‘Hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri.’ Itulah perumpamaan tepat bagi menggambarkan perasaan aktres cantik, Datin Seri Maria Farida ketika menjalani penggambaran di Pakistan sejak Ogos lalu.

IKLAN

Dilaporkan berada di sana hampir sebulan, aktres jelita ini ke sana bagi menjayakan drama Akira Khan di samping beberapa pelakon lain termasuk Uqasha Senrose.

Tertarik dengan keindahan semula jadi Pakistan, Datin Seri Maria dalam postingnya di media sosial awal September lepas meluahkan rasa syukur apabila dapat kembali ke tanah air dengan selamat selepas beberapa hari berada di sana.

Difahamkan ketika dia dan team produksi berada di sana, Pakistan dikejutkan dengan bencana banjir besar dan tanah runtuh sehingga mendapat liputan meluas media seluruh dunia. Bahkan, kejadian itu juga telah mengorbankan ribuan nyawa dan harta benda rakyat.

Kongsi Datin Seri Maria, “After 20 days of being in a foreign country which had landslides, floods, etc, I am ever so grateful to be back in my beloved country where we take the simple comforts in life for granted. Really makes me appreciate my home and family so much. Anyway, I’m back and alive (with a few bruises here and there).”

20 Hari Berada Di Pakistan, DATIN SERI MARIA FARIDA Syukur Hidup Selesa Di Negara Sendiri!
Credit Instagram @mariafarida

Melakonkan watak sebagai Fareeda Khan, Datin Seri Maria menghabiskan tiga bulan untuk drama berkenaan. “It was an incredible experience shooting in the mountains of Pakistan and Malaysia, speaking urdu and hopefully doing justice to my character. But now I’m just happy to relax and go back to being me again. So catch Akira Khan coming out this December on Astro Ria.”

Selain masih aktif dengan kerjaya seni, Datin Seri Maria juga aktif menceburi bidang perniagaan. Beliau kini merupakan pengasas dan pengarah jenama MF Curve.

Meniti usia 53 tahun pada 28 Mac lalu, penampilan dan wajah awet muda jelitawan ini sering menarik perhatian ramai.

20 Hari Berada Di Pakistan, DATIN SERI MARIA FARIDA Syukur Hidup Selesa Di Negara Sendiri!
Credit Instagram @mariafarida
20 Hari Berada Di Pakistan, DATIN SERI MARIA FARIDA Syukur Hidup Selesa Di Negara Sendiri!
Credit Instagram @mariafarida
20 Hari Berada Di Pakistan, DATIN SERI MARIA FARIDA Syukur Hidup Selesa Di Negara Sendiri!
Credit Instagram @mariafarida

Mengulas amalan yang dipraktikkan ketika pertemuan bersama Nona tidak lama dulu, isteri Datuk Seri Rahman ini tidak lokek berkongsi rahsia.

IKLAN

“Jujurnya, saya jenis wanita yang suka makan. Termasuklah coklat. Tak ada petua tertentu pun yang saya amalkan. Pendek kata, semua makanan saya ambil dan tak ada sebarang pantang-larang.

Nak kata saya rajin workout pun tak juga sebab kebanyakan masa, saya sibuk uruskan bisnes dan sampai rumah dah rasa penat. Tak sempat nak workout. Memang tak ada petua tertentu untuk jaga kulit dan sebagainya.

20 Hari Berada Di Pakistan, DATIN SERI MARIA FARIDA Syukur Hidup Selesa Di Negara Sendiri!
Credit Instagram @mariafarida
20 Hari Berada Di Pakistan, DATIN SERI MARIA FARIDA Syukur Hidup Selesa Di Negara Sendiri!
Credit Instagram @mariafarida

Bagi saya, apa yang saya dapat hari ini ialah gen dari nenek moyang. Lagi pula kulit saya jenis yang sensitif. Saya hanya boleh guna skin care yang light saja dan bukan anti aging.

IKLAN

Saya bersihkan muka pun dengan wet tissue saja sebab kulit saya alah dengan toner, serum dan anti aging. Kalau salah pakai boleh buat muka gatal-gatal dan naik merah.” telusnya yang mewarisi keturunan Melayu-Filipina.

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI