Menghampiri usia 50 tahun namun pesona penyanyi kesayangan Indonesia, Krisdayanti kelihatan cantik dan anggun seperti wanita muda. Siapa yang tidak terpikat dengan kejelitaan isteri Raul Lemos ini.
Memiliki raut wajah sempurna, figura ini mempunyai nama besar dalam industri seni negara jiran dan turut terkenal di Malaysia.
Tidak sekadar dikurniakan kelunakan suara dan rupa paras jelita, dia juga melakar kejayaan tersendiri apabila turut bergelar ahli politik di Indonesia.
“Alhamdulillah telah diadakan press conference tentang Konsert Tunggal Krisdayanti (berjudul SEMESTA) yang akan diselenggarakan di JIEXPO pada tanggal 5 Ogos 2023 yang akan menandai 33 tahun Krisdayanti berkarya di industri muzik tanah air.
Hal yang paling spektakuler di konsert SEMESTA ini adalah ada bintang tamu iaitu puteri kami, Aurelie Hermansyah dan Amora Lemos serta beberapa bintang tamu yang akan menjadi unsur kejutan!”
Ads
Anak perempuan sulung Krisdayanti, Aurelie yang berkahwin dengan Atta Halilintar kini hamil anak kedua.
Walau sibuk dengan tugas harian, ibu cantik ini mengamalkan gaya hidup sihat dengan bersenam dan mempelajari seni mempertahankan diri Wushu.
Pada April 2021, Krisdayanti pernah menerima pengiktirafan HighEnd Magazine Indonesia yang memilih figura ini sebagai salah seorang daripada 21 penerima Indonesia Beautiful Woman Award 2020/2021.
Bergelar usahawan kecantikan, isteri jelita Saharul Ridzwan diberi pengiktirafan atas kejayaannya mengemudi bisnes kecantikan iaitu Qaabila Skincare. Selaku pengasas bersama dan Pengarah Kreatif jenama tersebut, Qaabila Deena Emir atau lebih dikenali sebagai Deena Emir selayaknya menerima pengiktirafan berkenaan kerana kualiti produk yang kian mendapat tempat di hati pelanggan.
Bukan hanya bijak menguruskan empayar niaga, Deena juga dikagumi kerana merupakan seorang isteri dan ibu berdikari serta bertanggungjawab.
Bahkan sebelum berkahwin dengan aktor kacak tersebut lagi, dia sudah pun mempunyai legasi sendiri dan pemilik Wrap Boutique House.
Baru-baru ini Deena berkongsi kejayaannya menerima penganugerahan daripada sebuah organisasi.
Turut menemani wanita cantik ini ialah suami tercinta, Saharul Ridzwan yang segak mengenakan tuksedo.
Ujar Deena yang kelihatan elegan dalam persalinan glamor, “MasyaAllah alhamdulillah. Here’s to another beautiful and blessed night.
Congratulations Qaabila Skincare’s team. Let’s fly high! Thank you Niaga Times for the opportunity given.”
Isteri jelita Saharul Ridzwan ini berketurunan Melayu-Arab dan menyambut ulang tahun kelahiran ke-36 pada Januari lalu. Sepanjang pembabitan Deena dalam perniagaan, dia pernah menjual busana Muslimah termasuk tudung.
Beruntungnya Saharul Ridzwan dikurniakan isteri yang bukan je taat tapi pandai berniaga. Deena Emir ni memang lambang wanita muslimah berjaya dan patut dijadikan inspirasi. Bahkan penampilan Deena yang cukup sopan dan menjaga aurat sebagai wanita juga sejuk mata memandang.
Pasangan ini sah bergelar suami isteri pada 16 September 2016 dan hasil perkongsian hidup mereka dikurniakan tiga orang cahaya mata iaitu Muhammad Luth Ali, Fateema Azzahra dan Khadijah Alkubraa.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Namanya seringkali mengharumkan Malaysia. Amy Nur Tinie Abdul Aziz, atau Tinie bukan saja dilantik sebagai United Nations IIMSAM Youth-Goodwill Ambassador malah beliau juga adalah seorang ratu cantik, ahli perniagaan, pengacara, pelakon dan model terkenal.
Pernah menghiasi Fesyen Editorial Majalah Nona pada tahun 2016, langkah Tinie yang kini berusia 25 tahun semakin ligat dalam dunia seni.
Kecantikan gadis Ipoh, Perak itu juga begitu luar biasa, sehingga beliau selalu dimahkotakan sebagai juara pertandingan ratu cantik.
Namun satu perkara paling istimewa tentang Tinie adalah sifat merendah diri. Bayangkan meskipun jarang berutus khabar, namun hubungan kami kekal mesra sampai sekarang.
Lumrah anak bongsu walaupun ditatang bagai minyak yang penuh, namun ibu bapanya tetap mendidik dengan nilai ketimuran yang tinggi.
Mengimbau semula kenangan zaman remaja dan kanak-kanak, Tinie tergelak kecil apabila diajukan soalan tentang gelaran dirinya sewaktu kecil.
“Masa kecil dulu, Tinie selalu dipanggil ‘Anak Gajah’. Mungkin pasal saiz rangka badan yang besar dan lebih tinggi berbanding rakan-rakan yang lain.
Bila masuk alam persekolahan, kawan-kawan sekolah panggil ‘Dora The Explorer’ pula sebab bentuk muka Tinie yang lebar dan berbentuk segi empat tepat.
Ada juga di antara mereka yang negatif bila dapat tahu tentang penglibatan Tinie dalam dunia ratu cantik dan modelling. Mereka merendah-rendahkan kebolehan Tinie. Katanya, mesti Tinie tak boleh pergi jauh dalam bidang ni.
Kata-kata negatif tu dikumpul dan dijadikan pembakar semangat. Tinie mahu buktikan bahawa benda tu salah sama sekali.” Amy Nur Tinie
BUKAN GADIS POPULAR
Seperti kisah filem terkenal, Tinie juga sebenarnya bukanlah sebahagian gadis-gadis popular di bangku sekolah.
“Zaman dulu tak ada istilah Instafamous atau social influencer. Jadi selalunya akan ada kumpulan dari gadis-gadis yang merasakan mereka mempunyai kelebihan, lebih bijak atau lebih cantik daripada orang lain.
Tinie pula seorang yang suka buat hal sendiri. Kebanyakan masa difokuskan untuk pelajaran dan menyertai pertandingan sebagai wakil sekolah. Tidak pernah terlintas untuk menjadi popular dan sebagainya. Tetapi memang dari kecil Tinie suka bercakap, bergaya dan berdiri di depan kamera.
Disebabkan ibu memiliki perniagaan spa kecantikan, salon dan juga butik pengantin, Tinie dah didedahkan dengan cara menjaga penampilan diri sejak kecil lagi. Selalunya pulang je dari sekolah, Tinie akan tolong ibu dan kakak di kedai. Kami pun sudah diajar cara-cara untuk buat rambut dan spa.
Tinie juga melibatkan diri dalam dunia modelling seawal empat tahun, jadi sudah terbiasa dengan mekap, tapi tidaklah jenis yang tebal. Kadang-kadang Tinie curi-curi pakai barang mekap ibu atau kakak.
Cuma apabila meningkat remaja, Tinie kurang memakai mekap sehinggalah kembali aktif dalam pertandingan ratu cantik pada usia 16 tahun.”
Berdarah kacukan Melayu-Arab, gadis berketinggian 173cm ini rupanya mula melibatkan diri secara serius dalam pertandingan ratu cantik pada usia 15 tahun. Banyak gelaran yang telah disandang antaranya sebagai:
“Menjadi seorang ratu bukanlah semata-mata rupa paras dan bentuk tubuh yang menarik. Bagi Tinie, banyak kualiti lain yang mesti dititikberatkan.
Antaranya memiliki keyakinan diri, tidak mudah berputus asa, mempunyai keazaman dan kesabaran, bijak, berkarisma, sentiasa merendah diri dan mampu menjadi ikon yang positif untuk generasi sekarang.
Untuk para wanita yang sering merasa kurang keyakinan diri, nasihat Tinie jangan pernah jadikan apa yang orang lain fikir sebagai beban kepada kita. Yang penting adalah apa yang kita percaya tentang diri sendiri.
Percayalah setiap individu adalah unik dengan cara tersendiri. Jadi gunakan keunikan itu dan keluarlah dari zon selesa. Kejayaan tak akan datang bergolek jadi sentiasalah berusaha dengan keimanan bahawa Tuhan sentiasa bersama kita.
Hadapi segalanya dan banyakkan berdoa kepada-Nya,” Amy Nur Tinie
PETUA KECANTIKAN
“Tinie suka amalkan petua orang-orang lama, misalnya membasuh muka dengan air basuhan beras, daun sireh untuk hilangkan parut jerawat dan gunakan putih telur sebagai masker.
Itulah yang Tinie amalkan sekarang. Pada Tinie, petua ini bukan saja menjimatkan malah tiada bahan kimia yang merosakkan kulit,” akhirinya.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
26 Mac lepas usahawan muda yang juga Instafamous, Asyalliee telah selamat melahirkan anak keduanya di sebuah hospital swasta. Memang comel sangat bayi perempuan Asya dan suami, Eboy Arbaain…. mewarisi wajah bapanya dan kulit gebu kemerahan ibu tersayang. Difahamkan bayi comel yang diberi nama Siti Helena Adrianna dilahirkan pada pukul 11.31 pagi dengan berat 3.31 kg.
Asyalliee atau nama sebenarnya Siti Syasya Rosaelmi yang dikagumi ramai kerana rupa paras cantik dan kejayaan yang dikecapinya sebagai usahawan, sekali lagi menarik perhatian terutamanya dalam kalangan peminat dan para ibu selepas pendedahan Asya mengenai berat badan terkini beliau. Tak sampai dua minggu bersalin tapi penurunan berat badan ibu dua anak ini memang mengejutkan.
Kongsi Asya, “Hari ni dah masuk ke 10 hari berpantang tapi saya sudah berjaya turun 9 kg. Mana tidaknya, setiap hari saya berurut, bertungku, bersauna, mandi herba, makan makanan yang sihat-sihat sahaja dan pakai bengkung. Ada 34 hari lagi untuk berpantang, maknanya boleh la dapat berat 50 kg balik ni.”
Mengamalkan menu pantang seimbang kombinasi nasi, sayur-sayuran, ikan dan buah-buahan… Asya yang mempunyai anak sulung lelaki iaitu Haider Mikhael, seorang wanita yang sangat mementingkan penjagaan semasa berpantang termasuk soal makanan. Apa saja yang dikatakan baik dan bermanfaat untuk tubuh, dia akan ambil walaupun tidak pernah makan sebelum ini.
Menceritakan detik kelahiran puteri kesayangan, Pengasas Loveliee ini bersyukur melahirkan anak keduanya tepat pada usia kandungan 39 minggu. “26 Mac 2019 dah masuk labour room pukul 7 am. Doktor check bukaan dah 8 cm dan bermula la contraction kuat datang melanda diriku ini.
Memula boleh kawal lagi sambil berzikir ‘La illahailla anta subhanaka inni kutum minaz zolimin’. Pastu contraction makin kuat dah jadi macam orang gila dah masa tu tahan dia punya sakit.
Then sister check bukaan dah 9 cm. So nak kawal diri tak dapat dah, sister bacakan surah sambil usap belakang badan. Duk tahan punya tahan mommy nak meneran dah, sister check 10 cm. Meneran la mommy selama lima minit then keluarlah cinta hati mommy pada pukul 11.31am.”
Baru dua hari upload video sebelum dan semasa kelahiran Siti Helena Adrianna di YouTube Channel miliknya Asyalliee Ahmad… sehingga ke hari ini video tersebut sudah hampir mencecah 200 ribu tontonan. Luar biasa aura Asyalliee. Teringat lagi waktu dia mula terkenal dengan jolokan nama Syasya Solero.
Di kala usianya baru mencecah 21 tahun, Asyalliee sudah memiliki segala-galanya. Suami yang penyayang, anak comel, perniagaan, populariti dan kesenangan hidup. Jadi tidak hairanlah mengapa dia sentiasa menjadi sumber inspirasi kepada generasi muda hari ini.
Kredit: Instagram Asyalliee
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Dari riak wajahnya jelas terserlah sinar kebahagiaan yang sedang mengulit kehidupan Datuk Seri Sheila Majid. Mana tidaknya, hasrat untuk bergelar nenek dan menimang cucu akhirnya dimakbulkan Allah SWT apabila anak lelaki kesayangan iaitu Megat Abdul Majid selamat menjadi bapa sekitar Julai lepas.