Meskipun sudah bersara dari arena sukan tenpin boling namun nama Shalin Zulkifli terpahat segar dalam sejarah negara dan peminat sukan tanah air. Sepanjang hampir tiga dekad bergelar atlet, Datuk Shalin Zulkifli berjaya merangkul lima kali kejuaraan dunia, empat kali juara Sukan Asia, tiga kali juara Asia dan 20 kali juara Sukan SEA. Hebat!
Atas pencapaian membanggakan tersebut, Datuk Shalin atau nama sebenarnya Datuk Shalin Nazirah Zulkifli dikurniakan Panglima Mahkota Wilayah (PMW) yang membawa gelaran Datuk daripada Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah pada Istiadat Pengurniaan Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Wilayah Persekutuan 2023.
Bekas jaguh tenpin boling yang kini berusia 46 tahun ini nekad bersara dari dunia sukan tersebut pada 9 Januari 2021.
Datuk Shalin aktif mendalami sukan boling sejak usia 16 tahun dan bergelar juara Kejohanan Kent-Malaysian All Star 1994 dan menjadi rakyat Malaysia pertama merekodkan kejayaan itu.
Menjengah media sosial Datuk Shalin, rutin hariannya kini lebih menjurus kepada puteri kesayangan iaitu Aleya Azidi yang berusia 13 tahun.
Datuk Shalin mendirikan rumah tangga bersama bekas pemain tenpin boling iaitu Azidi Ameran pada tahun 2008.
Ads
16 tahun hidup sebagai suami isteri, pasangan ini kian bahagia dengan kehadiran anak tunggal mereka yang turut aktif dalam sukan.
Difahamkan Aleya lebih berminat dalam sukan hoki. Sebagai ibu bapa, mereka menyokong penuh minat anak tersayang dan akur Aleya tidak mengikut jejak langkah mereka dalam sukan tenpin boling.
Ads
Datuk Shalin juga pernah mendedahkan dia dan suami tidak menggunakan khidmat pembantu rumah untuk menjaga anak mereka, sebaliknya bergilir-gilir menjaga Aleya.
Kagum semangat dan peribadi Datuk Shalin Zulkifli terhadap sukan negara serta keluarga tercinta. Inspirasi!
Dua tahun lalu nama ‘Queen Sayang’ pernah menggamatkan pentas konvokesyen UiTM kerana keunikan namanya serta berjaya meraih Anugerah Naib Canselor dan graduan terbaik peringkat Ijazah Sarjana Muda.
Baru-baru ini, pemilik nama penuh Nurqueen Sayang Dinnie Wirakarnain ini sekali lagi mencuri tumpuan ramai apabila video ‘kejutan’ hadiah kereta daripada suaminya tular di media sosial.
Dalam video itu suami Queen, Muhammad Syahir Fikri Jaafarr seorang usahawan membuat kejutan istinewa ketika meraikan kejayaan Queen menggenggam Master Sains Komputer pada Istiadat Konvokesyen UiTM ke-102.
“Hari konvo tu memang dah cukup bermakna buat saya sebab ia menandakan tamatnya perjalanan saya dalam pengajian Master yang penuh cabaran, terutama bila saya kena bekerja dan belajar dalam masa yang sama.
“Bila suami hadiahkan kereta, saya rasa sangat tersentuh. Bukan sebab nilai hadiah tu semata-mata, tapi lebih kepada penghargaan dan kasih sayang yang ditunjukkan sepanjang saya melalui proses ini.
“Saya tahu dalam tempoh ni, dia banyak berkorban dan sentiasa menyokong saya. Jadi, hadiah ni jadi simbol kenangan yang akan saya hargai selamanya,” luah Queen yang bertugas sebagai Jurutera Perisian.
Menurut anak kelahiran Kuala Lumpur yang berusia 26 tahun ini, ia memberi semangat baru untuk terus maju dan mungkin akan menyambung PhD pula suatu hari nanti.
“Cabaran paling besar ialah mengimbangi kerjaya dan pengajian
“Saya bekerja sepenuh masa sambil menyambung Mastet, jadi pengurusan masa sangat penting.
“Alhamdulillah, dengan izin Allah, doa mama, serta sokongan suami dan keluarga, saya berjaya menamatkan pengajian dengan cemerlang serta menerima Excellence Master Award.
“Anugerah ini bukan hanya pengiktirafan akademik, tetapi simbol usaha, doa yang tidak putus, dan pengorbanan daripada semua yang sentiasa berada di sisi saya sepanjang perjalanan ini.”
“Sejujurnya, saya tidak pernah menyangka kisah saya akan mendapat perhatian ramai.
“Sebelum ini, ketika konvokesyen Degree, saya pernah tular kerana menjadi graduan terbaik dan momen nama saya disebut di pentas mendapat perhatian di media sosial. Ia merupakan satu kenangan manis yang takkan saya lupakan.
“Kini, sewaktu konvokesyen Master, kisah saya kembali menjadi tumpuan, lebih-lebih lagi dengan kejutan hadiah kereta daripada suami yang sangat istimewa buat saya.
“Apabila video ini mula dikongsi ramai, saya rasa sangat terharu dan bersyukur, terutama dengan kata-kata semangat dan doa yang datang daripada orang ramai.
“Bagi saya, ini bukan hanya tentang kisah saya semata-mata, tetapi peluang untuk memberi inspirasi kepada mereka yang sedang berjuang mencapai impian.“
“Ilmu tidak pernah ada batasan. InsyaAllah, saya akan sentiasa berusaha untuk menambah ilmu, sama ada melalui pembelajaran formal ataupun melalui pengalaman hidup.
“Buat masa sekarang, saya mahu memanfaatkan ilmu yang saya ada dalam kerjaya dan kehidupan seharian.
“Sambung PhD mungkin akan menjadi impian saya pada masa akan datang, jika Allah dan keadaan mengizinkan.
“Saya juga tak pernah lupa kepada arwah Papa, Wirakarnain Sani. Didikan dan kata-kata Papa adalah sebahagian besar daripada siapa saya hari ini.
“Arwah Papa seorang pensyarah yang hebat di Universiti Malaya (UM). Walaupun sudah 14 tahun Papa meninggalkan kami, masih ramai bekas pelajar yang ingat namanya dengan penuh rasa hormat.
“Ketika nama saya menjadi tular, saya teringat kepada Papa. Saya bangga menjadi anaknya, dan harap kejayaan ini dapat meneruskan legasi ilmu yang Papa tinggalkan.
“Alhamdulillah, saya bersyukur kerana melalui ilmu dan usaha ini, saya dapat membanggakan Mama, keluarga, dan juga mengenang jasa Papa yang sentiasa menjadi inspirasi saya untuk terus maju.”
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Fazema Mohd Fuad, isteri kepada pelakon aksi Adam Corrie sebelum ini kelihatan agak berisi namun kini berat badannya susut sehingga membuatkan ramai tertanya-tanya adakah dia sedang berdiet.
Sudah menjadi lumrah, selalunya apabila seseorang itu yang sebelumnya berisi dan kemudian kelihatan sedikit susut dianggap sakit.
Fazema baru-baru telah berkongsi satu hantaran berupa video ringkas di akaun TikTok bagi menjawab persoalan tersebut.
Akui Fazema, beliau tidak sakit. Dia sebenarnya menghidap penyakit PCOS atau Sindrom Ovari Polisistik dan kini sedang dalam proses menjaga kesihatan termasuk menurunkan berat badan. Fazema turut berkongsi tip bagaimana dia berjaya mengurangkan berat badan sebanyak 16 kg dalam masa tiga bulan.
Tulis Fazema: –
“Saya mengamalkan berjalan laju atau brisk walk setiap hari, kalori defisit dan tidur awal. Paling lewat tidur pun pukul 9.00 malam. Alhamdulillah hanya dalam masa tiga bulan berjaya menurunkan 16 kg berat berat badan. Terima kasih kerana mengambil berat tentang diri saya.”
Menurut Fazema, bukan mudah untuk wanita yang menghidap PCOS serta berusia pertengahan 40an sepertinya menurunkan berat badan. Namun dia tetap ingin mencuba dengan nengamalkan diet suku suku separuh. Ternyata usaha Fazema membuahkan hasil.
untuk info, fazema dan adam corrie mendirikan rumah tangga pada 21 november 2008. mereka dikurniakan seorang anak lelaki, adam fateh lee yang kini berusia empat tahun selepas 10 tahun menanti kelahiran cahaya mata.
INFO PENYAKIT SINDROM OVARI POLISISTIK (PCOS) Sindrom Ovari Polisistik (PCOS) boleh memberi kesan kepada kitaran haid, kesuburan dan rupa fizikal seseorang wanita yang mengidapinya. Pesakit PCOS akan menghadapi masalah kitaran haid yang tidak menentu disebabkan ketidakseimbangan hormon dalam badan.
1. Pengidap PCOS mempunyai level hormon lelaki (androgen) yang lebih tinggi, hirsutism, rambut kepala nipis di bahagian ubun-ubun (botak) dan jerawat.
2. PCOS melibatkan 5-10 peratus wanita dalam usia reproduktif mereka.
3. Kebanyakan wanita yang menghidap PCOS juga akan mempunyai berat badan yang berlebihan (obes) dan boleh mengidapi diabetes, obstructive sleep apnea dan banyak lagi masalah jangka masa panjang.
4. Boleh menyebabkan ketidaksuburan (infertility) disebabkan telur (ovum) yang tidak menetas keluar. Namun, terdapat ubat-ubat kesuburan yang boleh membantu masalah ini.
5. Gejala PCOS mungkin berbeza-beza (ringan atau lebih teruk).
6. Simptom PCOS termasuklah: –
-Kitaran haid yang tidak teratur atau tidak datang sama sekali. -Hirsutism (mempunyai banyak bulu di muka atau badan).
-Kehilangan rambut.
-Obesiti.
-Jerawat atau kulit muka berminyak.
-Kemurungan atau berubah suasana hati.
Sumber: SinarPlus
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Terlupa padamkan api dapur kemudian terus masuk tidur, terlupa padamkan suis seterika bila dah keluar rumah dan terlupa dah kunci kereta atau belum bila masuk shopping complex dah macam biasa berlaku kepada siapa sahaja.
Sekurang-kurangnya sekali seumur hidup mesti pernah mengalami situasi begini. Diana Amir juga baru mengalami situasi ini yang mengakibatkan rumahnya hampir terbakar. Diana Amir telah melalui detik cemas bila terlupa nak padamkan api dapur ketika panaskan sup ayam di dapurnya.
Kongsi Diana Amir di laman media sosialnya, “So what happened was I almost burn down the house last night. Saya nak panaskan sup ayam, and supposedly kena padam api lah kan sebelum naik tidur.
My big mistake, I macam “takpe biarkan sekejap panas”, tapi keluar je dari dapur I terus lupa I tengah panaskan lauk. I tutup semua lampu macam biasa, angkat Khadija yang dah tidur naik atas and put her to bed. Then I terus tidur juga.
I terbangun sebab terdengar Khadija buat bunyi. I’ve been a light sleeper since ada baby.So ada bunyi sikit memang I bangun. Pastu I bau something. Mamai-mamai so I macam pelik siapa yang buat bbq. Kejutkan Habib tanya, “awak ada bau pape tak?”. Dia cakap tak.
Then suddenly I teringat pasal sup ayam tu. Terus I lari turun bawah, panggil Habib bagitau dia, asap dah tebal sangat kat bawah. Kat dapur memang dah tak nampak apa. But I tak nampak ada api, asap saja.
Habib yang masuk dapur, then I don’t know what he did. I lari naik atas sebab Khadija dan Khalid dah terbangun nangis cari I.
I put them back to sleep. I know it was full of smoke downstairs, but theres no visible fire. So, somehow I lega. Kat bilik atas asap mula masuk slow-slow.
I tutup pintu bilik tidur, buka tingkap semua yang ada kat atas. But tak boleh turun bawah sebab sangat-sangat kuat asap dia. Habib is the hero, and I know I can trust him. He releases the smokes by opening all the windows.
This morning bau smoke still kuat. I kena spring clean. Basuh semua benda, semua fabrik, semua pinggan, lap lantai berkali-kali. But above all, I’m grateful, alhamdulillah diberi peluang kedua untuk kami.
There’s a lot of IFs, tapi Allah SWT bagi warning saja. Lain kali penat macam mana pun check habis-habis semua benda sebelum tidur, make sure everything is safe.
I’m thankful Allah kept my family safe this time. It can never happen again. I promise, insyaallah I akan selalu alert benda-benda camni. And I hope by sharing this, whoever reading this will make it a life lesson.
In a second we can lose everything for something so simple. Tutup api. Nak masak tunggu sampai abis. I mean ya we don’t have that luxury to always stay in the kitchen and watch our cooking like a hawk because there’s so many other things to do. But, don’t let that “excuse” get in away of safety,” kongsi Diana Amir.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Meskipun sudah setahun berlalu namun pemergian isteri tercinta ke rahmatullah masih meninggalkan kesan mendalam terhadap Ridz Okumura sampai ke hari ini. ‘Kehilangan’ Allahyarham Akiko Okumura pada 28 Februari 2025 bukan hanya mengejutkan warga maya yang sentiasa mengikuti perkembangannya di media sosial suami, Ridz Okumura.