Diam tak diam, sudah 14 tahun usia perkahwinan Ayu Abas dan Tomok! Masih segar lagi momen resepsi indah pasangan romantis ini saat bergelar pengantin baharu. Seri dan pesona Ayu waktu itu sangat terserlah dan kecantikan wajahnya menjadi bualan hangat dalam kalangan peminat Tomok.

Tanggal 1 Julai lalu, kedua-dua mereka meraikan ulang tahun perkahwinan ke-14. Ayu atau nama penuhnya Siti Rahayu Abas sah bergelar isteri Shah Indrawan Ismail atau lebih dikenali sebagai Tomok pada 1 Julai 2011.

Artikel https://www.nona.my/happiest-1st-birthday-best-friend-mum-bapak-ahmed-mohsein-cecah-usia-setahun-sharifah-amani-luah-rasa-syukur/

Ayu Abas Bahagia Jadi Isteri Tomok

14 Tahun Bersama, Ayu Abas Luah Bahagia Jadi Isteri Tomok & Ibu 3 Cahaya Mata! 14 Tahun Bersama, Ayu Abas Luah Bahagia Jadi Isteri Tomok & Ibu 3 Cahaya Mata! 14 Tahun Bersama, Ayu Abas Luah Bahagia Jadi Isteri Tomok & Ibu 3 Cahaya Mata!

Ternyata 14 tahun melayari alam rumah tangga bukan satu tempoh singkat dan mudah. Pastinya bermacam-macam suka dan duka, jatuh dan bangun dihadapi bersama demi menjayakan ikatan suci sebuah perkahwinan. Sekaligus menjadikan Ayu Abas dan Tomok lebih matang menjalani kehidupan sebagai suami isteri dan ibu ayah.

Bersempena ulang tahun perkahwinan, Ayu yang merupakan bekas pramugari ini meluahkan rasa bahagia bergelar suri hati pelantun lagu Memori Mungkin Berulang berkenaan.

Ads

Titipnya, “Selamat ulang tahun perkahwinan yang ke-14. Semoga kita terus bersama hingga akhir usia menuju ke syurga.”

Menerusi perkongsian terkini di media sosial, ibu tiga cahaya mata tersebut turut memuat naik foto terbaharunya di samping Tomok yang memaparkan mereka mengenakan baju rona senada merah jambu dan berseluar jeans biru. Sweet!

14 Tahun Bersama, Ayu Abas Luah Bahagia Jadi Isteri Tomok & Ibu 3 Cahaya Mata! 14 Tahun Bersama, Ayu Abas Luah Bahagia Jadi Isteri Tomok & Ibu 3 Cahaya Mata! 14 Tahun Bersama, Ayu Abas Luah Bahagia Jadi Isteri Tomok & Ibu 3 Cahaya Mata!

Dalam pada itu, Tomok turut tidak ketinggalan menitipkan ucapan istimewa buat wanita kesayangan.

Ads

“Semoga Allah permudah urusan kita dunia akhirat. Selamat ulang tahun yang ke-14 untuk kita berdua. Sayang sampai syurga.”

Keluarga Ayu Abas & Tomok

Hasil perkongsian hidup, Ayu Abas dan Tomok dikurniakan tiga orang anak iaitu Arrianshah Akid, Andrashah Iman dan Siti Khadijah.

Tomok genap berusia 41 tahun pada 17 Mei lalu. Sementara Ayu pula meniti usia 46 tahun.

Ads

 

View this post on Instagram

 

A post shared by @ayu_abas

14 Tahun Bersama, Ayu Abas Luah Bahagia Jadi Isteri Tomok & Ibu 3 Cahaya Mata! 14 Tahun Bersama, Ayu Abas Luah Bahagia Jadi Isteri Tomok & Ibu 3 Cahaya Mata! 14 Tahun Bersama, Ayu Abas Luah Bahagia Jadi Isteri Tomok & Ibu 3 Cahaya Mata! 14 Tahun Bersama, Ayu Abas Luah Bahagia Jadi Isteri Tomok & Ibu 3 Cahaya Mata! 14 Tahun Bersama, Ayu Abas Luah Bahagia Jadi Isteri Tomok & Ibu 3 Cahaya Mata!

Pada 23 November 2023 Tomok berjaya menamatkan pengajian di peringkat Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Industri Kreatif dengan Kepujian, Universiti Utara Malaysia (UUM).

Sebelum ini, Ayu Abas pernah menjalankan bisnes tudung jenama Arriandra namun perniagaan yang sudah diusahakan selama lima tahun berkenaan terpaksa dihentikan pada tahun 2020.

Dia yang turut mempunyai Ijazah Sarjana Muda Sains Komputer dan pernah berkhidmat sebagai Jurutera Sistem Komputer bagaimanapun memilih untuk menjadi suri rumah sepenuh masa demi membesarkan anak-anak dan mengurus keluarga.

Kesungguhan Ayu mendidik ketiga-tiga anak sentiasa menjadi perhatian dan inspirasi kaum ibu. Semoga rumah tangga pasangan ini kekal bahagia sampai syurga.

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI