejak 17 Februari 2020 silam, rumah mode ternama satu ini sudah mengumumkan penundaan acara Métiers d’Art show di Beijing, yang seharusnya berlangsung pada Mei 2020 akan datang. Tak hanya untuk Beijing, Chanel juga membatalkan pelancaran busana Métiers d’Art di London, untuk 4 Jun 2020 akan datang sekaligus cruise 2021 show di Capri, Itali pada 7 Mei nanti. Selain membatalkan acara tersebut, Chanel juga untuk sementara waktu menghentikan proses produksi di Itali, Perancis, dan Swiss.

IKLAN
  1.  GUCCI

Memutuskan untuk menunda pertunjukan fesyen cruise 2021 yang seharusnya berlangsung di San Francisco pada 18 Mei akan datang. Gucci menyebutkan, untuk tanggal dan lokasi baru akan diberitahu kemudian. Pada 12 Mac 2020 lalu, Gucci mengumumkan telah menutup enam lokasi produksi di Itali hingga 20 Mac 2020, setelah pemerintah Itali mengumumkan lockdown pada tanggal 9 Mac 2020 lalu.

  1.  HERMES

Membatalkan pertunjukan fesyen resort 2021  yang seharusnya berlangsung di London pada 28 April 2020 akan datang. Hermes juga telah melakukan pembatalan untuk acara tahunan Saut Hermès yang akan diadakan pada 20 hingga 22 Mac 2020 di Grand Palais, Paris.

IKLAN
  1.  VERSACE

Pertunjukan fesyen Versace cruise 2021 yang telah dijadualkan berlangsung  pada 16 Mei 2020 nanti di Amerika juga telah dibatalkan.

  1.  PRADA

Merencanakan penundaan untuk koleksi Resort 2021 di Jepun pada 21 Mei 2020 nanti. Lokasi dan tarikh acara yang baru, selanjutnya akan diberitahu oleh Prada.

  1.  MAX MARA

Memutuskan untuk menunda acara pertunjukan fesyen untuk koleksi Resort 2021  yang seharusnya akan diadakan di St. Petersburg 25 Mei 2020 akan datang.

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI