DATIN DR HALINA MOHD YUNOS & DATUK DR SHEIKH MUSZAPHAR

Bertuah Datuk Dr Sheikh Muszaphar Shukor dan Datin Dr Halina Mohd Yunos kerana mendapat rezeki untuk timang cahaya mata kembar sekali lagi. Apatah lagi kelahiran kali ini cukup istimewa kerana mereka dikurniakan sepasang kembar perempuan dan lelaki. Alhamdulillah, tanggal 20 November lepas Datin Dr Halina telah selamat melahirkan kedua-dua bayi comel berkenaan secara pembedahan.

IKLAN

Di sebalik keterujaan menyambut kehadiran anak kembar, kelahiran ini juga merupakan kali pertama Datin Dr Halina bersalin secara pembedahan. Beliau terpaksa akur menjalani pembedahan caesarean memandangkan kedudukan salah seorang bayi kembar tersebut dalam keadaan songsang. Walau sebelum ini keempat-empat anak beliau dilahirkan secara normal namun Datin Dr Halina seorang wanita yang kuat dan positif. Memang kagum tengok semangat beliau!

Dalam kecekalan Datin Dr Halina ‘berjuang’ di hospital, Datuk Dr Sheikh Muszaphar dilihat menjalankan tanggungjawab sebagai suami dan bapa dengan sebaiknya. Sepanjang isteri ditahan di wad beberapa hari sebelum melahirkan anak, angkasawan negara inilah yang menyediakan segala persiapan menyambut ketibaan bayi kembar termasuk menguruskan keperluan empat anak yang lain. Kesungguhan mereka menjadi ibu bapa yang terbaik wajar dicontohi!

Datuk Dr Sheikh Muszaphar yang sering berkongsi video dan perkembangan terkini isteri tercinta turut memaklumkan anak kembar mereka selamat lahir dengan jarak kelahiran satu minit. Bayi lelaki lahir pada jam 9.47 pagi dengan berat 2.26 kg sementara bayi perempuan pula dilahirkan pada jam 9.48 pagi seberat 2.17 kg. Terbaharu, ibu dan anak kembar ini dibenarkan keluar dari hospital selepas jaundice yang dialami bayi tersebut semakin pulih.

Dr Sheikh Muszaphar bersama anak kembar yang dilahirkan
Dr Halina di samping anak selepas dibenarkan keluar hospital
Bilik nurseri bayi kembar hasil sentuhan Dr Sheikh Muszaphar

Kongsi Datin Dr Halina, We are excited to start our new chapter in life.. as parents of 6!!! I have to pinch myself sometimes. It feels surreal. I’m pretty sure my husband will make video on his IG soon. I will probably be sleeping / breastfeeding / pumping milk.”

IKLAN

Datuk Dr Muszaphar dan isteri memang terkenal sebagai antara individu yang dikagumi ramai di negara ini kerana sangat berfikiran positif dalam mendidik anak-anak. Tidak hairanlah, Datuk Dr Sheikh Muszaphar mampu menerbitkan buku sulung bertemakan keibubapaan ‘My Way of Parenting’ pada 15 Julai lepas.

Bersama buku yang dihasilkan

IKLAN

Sebelum ini, Datuk Dr Sheikh Muszaphar mengungguli senarai World’s Most Admired 2020 Malaysia Edition kategori lelaki. Tahun ini merupakan tahun ke-13 beliau bergelar angkasawan negara dan meniti 10 tahun usia perkahwinan bersama Datin Dr Halina. Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan empat cahaya mata iaitu Sophea Isabela, 9 tahun; Sophea Natasha, 7 tahun; dan kembar Sheikh Adam dan Sheikh Noah. Bagaimana pun nama bagi bayi kembar terbaharu ini masih belum diumumkan.

 

Kredit foto: Instagram Dr Halina & Dr Sheikh Muszaphar