Apabila PKP disambung lagi sehingga 18 Februari ini, bermakna para atlet negara juga tidak dapat menjalani kehidupan mereka yang aktif. Selain berhibernasi dan bersenam di rumah, aktiviti online shopping juga turut menjadi ‘hobi baru’ seperti yang dikongsi Pandelela Rinong.

IKLAN

Menjelang sambutan Tahun Baru Cina tidak lama lagi, kebanyakan platform membeli-belah online pastinya menawarkan pelbagai diskaun dan jualan murah. Aplikasi Shopee antara yang menjadi perhatian ratu terjun negara itu apabila beliau pernah memuat naik ciapan di bawah.

Beliau juga dilihat menyuarakan kebimbangan terhadap servis kurier J&T kebelakangan ini, mungkin akibat sebuah video yang tular berkaitan pekerja J&T yang didakwa mogok dan merosakkan barangan pelanggan.

Terkini, Pandelela sempat berkongsi foto bersama beg tangan yang baru dibelinya secara online.

3 Minggu Tanpa Aktiviti, Atlet Terjun Negara Pandelela Rinong Terjebak Online Shopping

“3 weeks with no outing, I got hooked on online shopping”

IKLAN

Wah, cantiknya beg baru! Bagi Pandelela, ‘hobi’ online shopping kini ibarat stress management buatnya sejak berdepan pandemik dan terikat PKP di rumah.

Selain daripada online shopping, Pandelela yang berketurunan Bidayuh ini juga merupakan pencinta haiwan, peminat K-Drama dan muzik K-Pop sebagai aktiviti mengisi masa lapang di rumah. Terlihat juga sebuah terrarium kesayangan gadis tersebut, yang jelas menunjukkan sisi ‘nature lovers’ di jiwanya.

Menerusi satu tinjauan oleh Shopee Malaysia, tabiat membeli-belah dalam talian kini dilihat menjadi lebih penting dalam kehidupan seharian pengguna apabila mereka meluangkan masa melebihi 20 peratus di platform itu pada setiap minggu. Rasanya bukan Pandelela seorang, pasti yang membaca ini pun suka online shopping, bukan?

IKLAN
3 Minggu Tanpa Aktiviti, Atlet Terjun Negara Pandelela Rinong Terjebak Online Shopping
Terrarium milik Pandelela

MASIH BERLATIH

Walau bagaimanapun sebagai atlet profesional, beliau mesti turun berlatih mengikut jadual bagi memastikan stamina terjaga.

Dalam perkembangan terkini Pandelela di arena sukan, gadis Sarawak berusia 27 tahun itu berjaya memenangi pingat gangsa dalam Kejohanan Terjun Siri Dunia di Montreal, Kanada menerusi acara 10m platform wanita dan pingat perak menerusi dalam acara 10m platform seirama wanita bersama gandingan Leong Mun Yee, awal Mac 2020 lalu.

3 Minggu Tanpa Aktiviti, Atlet Terjun Negara Pandelela Rinong Terjebak Online Shopping
“Whatever extends, training must go on” Pandelela Rinong
3 Minggu Tanpa Aktiviti, Atlet Terjun Negara Pandelela Rinong Terjebak Online Shopping
“Super relax Saturday” Pandelela Rinong

Sumber: Facebook & Twitter Pandelela Rinong

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI