Tahun 2022 bakal melabuhkan tirainya. Lensa media tahun ini banyak menumpukan usaha dunia dalam pemulihan ekonomi selepas pandemik, selain ketegangan Rusia-Ukraine, krisis bekalan makanan dan inflasi di Eropah. Cabaran getir itu turut dipikul oleh ramai pemimpin wanita dunia seperti yang dilaporkan dalam The World’s 100 Most Powerful Women oleh Forbes.
Peribahasa ‘tangan yang menghayun buaian boleh menggoncang dunia’ menjelaskan betapa wanita adalah satu daripada entiti peradaban yang penting. Begitu juga kata-kata bahawa kejayaan lelaki dapat dilihat dari dua perkara iaitu siapa ibunya dan siapa isterinya, juga merakamkan peri pentingnya seorang wanita.
Ads
Dalam membuat penilaian tahun ini, Forbes mengambil kira empat metrik utama iaitu wang, media, impak dan lingkungan pengaruh untuk menentukan senarai hierarki paling berkuasa di dunia.
Untuk pemimpin politik, ia diukur dari Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) serta populasi rakyat. Sementara pemimpin korporat diukur dari jumlah hasil, kakitangan dan liputan media.
Dapatan daripada kajian itu menyaksikan senarai penuh para wanita yang bertanding untuk pengekalan status quo.
PALING BERKUASA
Pemimpin wanita dalam politik kekal tersenarai di tangga tiga teratas, disusuli Ketua Pegawai Eksekutif wanita pertama di syarikat gergasi automotif, General Motors (GM). Wanita dalam sektor kewangan, perniagaan dan philanthropy turut menempa dalam senarai The World’s 100 Most Powerful Women oleh Forbes ini.
1. Ursula von der Leyen – Presiden Suruhanjaya Eropah, 64 tahun
2. Christine Lagarde – Presiden Bank Pusat Eropah, 66 tahun
3. Kamala Harris – Naib Presiden Amerika Syarikat, 58 tahun
4. Mary Barra – Ketua Pegawai Eksekutif General Motors, 60 tahun
Ads
5. Abigail Johnson – Presiden & Ketua Pegawai Eksekutif Fidelity Investments, 60 tahun
6. Melinda French Gates – Philanthropist, 58 tahun
7. Giorgia Meloni – Perdana Menteri Itali, 45 tahun
8. Karen Lynch – Presiden & Ketua Pegawai Eksekutif CVS Health, 59 tahun
9. Julia Sweet – Pengerusi & Ketua Pegawai Eksekutif Accenture, 55 tahun
Ads
10. Jane Fraser – Ketua Pegawai Eksekutif Citigroup, 55 tahun
KENALI URSULA
Waktu sukar melahirkan pemimpin yang baik. Nama Presiden Suruhanjaya Eropah, Ursula von der Leyen tersenarai di tempat pertama sebagai wanita paling berkuasa di dunia pada tahun 2022.
Berusia 64 tahun, wanita yang pernah menjadi Menteri Pertahanan Jerman itu turut mencipta sejarah sebagai wanita pertama yang dilantik sebagai Presiden Suruhanjaya Eropah.
Disifatkan sebagai seorang pemimpin yang tenang tetapi tegas, Ursula van der Leyen jelas tidak mudah tunduk dengan cabaran serta sentiasa mencari jalan penyelesaian dalam menangani konflik di Eropah.
Beliau juga dianggap sebagai wanita paling berkuasa di benua itu, malah bertanggung jawab menyusun rancangan pemulihan pandemik Eropah, European Green Deal untuk perubahan iklim, sekatan perdagangan ke atas Rusia oleh Kesatuan Eropah (EU) dan sokongan EU terhadap Ukraine.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Kalau tak dipecahkan ruyung, masakan dapat sagunya itu ungkapan yang sesuai menggambarkan perjalanan karier anak seni yang juga penyanyi bervokal mantap, Aina Abdul.
Menurut Aina, bukan mudah untuknya sampai ke tahap ini. Pelbagai liku serta onak duri terpaksa ditempuhinya seorang diri demi mencapai impian menjadi bintang di arena seni.
Antara pahit getir yang kekal terpahat dalam ingatanya sehingga hari ini, adalah menerima hanya RM 50 untuk menyanyikan 20 buah lagu bagi persembahan satu malam.
“Pernah juga saya menyanyi tiga malam berturut-turut tanpa ada penonton di hadapan. Ada ketika, hanya dua hingga tiga orang sahaja.
“Ada masa dapat RM50 sahaja. Kadang-kadang, bayaran pun tak ada. Kena bahagi lagi dengan ahli band. Itu memang pengorbanan dan pengalaman yang saya tidak akan lupa.
“Tetapi, saya pegang satu prinsip dari zaman menyanyi di kelab. Walaupun tidak ada orang, bayaran tidak untung, saya kena teruskan juga,” lapor Utusan Malaysia.
Jelas Aina lagi, perjalanan karier seni nya bermula lambat, ketika usianya 28 tahun, jadi dia tidak punya masa yang ampuh untuk memilih ‘rezeki’ seperti orang lain.
Sehubungan itu, sebarang peluang dan rezeki yang diterimanya digarap dengan sebaik mungkin, walaupun kadangkala tidak terlepas dari menerima kecaman dan kritikan dari wargamaya.
“Saya kena all out. Saya bermula pada usia 28 tahun dan orang anggap lambat. Bila dapat peluang, saya tidak akan sia-siakan.
“Disebabkan itu, saya tidak kisah orang kata fesyen pelik atau dikritik melampau, semuanya saya telan sahaja. Itu bayaran untuk mimpi saya,” ujar Aina.
Sekadar info, artikel ini merupakan artikel olahan semula dari HIJABISTA
Majalah Nona ada juga di Telegram. Mudah nak akses artikel menarik dan video-video terkini di sini. Follow kami sekarang di SINI!
Siapa yang tidak mengenali chef selebriti turki, Jusret Gocke yang terkenal dengan lagaknya menabur perasa di atas makanan mahupun daging yang dibakar. Salt Bae atau nama sebenarnya Nusret Gökçe yang merupakan salah seorang pemilik bersama kedai steak terkenal di Turki dan Dubai, Nusr-Et. sudah mempunyai hampir 49 juta pengikut di akaun Instagramnya memang sinonim dengan gaya pemakaian t-shirt berwarna putih atau sut.
Baru-baru ini, tular di mana chef terkenal tersebut tampil segak ketika menyarung sehelai jaket berfabrik kain songket. Jaket songket tersebut merupakan rekaan pereka fesyen Malaysia, Peony Sin dan jaket tersebut diberinama Rafflesia Glam Rock Songket Jacket.
Peony Sin merupakan graduan London College of Fashion yang kini berada di kota London untuk satu pertunjukan fesyen. Menurut hantaran di laman Instagramnya, Peony menitipkan rasa bangga dan dan teruja apabila cef tersebut mahu mengenakan jaket songket rekaannya.
Peony Sin dengan Salt Bae dikhabarkan bertemu di salah satu sebuah restoran milik cef tersebut, Nusr-Et, di Knightsbridge, London. Di samping turut kelihatan Datuk Jimmy Choo, pereka kasut legenda turut sama dalam pertemuan tersebut.
“Ia adalah satu penghormatan buat Malaysia kerana fabrik tersebut merupakan kain tenunan tangan tradisional dengan benang emas dan perak yang agak rumit penghasilannya. Ia berbeza daripada fabrik yang biasa digunakan dalam rekaan sut, jadi beliau benar-benar teruja,” katanya dalam satu temubual yang dipetik dari portal The Star.
Dalam hantaran tersebut, turut kelihatan Peony menolong menyarung busana tersebut ke badan Salt Bae sambil disaksikan oleh Datuk Jimmy Choo. NONA ucapkan semoga maju jaya buat Peony dan diharapkan ini dapat memberikan inspirasi buat semua pereka-pereka muda di tanahair untuk terus berkarya.
Sumber: The Star | Kredit foto: Instagram (@PeonySinHuiWen)
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Selepas menjayakan Kempen Kebaikan Nasional yang mengetengahkan isu buli di kalangan pelajar sekolah, Yang Amat Mulia Tengku Datin Paduka Setia Zatashah Sultan Sharafuddin Idris Shah sekali lagi mencetuskan inspirasi kepada masyarakat khususnya rakyat Selangor apabila kembali aktif melakukan pelbagai aktiviti kebajikan. Terbaru, Puteri Diraja Selangor berjiwa prihatin ini terlibat menjayakan projek Zero Food Wastage dengan kerjasama AEON dan kempen Selangor Beaches Cleanup pada September lalu sempena International Coastal Cleanup.
Menyalurkan bantuan makanan ‘AEON Community Food Share’ di Cheras pada 12 September lepas, YAM Tengku Zatashah meluahkan rasa gembira kerana akhirnya impian beliau untuk membantu golongan memerlukan mendapat makanan disambut baik pelbagai pihak. “Usaha menghubungi Aeon Malaysia tidak lama dulu untuk menyertai Zero Food Wastage akhirnya mendapat persetujuan dari Jepun.
Buat kali pertama di pasar raya Aeon seluruh dunia, Aeon Malaysia telah melancarkan Aeon Community Food Share dengan menyalurkan lebihan stok makanan kepada Kechara Soup Kitchen bagi mengagihkannya kepada golongan memerlukan.
Dengan komitmen Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, ia menjadi pilot project yang dilancarkan buat julung kalinya di Selangor. Saya sangat gembira apabila kementerian dan kerajaan turut berhasrat membawa projek Zero Food Wastage ke serata dunia! Sebagai rakyat Selangor dan Malaysia, saya sangat bersyukur kerana impian selama tiga tahun ini akhirnya menjadi kenyataan dan mendapat sokongan ramai.”
Melalui projek itu seramai 25 keluarga miskin di pangsapuri PPR di Selangor menerima bantuan berkenaan yang melibatkan pengagihan 150 kilogram stok roti segar, barangan keperluan dapur, sayur-sayuran dan buah-buahan.
Usai menjayakan Zero Food Wastage, YAM Tengku Zatashah menyertai kempen Selangor Beaches Cleanup di Pantai Morib pada 22 September yang lalu. Menariknya, kempen ini bukan sahaja mendapat kerjasama dari Exco Alam Sekitar dan Teknologi Hijau Selangor dan Reef Check Malaysia.. bahkan ia turut diadakan di tiga pantai di Selangor iaitu Pantai Morib, Pantai Remis dan Pantai Bagan Lalang yang menghimpunkan seramai 1, 300 sukarelawan.
Antara yang dijumpai ketika sesi pembersihan tersebut termasuk sampah-sarap berupa plastik, styrofoam, botol kaca, plastik pembungkus makanan dan putung rokok. Sedih dengan tahap kesedaran masyarakat tentang kebersihan pantai, YAM Tengku Zatashah menegaskan, “Masyarakat perlu didedahkan dengan lebih banyak pendidikan, penguatkuasaan dan denda sekiranya didapati bersalah membuang sampah. Jangan mengharapkan pihak berkuasa tempatan semata-mata untuk membersihkan sampah anda. Sudah tiba masanya untuk jadi lebih bertanggungjawab.”
Apa yang pasti, usaha murni ini wajar dijadikan ikutan. Memang terinspirasi dengan semangat dan kecintaan YAM Tengku Zatashah.. bukan sahaja terhadap alam sekitar tetapi juga kebajikan masyarakat yang kurang bernasib baik.
Kredit foto: Instagram Tengku Zatashah
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Cikgu Samm ada kisah sedih sebelum berjaya, "hari pertama ambil SPM ayah meninggal, kesannya cikgu gagal. Sebut sahaja nama Ho Pooi San, pasti ramai...