Seorang lelaki terutamanya yang sudah berkahwin sering memberi tumpuan kepada insan tersayang dan mengabaikan kesihatan diri sendiri. Isteri dan anak-anak menjadi prioriti selain daripada meningkatkan taraf ekonomi keluarga.
Tahukah anda, sebenarnya suplemen sangat penting untuk menjalani kehidupan seharian di samping riadah yang konsisten? Suplemen yang baik dan bersesuaian dengan tubuh boleh membantu jantung untuk bekerja, meningkatkan sistem imunisasi tubuh dan meningkatkan kehidupan seksual anda.
Tapi jika tersalah mengambil suplemen, ia boleh membahayakan kerana tubuh gagal menjalankan fungsinya dengan betul. Ayuh semak 16 jenis makanan sihat untuk lelaki ini yang mungkin sesuai untuk dicuba.
(1) Suplemen untuk otak: Acetyl – L – Carnitine
Suplemen ini berfungsi untuk meningkatkan pertukaran tenaga dan memperkuatkan jaringan mesej ke otak. Selain itu, suplemen ini juga berfungsi untuk mempertajamkan daya ingatan serta memperlahankan kemerosotan fungsi sel-sel otak.
Dos: 1.000mg/hari
Sumber semula jadi: Daging merah, produk tenusu
(2) Suplemen untuk tekanan darah tinggi: Coenzyme Q-10
Co Q-10 dapat menurunkan tekanan darah sekali gus meningkatkan kadar ecSOD, iaitu enzim yang bertugas untuk melindungi pembuluh darah daripada kerosakan. Terdapat kajian yang mengatakan bahawa Co Q-10 juga dapat meningkatkan kualiti sperma. Sementara itu kajian daripada pakar Jepun menemukan bahawa Co Q-10 dapat meningkatkan proses pembakaran lemak ketika bersenam.
Dos: 30 – 200mg/hari
Sumber semula jadi: Daging, ikan, telur, brokoli
(3) Suplemen untuk tulang rapuh: Vitamin D
Vitamin D membantu tulang menyerap kalsium. Selain itu vitamin D juga dapat membantu menurunkan kemurungan dan menurunkan risiko serangan jantung.
Dos: 5mcg/hari
Sumber semula jadi: Sinar matahari, susu
(4) Suplemen untuk penyakit jantung: Minyak ikan
Diperkaya dengan Omega 3, asid lemak EPA dan DHA. Minyak ikan dapat menurunkan trigliserida, meningkatkan kolesterol HDL, dan menurunkan tekanan darah. Lemak sihat juga dapat menurunkan radang dan meningkatkan prestasi kognitif dan menurunkan risiko terhadap kanser kolon dan prostat.
Dos: 500mg DHA dan 500mg EPA
Sumber semula jadi: Salmon, tuna
(5) Suplemen untuk migrain: Magnesium
Penurunan magnesium dapat menimbulkan sakit kepala. Mineral juga membantu mengatur tekanan darah dan menghalang serangan strok dan diabetes.
Dos: 250mg/hari, plus magnesium dalam makanan harian
Sumber semula jadi: Sayuran hijau, gandum, kopi dan kacang-kacangan
(6) Suplemen untuk diabetes: Psyllium husk
Serat ini lebih daripada sekadar membersihkan kolon. Menurut kajian, dengan menambahkan psyllium pada daging dapat menurunkan kadar gula darah dan tindak balas insulin. Campurkan dengan protein untuk menekan ghrelin (hormon yang merangsang rasa lapar). Psyllium adalah satu daripada lima serat yang dapat dilarutkan yang telah disetujui oleh FDA untuk menurunkan kadar LDL kolesterol.
Dos: 20 hingga 35g/hari
Sumber semula jadi: Bijirin
(7) Suplemen untuk gangguan pencernaan: Probiotik
Probiotik adalah bakteria sihat yang akan merangsang penyakit yang disebabkan oleh bakteria jahat untuk keluar dari usus.
Dos: 1 kapsul (dengan kandungan minimum 1 juta bakteria) dalam sehari
Sumber semula jadi: Yogurt dan produk tenusu yang lain
(8) Suplemen untuk daya tahan tubuh: Quercetin
Hasil kajian daripada University of South Carolina mendapati bahawa mereka yang tidak bersenam secara rutin tetapi mengambil 500mg antioksidan 2 kali sehari selama seminggu, mampu berbasikal 13 peratus lebih lama daripada yang dilakukan kelompok yang tidak mengambilnya.
Dos: Sampai 500mg, dua kali sehari
Sumber semula jadi: Daun ketumbar, bawang, epal
(9) Suplemen untuk sakit sendi: Glukosamin
Glukosamin merupakan benteng pertahanan untuk tulang rawan, dapat menyembuhkan rasa sakit dan radang pada sendi. Glukosamin lebih efektif daripada acetaminophen dalam menyembuhkan gejala osteoartritis di lutut, yang sering kali di alami orang berusia muda akibat dari cedera pada sendi.
Dos: 1.500mg/hari
Sumber semula jadi: Kerang
(10) Suplemen untuk luka: Vitamin C
Menurut American Journal of Clinical Nutrition, 60 peratus lelaki dewasa tidak mendapat cukup vitamin C daripada makanan. Vitamin C dapat membantu menjaga sel-sel daripada tentangan radikal bebas. Vitamin C juga membantu menyembuhkan luka ringan.
Dos: Total 1.000mg/hari, dalam beberapa kali makan
Sumber semula jadi: Buah sitrus, brokoli dan kale
(11) Suplemen untuk kolesterol: Kapsul beras merah
Beras merah mengandungi lovastatin untuk membantu mengawal kadar kolesterol.
Dos: 600mg, 3 kali sehari
Sumber semula jadi: Beras merah, cuka beras merah
(12) Suplemen untuk risiko kanser prostat: Lycopene
Kajian dari University of Illionois, lycopene, boleh didapati dalam tomato, merupakan antioksidan yang dapat menurunkan risiko terhadap kanser prostat.
Dos: 15 hingga 20mg/hari
Sumber semula jadi: Tomato, buah-buahan merah dan daging merah
(13) Suplemen untuk risiko kanser: Resveratrol
Kita tidak boleh menghentikan waktu tetapi boleh memperlambat masa. Resveratrol juga telah diuji untuk memperbaiki DNA pada haiwan, menambah aliran darah pada otak, dan menghentikan pertumbuhan sel kanser prostat dan kolon.
Dos: Tidak ada dos yang disarankan
Sumber semula jadi: Jus anggur
(14) Suplemen untuk depresi: SAMe
Saintis dari Kanada mendapati bahawa asid amino sintetis SAMe (S-adenosil-L-metionin) dapat mengatasi masalah depresi. Berfungsi sama efektif dengan anti depresi dan dapat menurunkan sakit sendi, radang dan membantu perbaikan tulang rawan.
Dos: 600 hingga 1.600mg/hari
Sumber semula jadi: Dihasilkan oleh tubuh. Biasanya setelah mengambil daging, sayur-sayuran hijau dan jeruk
(15) Suplemen untuk lemak tubuh: EGCG
Mengikut kajian mereka yang mengambil ekstrak teh hijau, membakar 17 peratus lebih banyak lemak ketika bersenam berbanding mereka yang tidak mengambilnya. Antioksida paling aktif dalam teh hijau dapat meningkatkan metabolisme.
Dos: 890 mg/hari ekstrak teh hijau (mengandung 340 mg EGCG)
Sumber semula jadi: Teh hijau
(16) Suplemen untuk daya ingatan: Piknogenol
Suplemen antioksidan ini membantu melawan radikal bebas yang menyebabkan stres pada otak. Piknogenol telah terbukti dapat membantu meningkatkan daya ingatan pada orang-orang tua. Piknogenol juga membantu peredaran darah menjadi lebih baik, dan melawan sakit sendi serta menurunkan tegang otot. Hamizatul Maizan Mohamed
Dos: 150 mg/hari
Sumber semula jadi: Kulit luar pokok pine